Apa itu Program e-Usahawan? – Program untuk Rakyat

Apa itu Program eUsahawan?
e-Usahawan ialah program yang diterajui oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, menerusi MDEC.
Telah dilancarkan pada 23 November 2015 tahun lalu.
Program eUsahawan ini merupakan salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro.
Menerusi Program eUsahawan ini juga, rakyat berpeluang untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital.
Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro.
Para peserta eUsahawan akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa.
Objektif jangka panjang program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara.
Apa yang akan dipelajari didalam e-Usahawan?
Asas Perniagaan
Kaedah mengenali potensi perniagaan digital melalui kajian pasaran dan pesaing.
Pemasaran Melalui Media Sosial
Kaedah meningkatkan jualan dengan media sosial seperti Facebook & Instagram.
Pemasaran Melalui Website
Kaedah membina website asas & memahami Search Engine Optimization (SEO).
Ayat Jualan
Kaedah menghasilkan ayat jualan berkesan untuk perniagaan digital (copywriting).
Trainer e-Usahawan : Puan Suraya Ali
Cara Mendaftar e-Usahawan secara percuma
- Klik untuk daftar eUsahawan bit.ly/eupuansurayaali
- Pilih tarikh yang available
- Hadir pada tarikh, masa dan lokasi yang didaftarkan
Kehadiran adalah WAJIB selepas mendaftar. Setiap pendaftaran akan mengambil tempat seorang rakyat Malaysia yang lain.
Program e-Usahawan terbuka kepada:
- Semua rakyat Malaysia diatas 18 tahun
- Mahu belajar ilmu online marketing
- Perlu membawa komputer riba semasa belajar
- Bawa sambungan Internet incase tempat tersebut menghadapi Internet yang perlahan.
Leave a Reply