Storytelling

Teknik Bercerita Storytelling

Apakah teknik bercerita storytelling yang baik? Susah tak nak bercerita dengan menarik?

Susah, kalau tak tahu.
Senang kalau dah tahu dan cuba berlatih menulis.

Sebelum kita tahu nak menulis ni macamana, kita kena tahu dulu apa kepentingan penulisan kita ni.
Kalau kita tak dapat rasa betapa pentingnya ia, lagi susah kita nak buat.

Sorry naik lori lah kata budak-budak dulu.

Tapi bila kita faham kepentingan bercerita (storytelling), kita akan cuba dan cuba lakukan terutama bagi tujuan kerja dan bisnes.

Saya secara peribadi menulis cerita kerana saya suka membaca cerita yang baik.
Cerita yang baik menggembirakan hari saya. Cerita yang baik memberikan saya pengalaman baru yang saya tak pernah lalui.
Malah banyak cerita memberikan inspirasi untuk saya melalui hari. Ada juga yang menciptakan idea-idea baru!
Jadi cerita-cerita yang saya tulis adalah untuk menjemput pembaca ke dunia saya pula.
With the same thought and hope.

Ada pencerita yang baik tak dapat menulis.
Ada juga penulis yang baik tak pandai bercerita.
Macamana nak hasilkan cerita yang baik ialah sama ada kita belajar pergi kelas atau baca buku mahupun upah orang untuk melakukannya.

Modul teknik bercerita storytelling adalah antara modul yang dibangunkan di Lunaworks.co untuk usahawan berkongsi kisah terutama brand story kita.

Saya kongsikan ‘Gunung Cerita’ atau mountain story untuk sesebuah penceritaan.

Teknik Bercerita Storytelling

Biasanya kita kena kenal pasti awal-awal apakah climax sesebuah cerita.
Waktu kita sukar nak buat keputusan ke. Atau masa doktor beritahu tentang keputusan ujian darah kita. Atau masa termenung sukar membuat keputusan untuk memilih pasangan haha.
Bayangkan kita nak bercerita secara berhadapan dengan kawan – mesti kita dah tahu apa klimaks cerita itu kan.

Kemudian barulah kita mula dengan sedikit latar belakang cerita seperti :

1. Watak yang terlibat
2. Dialog watak
3. Lokasi atau tempat berlakunya peristiwa itu

Naikkan sikit momentum cerita dalam bentuk dialog atau pertanyaan mahupun dilema.

Sambung dengan climax dan lepastu boleh mulakan perenggan untuk kesimpulan atau pengajaran yang diambil dari peristiwa itu.

Senang aje kan menulis dan bercerita? 

Ini cerita saya tentang wanita bekerjaya dan rasa bersalahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *