Pendidikan

Tadika Terbaik di Taiping

Tadika Terbaik di Taiping

Ibu bapa yang berada di Taiping dan sedang Google Tadika Terbaik di Taiping jangan risau sebab kita ada Tadika ABS Bestari Suci Murni Kampung Jambu Taiping.

Bergelar ibu bapa ini memang sebuah pengalaman yang unik dan berharga. Tak dapat dijual beli mahar harganya. Banyak perkara yang kita pertimbangkan untuk anak terutamanya ialah pendidikan mereka.

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Pendidikan pula bukan sekadar pandai ABC malah meliputi akhlak dan keperibadian. Tinggi ilmu kerana adab. Bila ibu dan bapa perlu ke tempat kerja, memilih tadika terbaik untuk anak kita adalah keutamaan.

Jika Tuan Puan berada di sekitar Taiping dan mempunyai anak berusia 4 tahun ke atas, boleh pertimbangkan Tadika ABS Bestari Suci Murni Kampung Jambu Taiping. Klik sahaja untuk melihat Facebook tadika terbaik di Taiping ini.

Kombinasi Pembelajaran Di Dalam dan Luar Kelas

Saya sangat suka bila lihat anak-anak ini bukan sahaja belajar di dalam kelas malah di luar bilik darjah juga. Kalau kita imbas kembali masa kita berumur sekitar 4 ke 6 tahun, ianya tempoh yang paling riang untuk bermain. Masalah apa pun tak fikir! Dan masa itulah sebenarnya anak-anak menyerap semua maklumat disekeliling mereka bagaikan span yang menyerap!

Jadi usia ini adalah usia emas untuk dihantar ke tadika yang baik.

Tadika Terbaik di Taiping
Anak-anak Tadika ABS melawat Zoo Taiping

Belajar Bersosial dan Bekerjasama

Bila anak-anak ke tadika, ia bukan sahaja melatih mereka untuk belajar ilmu di dalam buku malah melengkapkan mereka dengan ilmu berkawan-kawan. Anak-anak ini akan belajar bersama, makan bersama malah tidur bersama.

Di bawah seliaan guru yang terlatih, ibu tak perlu risau nak hantar anak ke tadika terbaik di Taiping ini iaitu Tadika ABS ya!

Tadika Terbaik di Taiping
Anak-anak di tadika menunaikan solat bersama-sama

Aktiviti Direkodkan Guru – Tadika terbaik di Taiping

Biarpun kita tak berada dekat dengan anak waktu mereka belajar namun aktiviti mereka direkodkan oleh guru-guru. Bolehlah ibu dan bapa tengok anak-anak di tempat kerja biarpun melalui gambar. Lihat senyuman dan keterujaaan mereka pasti akan buat ibu bapa rasa bangga. Anak-anaklah harapan kita untuk masa hadapan!

Tadika Terbaik di Taiping
Aktiviti menanam pokok sangat bagus untuk anak-anak

Tengok keletah anak-anak kita melalui perkongsian video di Facebook tadika pun boleh!

Di mana Lokasi Tadika Terbaik di Taiping – Tadika ABS Bestari Suci Murni?

Bagi ibu bapa yang mahu melawat tadika ini, ini alamatnya Jalan Durian, Kampung Jambu, 34000 Taiping, Perak

Tadika ABS Bestari Suci Murni

Untuk mendapatkan Kelas Percubaan di Tadika ABS Ibnu Sina ini klik sahaja di sini

Mungkin ibu bapa mahu lihat sama ada anak-anak suka belajar di tadika ini terlebih dahulu.

Boleh juga klik Whatsapp disini

Artikel yang saya tulis sebagai perkongsian ibu bekerja di sini.

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *