Blog

Cikgu Blog Share 3 Tips Mudah Untuk Usahawan Menulis Blog

tips blogging

Cikgu Blog Share 3 Tips Mudah Untuk Usahawan Menulis Blog

 

Bergelar usahawan memang sibuk kan?
Rasa macam tak sempat nak buat semua perkara.
Tapi menulis blog (blogging) adalah antara aktiviti pemasaran (marketing) yang penting.
Cikgu Blog kongsikan cara mudah penulisan blog untuk kawan-kawan usahawan ya!

 

Tips Pertama  #1 Buat ‘Timer’

cikgu-blog

Kalau ikutkan tahap produktiviti manusia apabila fokus kepada sesuatu kerja, ianya HANYA 30 ke 40 minit sahaja!

Jadi dalam sehari, kita luangkan masa (buat timer) untuk menulis artikel dalam jangka masa itu.

Tak boleh lebih.

Dalam tempoh waktu tu, tak boleh buat kerja lain.
Tak boleh makan, jangan buka WhatsApp, Facebook mahupun apa-apa kerja lain.

Fokus menulis sahaja.

30 minit yang sangat berharga dan  boleh mengubah dunia melalui penulisan blog.

Tips Kedua Cikgu Blog #2 Menjawab Soalan

cikgu-blog

Tugas usahawan ialah menyelesaikan masalah pelanggan kita.

Setiap kali nak pilih tajuk untuk tulis artikel blog, cuba buat ini.
Pilih soalan yang sering ditanya ATAU mungkin akan ditanya oleh pelanggan kita.

Jawab soalan mereka dalam bentuk  penulisan blog.

Dalam masa yang sama penulisan blog kita ini boleh menjadi rujukan staff dan prospek perniagaan kita.

Pesan Cikgu Blog — Jangan risau blog kita menjadi rujukan pesaing kerana sebenarnya kita saling melengkapi ekosistem perniagaan ini.

Tips Ketiga #3 Buat Sistem untuk Menulis Blog

cikgu blog

Setiap kali dalam coaching, Cikgu Blog (saya) mesti bantu usahawan untuk buat sistem dalam penulisan mereka.

Nyatakan apa yang mahu dicapai terlebih dahulu sebelum menghasilkan strategi penulisan blog.

 

Blog yang kita tulis ialah blog untuk marketing yang menarik pelanggan kepada kita.

 

Jom mulakan tindakan sebagai usahawan untuk mempunyai medium sebaran untuk ilmu yang bermanfaat.

Untuk daftar di kelas ini klik disini.

Untuk WhatsApp (sekiranya anda buka blog ini di phone) klik link ini

Untuk join Facebook Page Puan Suraya Ali klik sini

Dengan ilmu blog dan ilmu pemasaran, perniagaan kita akan menjadi semakin baik. Dengan izin Tuhan.

9 Tips Online Marketing dari Puan Suraya Ali, baca di link ini

Selamat menulis dengan bijak ya usahawan!

 

 

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *