Blog

Cara Naikkan Sales 2024

“Cik Sue, apa cara naikkan sales 2024? Tahun 2023 dah nak habis, kami nak aim untuk 2024 pulak.” beritahu usahawan pada saya.

“Sebagai orang yang buat online bisnes, lepas saya mesej pelanggan dan beritahu harga — mereka diam. Kalau ada bunyi pun bunyi krik krik. Apa saya nak buat ya untuk buatkan pelanggan membeli dari saya ya?”

Bagus soalan tu. Berbentuk kata kerja —
Jom kita explore sama sama. Ikuti kelas blog dengan Coach Suraya Ali di sini.

Pertama #1

Tiap kali nak reply mesej pelanggan tu kena perbetoi mindset kita toksah dok kata “customer ni tanya ja ni bukan nak beli”.

Kita ni ada mahkluk aura.
Kita boleh hantaq signal kepada sesama manusia seperti signal “aku suka sembang dengan hang” mahupun signal “menyampah sungguh aih”.

Jadi toksah hantaq aura “pelanggan ni bukan mau beli pun”. Hantaq aura “Ok — pelanggan ni nak beli ni. Harini.”

Kedua #2

Ambil tahu tentang dia. Yang berkaitan dengan bisneslah.
Umur anak berapa bulan. Ini anak keberapa. Pernah menyusu tak sebelum ni. Bekerja dak. Sempat pam susu 3 jam sekali tak.

👆 Semua info ni nak guna untuk kita bantu dia (kalau produk kita Milk Story lah)

Jangan tanya macam inspektor ka peguam dalam mahkamah. Tanya lembut lembut.
Macam kawan.
Kawan yang kisah.

Online Bisnes

Cara Naikkan Sales 2024 yang Ketiga #3

Ceritakan pengalaman. Lepas dia cerita tentang dia, berceritalah sikit.
Habaq mai dulu pun kita pernah mengalaminya (masalah yang sama).

Kut tak pernah alami, hantar testimonial beritahu ini customer yang hampir sama kisahnya dengan dia.

Manusia ni self centered. Kita suka cerita tentang kita — me, me, me.

Korbankan sikit perhatian untuk diri kita tu, relatekan banyak cerita dengan pelanggan dan mereka akan rasa selesa dengan kita.

Keempat #4

Cari satu keywords dalam conversation tu.

Mesti ada macam perkataan — risau.
Atau bekerja dan tak tahu nak handle susu ibu —
Dah jumpa keyword, identify apa masalah
Kadang perkataan tu disebut berulang kali oleh pelanggan kita.
Ulang sebut dan selesaikan masalah keyword itu.

Contohnya dia kata dia risau susu dia kurang.
Tanya semula “Puan risau susu Puan kurang ya?”
“Kami faham Puan, ibu mesti mahukan yang terbaik untuk anak”
“Kita cuba ya Milk Story — supaya Puan kurang risau”

Ini kalau Milk Story 👆👆

Kelima #5

Speed is king.
Tips ini bukan untuk mereka yang ada waktu urusniaga online.
Ini khas untuk mereka yang ligan siang malam nak capai target jualan.
Nak target jualan tu selalunya semakin dan semakin tinggi diletakkan.

Kalau orang tanya di page pukul 8 malam — kalau boleh 7.59pm dah jawab. Haha maksudnya kena cepat.
Tak bolehlah 8 pagi esok.
Perasaan orang nak membeli ni lain macam.

Unless kalau kita tinggalkan auto reply message yang kita tak reply malam dan minta dia buat pembelian di website.

Tapi nak tahu tak kalau kita dapat reply dia malam tu — dia mungkin adalah seorang pembeli yang serius.
Peluang adalah 50/50 tapi masih tinggi 💪

Reply segera ya.

Keenam #6

Pakejkan dan cadangkan pakej.

Ada tekniknya juga. Orang tu tanya harga untuk satu, kita kasi harga untuk tiga. Dia mungkin sakit hati hisy.

Ada tekniknya.
Mulakan dengan ayat “Bagaimana jika saya cadangkan pakej untuk Puan? Ia lebih jimat. Boleh Puan?” (Minta kebenaran)

Siapa tak suka jimat?
InshaAllah dia jawab “Boleh”

Barulah berikan poster. Dan jangan berhenti di situ.

Cara Naikkan Sales 2024

Ketujuh #7

Selalu tanya soalan.

Lepas beri poster. Tanya nya “Berapa umur baby Puan?” Rujuk tips yang ke#2

Bila kita tanya soalan, usah hamburkan semua soalan depan dia. Step by step.
Lepas dia jawab — kasi pakej.
Tanya lagi soalan. Dia jawab lagi.
Kasi tips —
Tanya lagi.
Dia jawab lagi —
Kasi testimonial.
Tanya lagi soalan.

Jangan jadi jurujual yang orang tanya soalan dan kita jawab lepastu dua dua diam.
Bagaimana kalau pelanggan tak tanya soalan dah lepastu dan terus keluar kedai kita?

Kelapan #8

Dapatkan cara untuk hubungi dia.
Katalah dia belum mahu beli.
“Nantilah ye dik” katanya.

Jawab “Tak apa Puan.”
Sambung “Oh ya boleh kami dapatkan no WhatsApp Puan? Ini bagi memastikan Puan mendapat informasi berkenaan penyusuan”

Orang beli produk kita untuk apa?
Offer ilmu tentang apa sebab orang membeli.

Contohnya orang beli gergaji untuk memotong kayu. Offer nak beri ilmu tentang cara membina rumah kayu atau reban ayam.
(Maksudnya dia beli gergaji untuk apa)

Kesembilan #9

Jadilah kawan kepada pelanggan.
Kalau dia tak perlukan produk kita — beritahunya tak perlu beli lagi. Lain kali sahaja.

Ada harga promosi — beritahunya kita mahu dia jimat duit beli waktu sekarang.

Semua orang suka beli dari kawan dia.
Kawan ialah manusia yang kisah tentang kita.
Tunjukkan yang kita kisah tentang pelanggan kita ya.

Ikhlas la nohh wahai semua usahawan online bisnes.

Puan Suraya Ali
Kalau nak belajar bagaimana buat SEO dalam blog, klik di sini

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *