fbpx

Teknik Pemasaran dalam Berocca

Teknik Pemasaran dalam Berocca

Baru-baru ini, semasa Cik Su sedang memandu sambil emndengar lagu “Tiara” yang menggambit kenangan zaman persekolaha, tiba-tiba… keluar pula iklan Berocca! Ada juga rasa geram pada masa itu, tapi sedar diri pakai Spotify percuma, jadi layankan sajalah iklan itu. Iklan yang dikeluarkan oleh Berocca ini sememangnya menarik perhatian Cik Su. Dalam perjalanan selama satu jam itu, lebih kurang tiga kali juga iklan Berocca dikeluarkan. Jadi, Cik Su pun kaji teknik pemasaran dalam Berocca ini.

Disclaimer: Penulisan ini ditulis untuk tujuan ilmu bagi usahawan gunakan dalam pemasaran. Bukan tajaan atau mempunyai niat tidak baik.

Sebelum itu, Cik Su nak kongsikan apa yang menyebabkan Cik Su tertarik dengan iklan Berocca ini. Berdasarkan iklan Berocca, Berocca menjual set sahur dan siap dapat free Luqman kejutkan sahur pada jam 5 pagi! Wah, bukan biasa-biasa ini.

Teknik Pemasaran dalam Berocca

Produk Berocca ini merupakan suplemen bagi membantu penggunanya kekal cergas semasa berpuasa. Avatar bagi iklan ini ialah Luqman. Pada mulanya, Cik Su tidak kenal suara yang digunakan dalam iklan Berocca ini. Apabila tiba di rumah, Cik Su tengok di Instagram dan baru tahu, oh… pemilik suara dalam iklan Berocca ini merupakan seorang influencer yang bernama Luqman Podolski. Hebat juga influencer ini kerana ada 1.3 juta pengikut di Instagram! Bukan calang-calang pelaburan ini! Pada masa ini, Cik Su kagum dengan idea kejut sahur ini.

Iklan itu bermula dengan suara seorang lelaki yang sedikit dikepit untuk menyerupai wanita yang bertanya kepada emaknya, “Mak, boleh kejutkan saya sahur?” Namun, emaknya menamatkan panggilan tersebut. Pada waktu itu, saya berfikir mungkin sasaran mereka ialah perempuan yang belum berkahwin. Namun, ada terfikir juga sasarannya ialah kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, kerana Luqman Podolski merupakan lelaki bujang yang berusia 23 tahun.

Saya juga merasakan bahawa Berocca menyasarkan pada kumpulan pengguna yang sedang aktif tenaganya. Kalau sudah guna dari muda, pasti akan diteruskan penggunaannya sehingga sudah berkeluarga, bukan?

Teknik Pemasaran dalam Berocca

Teknik pemasaran dalam Berocca ini memfokuskan kepada isu tidak ada sesiapa mengejutkan sahur. Jadi, kalau anda ingin Luqman Podolski kejutkan anda bangun sahur, bolehlah tinggalkan nombor telefon anda.

Cik Su tidak perasan teknik pemasaran dalam Berocca ini menggunakan flyers kempen semasa Cik Su berada di farmasi. Namun, Cik Su jumpa iklan promosi ini dalam iklan Spotify, Facebook dan laman sesawang Berocca, serta beberapa laman sesawang lain, seperti Berita Harian, Beautiful Nara, Oh Bulan, Oh Media dan Sirap Limau. Dari sini, Cik Su dapat mengagakan teknik pemasaran dalam Berocca ini sudah disusun dan diatur dengan cantik. Selain itu, Luqman Podolski juga mempromosikan kempen ini dengan memuat naik dalam Instagram miliknya.

Jadi, bagaimana Berocca buat panggilan bagi setiap sorang pada jam 5 pagi tepat? Kalau anda nak tahu, kenalah cuba mendaftar. Sesuai juga untuk yang berjauhan dengan keluarga.

Sampai di sini sahaja perkongsian Cik Su. Diharapkan perkongsian kali ini dapat memberi idea kepada usahawan untuk membuat teknik pemasaran seperti dalam Berocca.

•••

Tuan/Puan dijemput juga kalau nak like dan follow facebook Puan Suraya Ali untuk lebih banyak input tentang keusahawanan.

Untuk lebih banyak artikel menarik, boleh layari laman web portal SurayaAli.

Leave a Reply

%d bloggers like this: