Program eUsahawan 2019 adalah sebuah program yang memfokuskan kepada pendidikan dunia digital kepada individu mahupun organisasi yang berminat untuk meneroka peluang perniagaan dalam bidang digital.

Siapa yang boleh menyertai program ini?

Semua rakyat Malaysia yang berusia diatas 18 tahun boleh menyertai eUsahawan 2019 dengan cara mendaftar kelas-kelas yang disediakan oleh trainer ataupun tenaga pengajar yang telah dilantik oleh Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC).

Siapakah tenaga pengajar eUsahawan 2019 MDEC?

Puan Suraya Ali atau turut dikenali sebagai Cik Sue daripada Lunaworks merupakan antara tenaga pengajar trainer oleh MDEC bagi program eUsahawan ini.

Sedikit pengenalan tentang beliau.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Raja (P) Taayah, Ipoh dan melanjutkan dalam bidang Teknologi Maklumat (Majoring Komunikasi Data) dari Universiti Multimedia, Melaka.

Pernah berkhidmat dalam bidang Teknologi Maklumat di bahagian Pengurusan Projek selama hampir 5 tahun sebelum memulakan perniagaan dalam bidang online dan retail barangan bayi berjenama ‘Lunatots’.

Puan Suraya Ali, Lunaworks
Puan Suraya Ali bersama produk The Milk Story oleh Lunatots produk ibu menyusu

Memulakan perniagaan daripada perkongsian pengalaman di blog sehingga membuka 9 cawangan Lunatots secara perlesenan pada tahun 2013.

Tahun 2016, Puan Suraya Ali fokus kepada bidang latihan pemasaran digital (online marketing) dan terpilih menjadi antara Master Trainer eUsahawan oleh MDEC.

Puan Suraya Ali semasa mengendalikan sesi LIVE di laman FB Page eUsahawan

Untuk menonton video penuh mengenai SEO dan Blogging, boleh klik link ini.

Sebagai trainer pemasaran digital, kepakaran beliau adalah dalam blogging dan Search Engine Optimization iaitu bagaimana meletakkan produk dan servis kita di Google Page yang pertama.

Contoh carian ‘daftar eUsahawan’ yang menyenaraikan beberapa laman web di Google page pertama dan laman web www.surayaali.com telah berada di mukasurat pertama.

Bagaimana untuk mendaftar Program eUsahawan 2019?

Sekiranya Tuan/Puan merupakan seorang individu yang berminat dengan keusahawanan, telah mahupun belum bergelar usahawan dan mahu mengambil peluang untuk belajar dengan Puan Suraya Ali, klik link ini untuk daftar eUsahawan. Pilih tarikh yang disenaraikan dan Tuan/Puan akan dimasukkan kedalam WhatsApp Group kelas tersebut.

Lokasi kelas adalah mengikut dalam senarai atau diberitahu kemudian didalam grup.

Bagaimana jika saya mempunyai kumpulan usahawan?

Bagi organisasi yang mempunyai lebih daripada 30 usahawan, Tuan/Puan boleh klik link ini untuk daftar eUsahawan dan pilih pilihan –> Saya mempunyai lebih daripada 30 usahawan yang mahu menyertai.
Tim Lunaworks akan menghubungi Tuan/Puan untuk aturan kelas.

Apa yang akan dipelajari?

Program eUsahawan 2019 bukanlah sebuah program baru. Ianya adalah sebuah program inisiatif kerajaan sejak tahun 2016 dan telah dapat melahirkan lebih daripada 500,000 usahawan setiap tahun.


Apa yang akan dipelajari didalam eUsahawan 2019

Tempoh satu hari sepanjang kelas pastinya tidak cukup untuk kita belajar semua perkara namun ia memadai untuk kelas Asas Online Marketing. Mendaftarkan diri didalam program eUsahawan 2019 memberi peluang untuk kita mendapat geran subsidi untuk kelas-kelas lain anjuran MDEC.

Yang paling penting, program eUsahawan 2019 adalah subsidi geran untuk semua rakyat Malaysia. Setiap rakyat Malaysia boleh menghadiri program eUsahawan sekali sahaja seumur hidup. Bagi individu yang ingin hadir kali kedua dan seterusnya, cas RM80 dikenakan setiap seorang.

Apa yang perlu saya bawa di dalam kelas?

Tuan/Puan perlu membawa telefon bimbit, laptop dan juga Internet mana tahu tempat program tidak mempunyai Internet ataupun talian Internetnya lambat. Tak syok juga belajar pemasaran digital dengan Internet yang lambat kan?

Perlukah saya bayar untuk menghadiri kelas eUsahawan 2019?

Tidak perlu untuk pertama kali. RM80 untuk kelas kedua dan seterusnya jika mahu hadir lagi.

Bagaimana saya mahu tahu samada saya pernah hadir atau tidak?

Selepas mendaftar eUsahawan 2019 pada link ini, Tuan/Puan akan diminta daftar di link MDEC. Di sana trainer akan maklumkan sekiranya nama dan IC Tuan/Puan sudahpun berdaftar dengan kelas eUsahawan sebelum ini.

Leave a Reply