Facebook

Pengalaman Baru Halaman FB Page

Meta telah mengumumkan yang pengguna Facebook akan mempunyai pengalaman Baru Halaman FB Page (new experience in FB page).

Ini artikel yang saya tulis selepas 1 jam mengalaminya. Mungkin Tuan Puan usahawan dah perasan atau mungkin belum perubahan interface dalam FB page – no 5 tu paling best dan nampak perubahan ketara dalam FB page kita!

Pengguna juga mungkin sedang mengeksplorasi Penggunaan interface baru ini di mana FB Page sama macam FB Profile.

Ada juga beberapa perkara saya keliru seperti bagaimana FB pilih page yang mana satu boleh ditukarkan dengan pengalaman FB Profile. Terutama bagi profile yang memiliki banyak page.

Saya nak explore menggunakan laptop, mungkin lebih mudah. Tapi perubahan ini akan mengubah landskap penggunaan FB Page.

Perubahan Pengalaman Halaman FB Page yang Pertama – FB Page Lebih Visible

Salah seorang kawan di FB saya sudah mengutarakan perkara ini bilamana FB mula memaparkan FB Page yang kita ikuti di dalam senarai Home.

Berbanding sebelum ini yang sangat susah untuk FB keluar di Home.

Biarpun begitu sebagai Jurulatih Pemasaran Digital, saya tetap menggalakkan semua peserta di dalam kelas untuk membuat FB Page dan menggunakannya secara aktif berbanding ‘asal ada’.

Kedua – Influencer Menggunakan FB page Semula

Kebanyakan influencer ada FB Page. Namun apabila FB Page kurang capaian (reach) kepada follower, mereka aktif di FB Profile semula.

Pengalaman Baru Halaman FB Page

FB Profile juga mempunya function untuk Follow dan jumlah followers juga lebih genuine berbanding like di FB Page.

Pernah suatu ketika ada servis untuk like di FB Page manakala rasanya tak ada servis naikkan follower FB Profile.

Dengan pengalaman baru halaman FB Page ini mungkin menyemarakkan semula Penggunaan FB Page di kalangan influencer.

Perubahan Pengalaman Halaman FB Page yang Ketiga – Optimasi FB Ads

Ramai usahawan mengeluh dengan Penggunaan FB Ads yang dirasai semakkan tinggi harganya untuk mendapatkan ‘lead’.

Saya melihat perubahan ini akan membawa perubahan baik kepada FB Ads. Semakin FB Page ‘sampai’ kepada target audience mereka, semakin mudah iklan sesuatu produk ‘diterima’ oleh prospek – sebab mereka memang memerlukan penyelesaian itu!

Iklan kita sebelum ini tak sampai (mungkin) kerana audience tidak tepat. Jadi mereka tiada mood untuk membuat pembelian (lagi).

Pengalaman Baru Halaman FB Page

Let us hope that this changes will bring us good things.

Tiga dahulu, nanti saya sambung. Feel free to share your thoughts in the comment section.

Suraya Ali, Coach Digital Marketing.

Baca pengumuman tentangnya di laman web Meta disini.

Recommended Articles

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *