fbpx

Perkataan Mempengaruhi Bisnes

Perkataan Mempengaruhi Bisnes

Baru-baru ini, Sue ada terima pamplet Ikea bersempena Hari Raya. Suka sangat lihat brand strategist jenama besar-besar ni bermain dengan perkataan dan event. Bukan itu je… Sejak dua minggu sebelum Ramadan lagi, Sue tengok pasar raya dan peruncit sudah membawa tema raya dalam pemasaran mereka. Jadi hari ini terasa macam nak berkongsi sedikit bagaimana perkataan boleh mempengaruhi bisnes kita!

Boleh lihat pada gambar di bawah:

Perkataan Mempengaruhi Bisnes

“Feast on the greener way this Eid. Start small this Raya”

Setiap perkataan tersebut mempunyai makna yang tersendiri. Pada muka surat hadapan, terdapat produk di meja makan dan dapur, seperti pinggan, papan pemotong, mangkuk dan gelas. Harga juga dipaparkan dengan jelas, iaitu RM49.90 untuk 4 buah pinggan. Tidaklah mahal sangat, kan? Haha

Buka pula bahagian dalam, semua produk yang sesuai untuk keperluan hari raya ada dipaparkan. Contohnya, seperti perhiasan rumah. Selain itu, pokok untuk bahagian dalam rumah dan hidangan meja makan juga turut dipaparkan dalam pamplet tersebut. Turut diselitkan kerusi, meja, langsir dan almari untuk ruang tamu. Paling tinggi harga yang dipaparkan hanyalah RM299! Sue yakin sangat, bahawa penggunaan perkataan dalam pamplet ini dapat mempengaruhi para pelanggan.

Apakah Tujuan Pamplet dalam Pemasaran? | Perkataan Mempengaruhi Bisnes

Objektif pamplet adalah untuk mengingatkan para pelanggan (contoh: IKEA) bahawa mereka merupakan salah sebuah tempat yang perlu dikunjungi bagi memeriahkan lagi suasana hari raya.

Sue juga ada menjangkakan yang pamplet ini akan dipenuhi dengan barang-barang IKEA berwarna hijau, namun hanya muka hadapan dan bahagian pokok sahaja rupanya… Pada bahagian lain, warna yang dipaparkan ialah warna hitam, putih, coklat atau kelabu. Tidak ada warna kuning, biru, merah atau warna lain. Lihat pada gambar di bawah, plastik resealable juga diletakkan warna hijau!

Perkataan Mempengaruhi Bisnes

Sue juga menjangka “greener” bermaksud barang organik atau selamat untuk bumi. Namun, itu bukanlah maksud yang ingin disampaikan oleh pihak IKEA. Selain itu, pada bahagian bawah juga terdapat frasa “Make Home Count”. Apa maksudnya tu? Sue rasa, mungkin IKEA ingin kaitkan dengan perkataan “Start small for Raya”. Memandangkan ada di antara kita yang sedang diuji dengan masalah kewangan, namun IKEA tetap bersama. Bukan dengan cara bersimpati, tetapi empati dan memahami.

Perkataan Mempengaruhi Bisnes

Pada bahagian muka surat belakang, terdapat ruang tamu cantik dengan tema hijau! Turut dinyatakan bahawa IKEA mempunyai 0% installment plan bagi yang mahu menjadikan kediaman seindah ini. Jadi, perkataan mempengaruhi bisnes ini sememangnya benar. Oleh itu, pemilihan perkataan dalam iklan dan pemasaran amatlah penting.

Kekurangan

Kekurangan pada pamplet ini ialah pelekat yang digunakan sangat kuat sehingga terkoyaklah juga pamplet ini, haha…

Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian Sue kali ini. Semoga bermanfaat dan dapat membantu para usahawan semua ya!

Tuan/Puan dijemput juga kalau nak like dan follow facebook Puan Suraya Ali untuk lebih banyak input tentang keusahawanan.

Untuk lebih banyak artikel menarik, boleh layari laman web portal SurayaAli.

Leave a Reply

%d bloggers like this: