Pendidikan

Tadika Terbaik di Sandakan Sabah – Tadika ABS Ibnu Sina

Tadika Terbaik di Sandakan Sabah

Ibu bapa yang tinggal di Sandakan, Sabah jangan risau. Jika Tuan Puan sedang mencari tadika terbaik di Sandakan Sabah, boleh ke Tadika ABS Ibnu Sina.

Tadika Sebagai Tempat Bermain dan Belajar

Bagi ibu bapa yang bekerja, anak-anak perlu dihantar ke tempat lain sepanjang kita tiada bersama mereka. Alternatifnya ialah tadika ataupun rumah pengasuh. Bila anak dah berusia empat tahun ke atas, ramai ibu bapa memilih untuk hantar anak ke tadika sebab anak boleh bermain dan belajar dengan kawan-kawan sebaya mereka.

Kenapa bermain dan belajar? Kerana itulah cara anak-anak belajar iaitu dengan cara bermain dan gembira hatinya meneroka dunia!

Tadika Terbaik di Sandakan Sabah
Deklamasi sajak oleh pelajar Tadika ABS di Malaysia Hari Ini, TV3

Saya baca perkongsian daripada Puan Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy.Katanya anak-anak kita memerlukan empat perkara untuk berkembang sewaktu usianya kecil iaitu:

  1. Rasa selamat – apabila dilindungi dari bahaya.
  2. Rasa wujud – apabila dipedulikan.
  3. Rasa tenang – apabila ditenangkan apabila terluka atau kecewa.
  4. Rasa aman – apabila percaya akan dibantu.

Semua ini boleh dicapai apabila ibubapa ‘show up’ atau hadirkan diri dalam hidup anak apabila diperlukan.

Namun bagi ibu bapa yang bekerja, bagaimanalah agaknya kita mahu ‘show up’ setiap masa apabila anak-anak kita memerlukan kan? Sedih pula rasanya. Tapi bila kita berusaha untuk mendaftarkan mereka di tadika terbaik di Sandakan Sabah iaitu Tadika Ibnu Sina, pasti ianya memberikan kebaikan kepada tumbesaran anak kita kan. Sebab di tadika ini ada banyak program kerjasama antara ibu bapa dan guru antaranya ialah Hari Konsultasi Ibu bapa dan Guru.

Tadika Terbaik di Sandakan Sabah

Tadika Ibnu Sina adalah cawangan Tadika ABS – Aktif Bijak Santun. Bila lihat di Facebook Tadika ABS mereka ada banyak tips dan nasihat untuk ibu bapa yang boleh kita praktikkan di rumah, saya rasa lega untuk menghantar anak ke tadika terbaik di Sandakan Sabah iaitu Tadika Ibnu Sina.

Tingkahlaku Anak ialah Komunikasi

Banyak saya belajar dari Facebook Tadika ABS Ibnu Sina antaranya ialah tingkahlaku anak ialah komunikasi mereka menyampaikan rasa kepada kita. Contohnya bila mereka seolah-olah tak mahu mendengar arahan kita atau mula menunjukkan rajuk. Ambil masa untuk kita fikirkan mesej yang mahu mereka sampaikan dan apakah punca kelakuan mereka itu berbanding terus menuding jari kepada mana-mana pihak atau menghukum anak itu. Semak semula keperluan mereka yang belum diisi.

Aktiviti di Tadika Terbaik di Sandakan Sabah – Tadika Ibnu Sina

Saya sangat suka jika anak-anak terlibat dengan banyak aktiviti luar seperti bermain di bawah cahaya matahari mahupun aktiviti mengemas rumah. Biar otot-otot mereka bergerak dan terlatih dengan aktiviti ini. Di Tadika ABS Ibnu Sina, anak-anak akan sentiasa sibuk dengan aktiviti ini.

Tadika Terbaik di Sandakan Sabah
Hari Sukan di Tadika Ibnu Sina

Sekiranya Tuan Puan mencari tadika terbaik untuk anak seawal usia 4 tahun, ini sepuluh sebab mengapa Tadika ABS Ibnu Sina perlu menjadi pilihan ibu bapa.

  1. Selamat dengan pemantauan kerana tadika ini di lengkapi CCTV untuk tujuan keselamatan di Tadika ABS Ibnu Sina.
  2. Guru terlatih dan berpengalaman. Semua Guru Tadika ABS Ibnu Sina mempunyai ijazah dan seorang mesti mempunyai Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak.
  3. Berpengalaman mengendalikan anak-anak ‘Speech Delay’ semenjak 2014.
  4. Konsep pembelajaran secara semula jadi.
    Pembelajaran di sesuaikan dengan fitrah anak-anak yang suka bermain. Sebenarnya sedang belajar dengan rancangan pembelajaran yang tersusun dan terancang.
  5. Tiada peperiksaan.
    Tiada kedudukan dalam kelas, nombor satu, nombor 2 dan nombor 3 itu. Di usia ini, kanak-kanak mempunyai kepintaran dan kecerdasan masing-masing yang mesti di bangunkan. Semua anak adalah bijak.
  6. Tiada “Homework” ataupun kerja rumah.
    Semua aktiviti di lakukan bersama-sama guru di Tadika ABS Ibnu Sina.
  7. Aktiviti outdoor di Tadika ABS Ibnu Sina.
    Ya, terdapat aktiviti lawatan sambil belajar yang terancang dan tersusun.
  8. Padang Tadika ABS Ibnu Sina yang luas.
    Aktiviti luar kelas iaitu di padang Tadika sangat membantu minat dan perkembangan kanak-kanak.
  9. Ada kelas mengaji. Bimbingan tambahan secara percuma di Tadika ABS Ibnu Sina supaya boleh membaca dan mengaji Al-Quran.
  10. Lokasi Tadika ABS Ibnu Sina bersebelahan MYDIN. Senang je nak cari. Balik ambil anak boleh singgah Mydin dulu.

Tadika ABS Ibnu Sina ini terletak di Blok 29, B227, Lorong 8 Jalan Airport, Batu, 7, Taman Sejati Ujana, 90000 Sandakan, Sabah.

Tadika Terbaik di Sandakan Sabah
Gambar bahagian hadapan Tadika Ibnu Sina

Untuk mendapatkan Kelas Percubaan di Tadika ABS Ibnu Sina ini klik sahaja di sini

Mungkin ibu bapa mahu lihat sama ada anak-anak suka belajar di tadika ini terlebih dahulu.

Boleh juga klik Whatsapp disini

Artikel yang saya tulis sebagai perkongsian ibu bekerja di sini.

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *