Blog

13 Tips Guna Instagram

13 Tips Guna Instagram

image

Dalam tempoh 4 hari, hampir 1000 friend request yang diterima.
Alhamdulillah.

Instagram (atau IG) adalah media sosial yang kita boleh ambil gambar, edit menggunakan filter dan kemudian postkan. Gambar yang sama turut boleh dipostkan di Facebook dan Twitter.

Sebagai individu berikut adalah beberapa perkara yang perlu

1. Fikir tujuan sebelum post.

Sebelum meng’post’ apa apa gambar di dalam IG, fikirkan tujuannya dahulu.
Pastikan ianya salah satu daripada tujuan dibawah:
i.  Memberitahu
ii. Menginspirasi
iii. Mendidik

Tak boleh saja saja mahu update ya hihi.
(Macam pernah buat sahaja)

Hanya kerana IG mudah digunakan tidak bermakna kita tidak perlu mengaturkan secara strategik tentang ‘apa’ dan ‘bila’ untuk meng’post’ gambar.

2. Jadi pengguna tegar.

Biasakan diri dengan  IG.
Sehari guna beberapa kali untuk membiasakan diri melihat bagaimana ‘suasana’ didalamnya seperti bagaimana orang lain menggunakannya.
Alah bisa tegal biasa lama lama pasti luar biasa.

3. Post gambar bersama produk kita.

Sekiranya anda mempunyai sebarang produk atau bisnes,  bergambar lah dengannya.
Bukan untuk mendapat jualan sekarang namun untuk memberitahu kepada rakan rakan.
Ianya pemasaran (marketing) yang mengujakan.
Sekiranya ia adalah akaun individu,  selangkan dengan gambar kita dan kerjaya.
Hanya sedikit sahaja gambar keluarga.

4. Ambil gambar sisi.

Kata kunci di IG ialah keterujaan visual.
Sekiranya kita mempunyai produk untuk dilancarkan, berikan ‘sneak preview’.
Beri sikit sikit sahaja.
Berikan tajuk untuk setiap post anda itu.

5. Ingat ini — cuteness sell.

Maksudnya lebih cute sesuatu (atau seseorang) itu lebih mudah dibeli pandangan mata dan hati.
Bayangkan betapa popularnya group K-Pop kerana mereka cute!
Ok bagaimana untuk digunakan didalam IG ialah postkan gambar kucing, bayi, pen pink hihi.
Boleh juga postkan quotes motivasi dan kehidupan.
Ianya tentang gambar yang cute.

6. Ambil peluang membudayakan.

Melalui gambar dan cerita, tonjolkan  sisi baik yang kita selalu mahu di tempat kerja. Senyuman, makan bersama, berpakat dalam organisasi dan menyebarkan kasih sayang.
Ia akan menjadi antara saham modal diri.
Terutama untuk pemilik syarikat mahupun pengurus pasukan.

7. Kegembiraan pelanggan.

IG kita boleh menjadi tempat paparan senyuman dan kegembiraan pelanggan kita.
Kawan kawan kita di IG juga mahu mengalami pengalaman yang sama.
Pelanggan tidak pernah membeli barang kita, mereka membayar untuk pengalaman yang ceria.

8. Bereksperimen dengan filter.

Keistimewaan IG ialah filternya.
Hampir semua pengguna IG mempunyai perasaan ‘Seperti suatu ketika dahulu…’ iaitu Retro.
Filter Hefe menambahkan warna jingga membuatkan matahari tenggelam sungguh mengujakan!
Filter Lo Fi sesuai untuk restoren yang mampu menambahkan perisa warna mewah didalam makanan yang diambil.

9. IG bukan tempat iklan (sahaja).

Seimbangkan dengan cerita. Kreatif kan dengan idea idea luar biasa.
Atau ikut sahaja gambar orang lain yang kita sukakannya!
(Maksudnya sudah confirm ada orang suka).
Tambahkan Tips dan berikan tajuk untuk post anda. Pengisian yang berkesan.

10. Konsep Pareto 80/20.

Daripada 4 post kita, hanya satu ialah iklan.
Baki 3 post ialah gambar kita , hobi, tempat kerja, makanan kita dan juga motivational quotes — untuk akaun individu.
Atau daripada 4, 3 ialah informasi, testimoni dan gambar pelanggan. Hanya satu produk yang ingin kita paparkan — untuk akaun bisnes.
Yang satu itu yang menyengat dan buat orang teringat-ingat.

11. Hashtag untuk penjenamaan.

Hashtag juga sesuai untuk kumpulan yang mudah untuk di cari kemudian.
Hashtag yang sama akan digunakan berulang kali.
Ianya boleh jadi dengan group apa kita mahu associated with. Contohnya #lunatots untuk barangan bayi.

12. Kekal dengan nama, tema dan jenama itu.

Katakan kita memaparkan kita sukakan kucing, kekal dengan tema dan jenama itu sehingga diingati dan menjadi top 10% didalam dunia online.
Kekalkan nama di FB, IG dan Twitter bagi kemudahan fans dan follower.
Mereka tidak suka keliru dengan tema dan jenama yang berbeza-beza dari masa ke masa.

13. Gunakan video.

Penggunaan Internet yang meluas (dan laju) membuatkan ramai pengguna suka menonton video.
Ditambah dengan muzik, ianya adalah video yang berkesan.
Cubalah!

Biarpun ramai individu menggunakan IG tanpa sebarang tips atau panduan dan terus boom, namun hebat jika kita mengetahuinya.
Lebih mudah untuk kita strategikan kemana kita mahu pergi suatu hari nanti.

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *