Pernah Dengar Tentang eUsahawan?
eUsahawan merupakan inisiatif kerajaan ketika itu dibawah teraju YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, menerusi MDEC.
Telah dilancarkan pada 23 November 2015 tahun 2016.
Siapa yang Boleh Hadir?
- Semua rakyat Malaysia
- Berusia di atas 18 tahun
- Berminat dalam perniagaan
- Mempunyai gajet dengan sambungan Internet seperti telefon pintar, tablet atau komputer riba.
Apakah yang Akan dipelajari?
Peserta akan belajar tentang asas keusahawanan digital seperti penggunaan Google, Facebook dan Instagram sebagai platform pemasaran.
Google Trends
Kenalpasti katakunci ‘keywords’ yang dicari oleh prospek di Internet
Google My Business
Senaraikan perniagaan samada produk ataupun servis kita di Google
Copywriting
Teknik penulisan di FB Profile, Page dan Instagram untuk menambat hati pelanggan
Komunikasi Closing
Bina chatbot yang sedia ada di FB dan WhatsApp untuk tujuan ‘close sale’ dengan prospek yang berminat
Siapakah Tenaga Pengajar – Puan Suraya Ali?
Puan Suraya Ali merupakan seorang Bisnes Coach, Trainer dan juga penulis beberapa buah portal blog.
Bekerja dalam bidang IT selama 5 tahun sebelum memulakan perniagaan dalam bidang runcit barangan bayi ‘Lunatots’. Berpengalaman dalam bidang perniagaan selama lebih 13 tahun.
Beliau kini fokus kepada kerjaya bidang latihan sebagai Jurulatih (Trainer) dalam bidang Keusahawanan Digital. Kini bersama Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) untuk Program eUsahawan sejak 2016.
Pendidikan dan Sijil Profesional
– Ijazah IT (Data Communications), Multimedia University Malacca
– Advanced Certificate Digital Marketing Institute, Ireland
– SME @University (Innovations) UiTM Shah Alam
– Google Analytics and Google Adsense Certified Trainer
– Facebook Blueprint Trainer Network
– Certified Trainer for Directive Communications Psychology International
Pencapaian – Trainer Paling Popular tahun 2018
Pengalaman sebagai Coach, Trainer dan Konsultan
– Business Coach untuk Program VEST (Varsity Enterpreneurship Skills & Talent) anjuran KPDNKK pada tahun 2017 untuk meningkatkan kefahaman perniagaan di kalangan pelajar University
– Ketua Bahagian Pembangunan Pemasaran Digital untuk Program DASAR Olive House, sebuah perniagaan makanan sihat pada tahun 2017
– Jurulatih Pemasaran Digital untuk MARA Selangor sepanjang 2018 sehingga kini
– Business Coach untuk bersama peserta CEO Desa tahun 2018
– Konsultan untuk SEO untuk Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia
– Konsultan dalam pemasaran digital (SEO) untuk MPWS, Flexis Print, Talenta, Rahim Auto dan Marco.
– Jurulatih pemasaran digital bersama Usahawan dari golongan pelajar dan kakitangan UNITEN
– Jurulatih pemasaran digital untuk Puspanita
– Jurulatih Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) sejak tahun 2016
– Business Coach pagi Program Pedas (Perkhidmatan eDagang Setempat) bagi tahu 2019 dan 2020.
Pencapaian Usahawan
Konvensyen Inspirasi Usahawan Wanita bersama Dr Azizan Osman, Dato Husamuddin pada tahun 2013
Best Presenter for SME@UiTM Programme 2016
Senarai Client
Tentatif Program
Program eUsahawan merupakan program sehari iaitu 8 jam bermula 9 pagi sehingga 5 petang.
Sesi Pagi
9 am – 10.30 am – Kelas bermula dengan pendaftaran di portal Go-eCommerce milik MDEC.
Peserta akan menjalani praktikal penggunaan laman web tersebut.
10.30 am – 11 am – Rehat
11.00 am – 12.00 pm – Google Trend untuk keperluan SEO.
Peserta akan menggunakan applikasi Google untuk menentukan kata carian yang mahu digunakan dalam perniagaan.
12.00 pm – 1.00 pm – Kemaskini Facebook Profil
Peserta akan mengemaskini FB Profil untuk membawa imej seorang usahawan.
Sesi Petang
1.00 pm – 2.30 pm – Rehat
2.30 pm – 3.30 pm – Teknik Fotografi untuk Pemasaran Digital.
Peserta akan menjalani praktikal mengambil gambar untuk produk dan juga servis untuk tujuan menarik prospek di Internet
3.30 – 4.30 pm – Instagram for Business
Peserta akan belajar teknikal Instagram seperti hashtag dan Instagram for Business.
4.30 pm – 5.00 pm – Sesi Q&A dan bergambar
Terbaru! Tentatif eUsahawan Melalui Applikasi Zoom
9.00 am – 10.00 am Kelas bermula dengan pendaftaran di portal Go-eCommerce milik MDEC.
Peserta akan menjalani praktikal penggunaan laman web tersebut.
10.30 am – 11.30 am – Google Trend untuk keperluan SEO.
Peserta akan menggunakan applikasi Google untuk menentukan kata carian yang mahu digunakan dalam perniagaan.
12.00 pm – 1.00 pm – Kemaskini Google My Business
Google My Business (GMB) merupakan antara tools penting dalam pemasaran yang membuatkan bisnes kita berada di page pertama Google.
1.00 pm – 2.00 pm – Rehat
2.00 pm – 3.00 pm – Facebook Page Insight
Peserta akan menjalani praktikal membuat laman halaman (page) untuk perniagaan dan menyemak insight audience mereka.
3.00 – 4.30 pm – Instagram for Business
Peserta akan belajar teknikal Instagram seperti hashtag di Instagram for Business.
4.30 pm – 5.00 pm – Sesi Q&A dan bergambar
Daftar eUsahawan belajar di Zoom Sekarang
Apa Kata Peserta?
https://youtu.be/X8ExmiqyhO8https://youtu.be/k4P3iK3fLSkhttps://youtu.be/D89VKJ82QZY
Keratan Akhbar 26 Julai 2019
Bacaan lanjut di laman web Harian Metro mengenai Jurulatih Digital Puan Suraya Ali
Bagaimana Mahu Menjemput Trainer Puan Suraya Ali?
Sekiranya Tuan/Puan mempunyai sebarang program di organisasi Tuan/Puan dan mahu menjemput Puan Suraya Ali untuk sesi perkongsian eUsahawan Pemasaran Digital, emel ke lunaworks.co@gmail.com