Blog

Blogging Umrah Masjid Nabawi

Blogging Umrah Masjid Nabawi

Bumi Madinah ini benar benar menyentuh hati.
Baunya, ingatannya, mesranya dan tenang nya.
Gambar ialah Masjid Nabawi yang asal dibina oleh para sahabat dengan 11 x 10 tiang. Jumlah kesemua tiang adalah 110.Masjid Nabawi yang asal dibina oleh Rasulullah dan sahabat menggunakan batang kurma dan atapnya adalah pelepah kurma. Jumlah tiangnya 5 X 3 sahaja iaitu 15 tiang.Rumah Rasulullah (berselawat) sangat hampir dengan Masjid iaitu di bawah kubah hijau didalam gambar.

Serasa pulang ke kampung bertemu seseorang yang penting dalam seluruh kehidupan kita, Makkah dan Madinah adalah laman ibu yang mengalukan semua rindu.

Selepas Rasulullah wafat:

Berkata Anas r.a.: “Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah r.a., aku terdengar dia sedang menangis sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera, wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum, wahai orang-orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana, wahai orang-orang yang jarang tidur diwaktu malam kerana takut Neraka Sa’ir.” 1001 Duka –

Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati – Siri 1
Pengarang: Muhammad Isa Selamat MA
———-

Mengisi waktu terluang membaca sirah dan mengambil ibrah.
Menemui tulus nya makna cinta Rasulullah kepada umatnya.
Diutus lahir atas nama kebenaran.
Lidahnya fasih memberi penjelasan.
Sabar dalam apa jua keadaan.
Tak goyah dengan ranjau tekanan.

Pengalaman di Raudhah membuatkan kami rasa kerdil dan kecil.
Seperti apa yang kami lakukan belum setimpal dengan apa yang telah Rasulullah lakukan.

Cik Sue menulis untuk mata yang paling hampir, hati yang paling dekat iaitu diri sendiri.
Lapangan Mujahadah.
#undangjannah #langkahmakkah #madinah #makkahmadinah #madinahalmunawwarah

Artikel ini ditulis dilokasi ini.
Berhadapan dengan Raudhah.

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *