Blog

Minta Bantuan dari Tuhan

Allah's help

Boleh saya kongsi cerita?

Dalam hidup kita sebagai seseorang (samada sebagai ibu, isteri, engineer (read as en-ji-nia) mahupun usahawan) pasti ada waktu yang sukar.
Sukar sampai mata tak boleh lena.
Sukar sampai rasa nak putus asa dan ini semua tak pernah bermula.
Pada waktu itu tiba, jangan sangka ianya adalah penamatan malah ianya sebenarnya baru geli-geli sahaja.

Ini proses pembesaran.
Macam anak mahu tumbuh gigi, luka gusinya. Sampai demam orangnya.
Adat bertatih jatuh luka lututnya, itu biasa.
Namun bila sudah dewasa kita makin manja.
Sakit sikit sudah tidak mahu mencuba.
Kata hati bimbangkan luka.

Saya pernah dengar satu video mengatakan pada setiap hari Mohamad Ali (boxer) akan catatkan berapa ribu kali dia sit-up pada hari itu.
Dan kiraan sit-upnya bukanlah pada sit-up yang pertama tetapi pada ketika badannya mula terasa sakit.

Pada hari dia kalah, soalan pertamanya pada diri sendiri ialah berapa jam latihannya sehari.
No Pain, No Gain katanya berkali pada diri.
Berapa kali kita berlatih sehari?

Sekadar perkongsian, pada hari yang kita rasa kita paling dibawah dan tidak tahu mahu buat apa.
Lutut lemah bagai diri lagi tak mungkin bisa

Pejam mata dan kata “Ianya baru bermula. Ada banyak lagi yang bakal tiba”
Dan pada hari perkara paling sukar tiba, kita bangun berdiri dan berkata “oh ini semua tidak ada apa apa. Kerna saya sudah biasa”
Tinggal selangkah untuk berjaya.
Hanya fokus pada cahaya.

Hati saya tidak pernah terluka kerana hati ini pada Dia.

Puan Suraya Ali

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *