fbpx

Pengkhususan dalam Pemasaran

Pengkhususan dalam Pemasaran

Selamat kembali ke portal Suraya Ali! Jadi, hari ini Cik Su nak bercerita tentang niche atau pengkhususan dalam pemasaran kita.

Disclaimer: Penulisan ini bukan tajaan atau berniat untuk menyinggung mana-mana pihak. Ia ditulis untuk tujuan pembelajaran dan idea pemasaran konten untuk usahawan.

Pentingkah Pengkhususan dalam Pemasaran?

Untuk konteks pengkhususan dalam pemasaran yang pertama, dapat dilihat dalam iklan jenama Garnier di bawah.

Pengkhususan dalam Pemasaran

Sesuatu produk kecantikan yang dihasilkan mungkin ada banyak fungsinya, seperti mencerahkan atau melicinkan kulit, dan memudarkan parut. Dalam membuat iklan, usahawan perlu cuba untuk mengetengahkan sesuatu masalah terlebih dahulu. Sebagai contoh, jenama Garnier dengan tagline “Hilangkan Bintik Hitam dalam 3 Hari”.

Sebagai penjual, pasti ada perasaan rugi jika tidak berjaya mempromosikan kepada semua orang kerana produk ini boleh digunakan oleh remaja sehingga matang usia. Namun, jika penjual mengkecilkan skopnya kepada kumpulan yang ingin hilangkan bintik sahaja… makin berkuranglah pelanggan sasarannya.

Dengan memberikan penekanan kepada kumpulan dan masalah yang anda mahu, prospek akan lebih mudah faham mesej yang anda ingin sampaikan. Golongan yang ingin menghilangkan bintik hitam ini mempunyai beberapa kumpulan, iaitu kumpulan wanita berusia 20-an dan mahu hilangkan parut jerawat semasa sekolah, atau kumpulan wanita berusia 30-an yang mula ada jeragat dan bintik hitam pada wajah. Iklan yang dipaparkan ini akan membuat golongan tersebut berasa “Eh nanti nak pergi belilah!”

Bagi golongan yang tidak ada masalah bintik hitam, mungkin semasa dia ternampak iklan ini, dia hanya terfikir “Kalau ada nanti, nak cari Garnier-lah.” Atau pun, mula belek wajah sendiri, takut-takut sudah ada. Atau boleh jadi golongan ini akan mempromosikan produk ini kepada rakan-rakannya yang mengadu mempunyai masalah bintik hitam pada wajah.

Produk T3 pula mahu dikenali dengan jerawat atau acne. Sasaran pengguna bagi produk ini ialah golongan yang lebih muda, iaitu remaja yang mula ada jerawat pada wajah. Bukan itu sahaja, mereka juga turut hadir dengan tagline From Face to Body Acne, We’ve Got You Covered.” Ada juga yang mempunyai masalah jerawat walaupun sudah berusia 40-an. Jadi, tidak kisahlah berapa pun umur anda, jika mempunyai masalah jerawat, boleh mencuba produk T3.

Pengkhususan dalam Pemasaran

Produk Tidak Khusus?

Bagaimana pula dengan produk yang tidak ada pengkhususannya? Bagi produk yang mempromosikan pelbagai penyelesesaian untuk pelbagai masalah (bukan khusus), anda boleh mencuba untuk mengadakan kempen mengikut bulan. Sebagai contoh, bulan Januari sehingga Mac bagi isu pertama, bulan Mei sehingga Julai pula untuk isu kedua, diikuti dengan isu berikutnya.

Namun, isu tagline tidak habis di sini. Penggunaan tagline ini perlu disebarkan secara meluas di laman sesawang, blog, dan media sosial anda. Bagi yang mempunyai bajet, anda boleh siarkan di televisyen atau radio.

Cik Su berharap perkongsian tentang pengkhususan dalam pemasaran ini dapat memberi idea untuk konten pemasaran anda.

•••

Tuan/Puan dijemput juga kalau nak like dan follow facebook Puan Suraya Ali untuk lebih banyak input tentang keusahawanan.

Untuk lebih banyak artikel menarik, boleh layari laman web portal SurayaAli.

Leave a Reply

%d bloggers like this: