Blog

5 Cara Menghadapi Masalah Kekurangan Susu Ibu -Perkongsian dari Pengalaman Sebenar Seorang Ibu yang Pernah Kekurangan Susu

Baby

5 Cara Menghadapi Masalah Kekurangan Susu Ibu -Perkongsian dari Pengalaman Sebenar Seorang Ibu yang Pernah Kekurangan Susu

Ini kisah Puan Ana.
—-
Saya menghadapi masalah kekurangan susu ibu.
Masa anak pertama dahulu, saya sangat susah hati dan mahukan semuanya dalam bentuk nombor.
Seperti berapa kali pam dalam sehari?
Berapa lama untuk sekali sesi pam?
Berapa oz yang saya perlu dapat dalam sehari?
Dan berapa yang sepatutnya anak kita minum dalam sehari semasa ditinggalkan untuk berkerja?
(Masa dah balik kerja tidak perlu diukur sebab anak akan terus minum dari ibu)

Pernahkah ibu-ibu mengalami keadaan seperti ini?
Semasa anak saya berusia 10 bulan, susu yang saya pam setiap hari semasa dipejabat semakin berkurangan.
Setiap kali mengepam semasa siang sewaktu bekerja dan saya hanya 2 oz!
3 kali mengepam di pejabat, hasilnya hanya 6 oz.
Sedangkan saya perlu tinggalkannya lebih kurang 12 oz!

Apa yang saya buat ketika itu ialah:

  1. Bertenang. 
    Tempoh waktu susu kurang ini tidak akan lama.
    Ianya hanya didalam tempoh satu ke dua minggu.
    Pada waktu ini, kita perlu menggunakan stok susu ibu yang pernah disimpan sebelum ini.
    Usah give up ibu! Jangan berhenti menyusukan bayi.
  2. Minum air kosong dengan mencukupi (8 gelas sehari).
    Biasanya kita yang tidak minum dengan cukup kan?
    Sarapan teh tarik, makan tengahari sirap, minum petang teh O, makan malam teh ais
    Total = 4 gelas air yang manis.
    Bila kurang minum air, nanti darah jadi pekat dan semua bahagian badan perlu kerja lebih.
    Jantung perlu lebih pressure untuk mengalirkan darah ke seluruh bahagian badan.
    Buah pinggang pun jadi lebih susah menapis berikutan kurang air kosong dalam badan.
  3. Kerapkan pengepaman dan tambah sesi pengepaman.
    Daripada 3 jam sekali kepada 2 jam sekali.
    Kuantitinya akan lebih sedikit namun badan mula menerima signal untuk menghasilkan lebih susu berikutan lebih permintaan.
  4. Bangun mengepam pada waktu malam. 
    Jika selama ini anda tidak membawa pulang pam anda, bawa ianya pulang.
    Mengepam pada pukul 12 malam (sebelum masuk tidur) dan 6 pagi (sewaktu bangun).
  5. Ambil galactogues iaitu minuman atau makanan penambah susu.
    Cuba minum soya, ambil fenugreek atau moringa pills.
    Makan ikan, ayam dan makanan berprotein dalam kuantiti yang memadai.

Dalam tempoh 4 hari, susu ibu saya kembali ke jumlah yang anak saya perlukan!
Semoga membantu ibu menyusu yang lain ya!

Terima kasih ibu kerana berkongsi.

P/s — Produk The Milk Story Breastmilk Booster telah banyak membantu ibu menyusu mengembalikan keyakinan dan produksi susu ibu.

Layari laman web ini untuk mendapatkan produk The Milk Story

 

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *