Puan Suraya Ali merupakan seorang Coach dan Trainer dalam bidang Pemasaran Digital (Online Marketing) di Malaysia.

Menerima pendidikan dari Universiti Multimedia, Melaka dalam bidang IT kepujian (Data Communications). Memulakan kareer dalam bidang IT sebelum bergelar usahawan sepenuhnya pada tahun 2007. Perniagaan pertama beliau adalah rangkaian butik dan juga portal keibubapaan iaitu Lunatots.

Sejak 2012 Fokus beliau ialah pemasaran digital dan mempunyai Diploma Digital Enterpreneurship dari Learning Resource Network, UK dan Sijil Digital Marketing Professional daripada Digital Marketing Institute, Ireland.

Puan Suraya Ali, Digital Marketing Professional

Aktif dalam bidang penulisan dan merupakan penulis undangan untuk majalah keibubapaan di Malaysia serta beberapa akhbar tempatan untuk topik pemasaran digital.

Berikut adalah latar belakang Puan Suraya Ali

  • Jurulatih Bertauliah daripada HRDF
  • Protege Public Speaking Mastery anjuran Speaker’s Academy Malaysia (SAM)
  • International Certified Trainer for Directive Communications (DC) Psychology
  • Master Certified eUsahawan Trainer
  • Facebook Certified Lead Trainer
  • Coach Pemasaran Digital bagi agensi MARA dan Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC)

Untuk menghubungi beliau, emel di coach.surayaali@gmail.com.

Pencapaian Suraya Ali sebagai Trainer

Antara anugerah yang pernah diterima ialah

  • 2012 Top 30 Women Enterpreneurship in Business, Success and Equality South East Asia by SME Magazine
  • 2016 Best Presenter for SME@UiTM Programme by SME Corp
  • 2018 Most Popular Trainer (Social Media) by MDEC
  • 2020 Top Trainer (April) Most Class Conducted by MDEC
  • 2021 Top Trainer for Highest Percentage of Reporting Sales by MDEC
  • Gold Club Member for Business Network International (BNI)

Beliau sering diundang memberikan latihan dan coaching bagi organisasi perniagaan dan agensi kerajaan.

2009 – Suraya Ali untuk Personaliti Majalah Pa&Ma
Suraya Ali di Nasi Lemak Kopi O bersama Dr Azizan Osman dalam slot keusahawanan
2012 Top 30 Women Enterpreneurship in Business, Success and Equality South East Asia by SME Magazine
Antara speaker Konvensyen Inspirasi Usahawan Wanita 2013 bersama Dato’ Husamuddin Karangkraf, Dr Azizan Osman, Bonda Rozita
Kisah perniagaan Lunatots di Berita Harian 2016. Berita penuh di sini.
Suraya Ali dan Lunaworks di Majalah PUNB 2015
Suraya Ali di akhbar Harian Metro Julai 2019. Artikel penuh di sini
TV Al Hijrah untuk Topik Keibubapaan
Tiga muka surat kisah perjalanan sebagai Jurulatih Pemasaran Digital April 2020. Artikel penuh di sini.
2018 Most Popular Trainer (Social Media) by MDEC

2020 Top Trainer (April) Most Class Conducted by MDEC
2021 Top Trainer for Highest Percentage of Reporting Sales by MDEC
Buku 13 Tips Pengurusan Masa Usahawan Wanita
Buku Travellis Jepun Pengembaraan Tokyo