fbpx

Infografik Strategi Bijak Untuk Pemasaran

Infografi Strategi Bijak untuk Pemasaran

Dalam pemasaran, antara strategi bijak yang boleh dilakukan ialah, infografik. Infografik merupakan salah satu jenis konten yang baik, sama ada untuk media sosial mahupun produk jualan. Walaupun proses untuk membuat infografik ini mengambil masa, hasil infografik ini tetap berbaloi dan dapat menarik perhatian orang ramai. Jadi hari ini, Sue ingin kongsikan tentang infografik strategi bijak untuk pemasaran bagi membantu para usahawan di luar sana.

Apa Itu Infografik? | Infografik Strategi Bijak untuk Pemasaran

Infografik adalah satu bentuk visual yang mengandungi tulisan, teks atau maklumat. Lazimnya, infografik melibatkan elemen teks dan grafik atau gambar, untuk mencapai beberapa matlamat, seperti:

  • Memudahkan pembaca memahami konsep yang kompleks
  • Meringkaskan informasi atau maklumat
  • Membuatkan data yang kelihatan membosankan menjadi lebih menarik

Awal bulan yang lalu, Sue ada membeli produk secara atas talian. Gambar di bawah merupakan bungkusan produk tersebut yang Sue baru saja terima.

Infografi Strategi Bijak untuk Pemasaran

Pada bungkusan ini, penjual memaklumkan sembilan (9) langkah yang boleh dilakukan oleh pembeli sebelum membuka bungkusan tersebut. Langkah 1 dan 2 dinyatakan bahawa, pembeli perlu merakamkan video semasa membuka bungkusan tersebut. Tujuan merakam video adalah untuk memastikan kedua-dua pihak mendapat bukti sekiranya barang yang diterima terkurang atau tidak sama dengan barang yang dipesan.

Pada bahagian atas kanan bungkusan, tertulis ayat “Protect Your Rights”. Sue sangat tertarik dengan ayat ini, kerana penjual kembalikan manfaat kepada pembeli itu sendiri. Berdasarkan ayat itu juga, dapat dilihat penjual mengambil perhatian kepada ketakutan pembeli, sekaligus meningkatkan kredibiliti penjual tersebut.

Choose the right word for our company’s message and it can change the world“.

Oleh itu, infografik yang ada pada bungkusan juga merupakan antara strategi pemasaran yang boleh menjadikan pelanggan pertama anda, sebagai pelanggan tetap. Pemilihan perkataan, teks dan visual juga dapat menaikkan nama syarikat atau perniagaan anda.

Sampai di sini dahulu perkongsian Sue mengenai infografik strategi bijak untuk pemasaran kali ini. Semoga bermanfaat!

Tuan/Puan dijemput juga kalau nak like dan follow facebook Puan Suraya Ali untuk lebih banyak input tentang keusahawanan.

Untuk lebih banyak artikel menarik, boleh layari laman web portal SurayaAli.

Leave a Reply

%d bloggers like this: