Blog

Apa itu Program e-Usahawan? – Program untuk Rakyat

daftar eusahawan

Apa itu Program eUsahawan?

e-Usahawan ialah program yang diterajui oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, menerusi MDEC.

Telah dilancarkan pada 23 November 2015.

Program eUsahawan ini merupakan salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro.

Menerusi Program eUsahawan ini juga, rakyat berpeluang untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital.

Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro.

Para peserta eUsahawan akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa.

Objektif jangka panjang program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara.

Apa yang akan dipelajari didalam e-Usahawan?

eUsahawan-belajar

 

Asas Perniagaan

Kaedah mengenali potensi perniagaan digital melalui kajian pasaran dan pesaing.

eusahawan-belajar

Pemasaran Melalui Media Sosial

Kaedah meningkatkan jualan dengan media sosial seperti Facebook & Instagram.

 

eusahawan-belajar

 

 

 

 

Pemasaran Melalui Website

Kaedah membina website asas & memahami Search Engine Optimization (SEO).

eusahawan-belajar

 

Ayat Jualan

Kaedah menghasilkan ayat jualan berkesan untuk perniagaan digital (copywriting).

 
 

Trainer e-Usahawan : Puan Suraya Ali

Cara Mendaftar e-Usahawan secara percuma

daftar e-Usahawan

 

  1. Klik untuk daftar eUsahawan di ezy.la/eusahawan2021.
  2. Pilih tarikh yang available
  3. Hadir pada tarikh, masa dan lokasi yang didaftarkan

Kehadiran adalah WAJIB selepas mendaftar. Setiap pendaftaran akan mengambil tempat seorang rakyat Malaysia yang lain.

Program e-Usahawan terbuka kepada:

  1. Semua rakyat Malaysia diatas 18 tahun
  2. Mahu belajar ilmu online marketing
  3. Perlu membawa komputer riba semasa belajar
  4. Bawa sambungan Internet in case tempat tersebut menghadapi Internet yang perlahan.

Daftar sebagai peserta hari ini kerana program online marketing ini hampir ke tarikh-tarikh terakhir.
Klik ezy.la/eusahawan2021 untuk mendaftar sebagai peserta e-Usahawan.

Apa kata peserta yang menyertai tentang ilmu yang dipelajari di e-Usahawan?

 

e-usahawan
eUsahawan bersama Puan Suraya Ali

Apa kata peserta yang menyertai tentang ilmu yang dipelajari di e-Usahawan?

Apa Kata Peserta yang Pernah Hadir ke eUsahawan?

Testimoni eUsahawan yang hadir ke Program Suraya Ali

“Antara kelas marketing online yang terbaik pernah saya hadir. Syukur alhamdulillah dapat belajar ilmu marketing online dengan sifu sehebat Che Sue.

Ada ilmu baru yang saya baru tahu hari ni. Ada juga yang saya refresh ilmu semula.
Google My Business – sebelum ni buat pandai pandai sendiri je. Banyak salah dari betul. Hari ni baru tahu cara yang betul nak guna.

Google Trend – ni boleh kata nyawa seller online. Kena tahu apa keyword yang trending, baru boleh buat copywriting yang tuju direct kje prospek yang tepat.
Sebelum ni, buat entry blog pun main hentam sajalah labu. Eh banyak lagi lahhh.
Berlajar buat insta ads. Tak pernah try pun sebenarnya sebelum ni. Tak pernah belajar pun ya jugak. Hihi.
Gaya santai dan kelakor Che Sue tu menghiburkan je sepanjang kelas. Tak sempat nak ngantuk.”

e-usahawan
Cara mendaftar eUsahawan untuk kumpulan dan juga individu.

Ikuti laman web surayaali.com untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai dunia perniagaan digital.


(Disclaimer: Kandungan program mungkin berubah mengikut modul terbaru eUsahawan bergantung kepada keputusan pengurusan)

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *