Blog

Cara Daftar KWSP SOCSO oleh AR Success

Logo ARS

Cara Daftar KWSP SOCSO oleh AR Success

AR Success telah membantu lebih daripada 100 syarikat dalam urusan urus akaun bisnes syarikat. Sehingga hari ini AR Success sangat komited dalam memastikan urusan pensyarikatan dan juga perakaunan sesebuah syarikat berjalan dengan sangat lancar. Kalini perkongsiannya ialah tentang cara daftar KWSP Socso sesebuah syarikat.

 

Logo ARS

Artikel ini adalah artikel yang ketiga selepas artikel pertama yang berkongsi tentang kepentingan mempunyai syarikat sementara artikel kedua ialah tentang kepentingan catatan kewangan duit keluar masuk.

 

KWSP

Setiap pekerja perlu diberikan KWSP untuknya. Sekiranya sesebuah perniagaan (enterprise) ataupun syarikat (PLT/SDN BHD) belum mempunyai akaun untuk KWSP, kita perlu tahu cara daftar KWSP Socso terlebih dahulu.
Ini adalah 3 langkah mudah untuk mendaftar sebagai majikan KWSP.

Langkah #1 –  Lengkapkan Borang KWSP 1

Langkah #2 – Sertakan Borang 9 dan 49 bagi syarikat Sdn Bhd dan Sijil Pendaftaran Perniagaan bagi Enterprise.

Langkah #3 – Pihak KWSP akan mengeluarkan Nombor Rujukan Majikan.

Nota-Nota Penting Yang Majikan Perlu Tahu

a. Majikan perlu mendaftar dengan KWSP dalam tempoh 7 hari daripada tarikh majikan mula bertanggungjawab mencarum (Seksyen 41 (1) Akta KWSP 1991)
b. Borang A (KWSP 6) – untuk pembayaran caruman bulanan
c. Borang KWSP 3 – untuk pendaftaran pekerja sebagai Ahli
d. Borang KWSP 4 – Borang Penamaan
e. Sijil Pendaftaran Majikan perlu dipamerkan di premis majikan

 

Antara bayaran yang dikenakan caruman KWSP:

  • Gaji
  • Bayaran bagi cuti rehat tahunan dan cuti sakit yang tidak digunakan
  • Bonus
  • Elaun
  • Komisen
  • Insentif
  • Tunggakan upah
  • Upah bagi cuti bersalin
  • Upah bagi cuti belajar
  • Upah bagi cuti separuh gaji
  • Bayaran-bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan atau sebaliknya

Antara bayaran yang dikecualikan caruman KWSP:

  • Caj perkhidmatan
  • Bayaran kerja lebih masa
  • Ganjaran
  • Faedah persaraan
  • Faedah pengurangan pekerja, pemberhentian sementara atau penamatan
  • Mana-mana elaun perjalanan atau nilai mana-mana konsesi perjalanan
  • Bayaran sebagai ganti notis penamatan perkhidmatan
  • Yuran Pengarah

SOCSO

 

2 LANGKAH MENDAFTAR SEBAGAI MAJIKAN DENGAN SOCSO ATAUPUN PERKESO

Selain daftar KWSP, majikan juga perlu mendaftarkan akaun PERKESO majikan dan pekerja.

CARA #1 HADIR DIKAUNTER PERKESO

1. Isi Borang 1 (lihat lampiran) bagi majikan dan Borang 2 (lihat lampiran) utk pekerja.

2. Serahkan dokumen sokongan pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau agensi lain yang berkaitan kepada petugas kaunter.

CARA #2  DAFTAR DI MALAYSIA CORPORATE IDENTITY (MyCoID)

1. Kemukakan permohonan pendaftaran dengan PERKESO.

2. Kemukakan dokumen tambahan pendaftaran semasa permohonan pendaftaran mengikut jenis entiti perniagaan seperti di bawah:-
a) Enterprise & PLT – Sijil Pendaftaraan Perniagaan
b) Sdn Bhd – Borang 9 dan 49

Majikan mesti ambil tahu ini ya tentang cara daftar KWSP SOCSO

1. Majikan dan pekerja hendaklah didaftarkan dengan PERKESO dalam tempoh tidak lewat daripada 30 hari dari tarikh seseorang pekerja diambil bekerja.

2. Permohonan pendaftaran di kaunter PERKESO boleh dibuat oleh majikan atau wakil majikan.

3. Surat Akuan Majikan perlu dikemukakan sekiranya permohonan pendaftaran dibuat oleh wakil majikan.

4. Majikan hendaklah menyelenggara dan menyimpan daftar pekerja yang mengandungi butir-butir berikut secara elektronik atau manual bagi tiap-tiap bulan untuk setiap pekerja:

i.Nama
ii.Nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara
iii.Pekerjaan
iv.Jumlah caruman di bawah Akta bagi bulan itu
v.Jenis caruman pekerja
vi.Gaji bulanan
vii.Elaun dan lain-lain

6. Mulai 1 Januari 2004, PERKESO hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan untuk semua urusan dan tidak lagi menggunakan Nombor Keselamatan Sosial.

7. Semua majikan hendaklah menyimpan rekod majikan dan pekerja termasuk semua rekod bayaran caruman selama 7 tahun dari tarikh catatan terakhir dalamnya.

8. Setiap majikan yang berhenti daripada menjadi majikan hendaklah memaklumkan kepada PERKESO dengan mengemukakan Borang 1A bersama-sama dokumen berkaitan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh pekerja berhenti

 

Semoga perkongsian ini dapat membantu para usahawan berniaga dengan baik.

Sekiranya Tuan/Puan mempunyai staff untuk menjaga bahagian buku bank dan mahu menambahkan ilmu mereka didalam bidang pengurusan buku tunai bank ini, hubungi sahaja:

Rozita Kamarudin

Principal, AR Success
Chartered Accountant
Member of the Malaysian Institute of Accountants
Membership No: 26195

Beritahu no kod ‘ARSLUNA’ ke nombor 019-626 3206 yang membolehkan Tuan/Puan mendapat potongan harga untuk servis pensyarikatan dan juga akaun bisnes. Klik sahaja untuk daftar kelas akaun bisnes mudah.

Untuk urusan temujanji, boleh ke:AR SUCCESS (00193036611-H)
32-1 Jalan Danau Lumayan 1
Pusat Perniagaan Danau Lumayan
Bandar Seri Permaisuri,
56000 Cheras
Kuala Lumpur

Tel: 03-9171 0611

Laman web AR Success di link ini (klik sahaja)

 Untuk berhubung dengan FB AR Success, klik disini 

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *