Daftar e-Usahawan

Apa itu eUsahawan : Ianya adalah Program Training Online Marketing


Apa itu eUsahawan ?

Ramai yang mula membuka mata. Apa itu eUsahawan ? Ianya adalah program yang diterajui oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, menerusi MDEC, telah dilancarkan pada 23 November 2015 tahun lalu.

Program ini merupakan salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro.

Menerusi Program eUsahawan ini juga, rakyat berpeluang untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital.

Program ini merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro.

Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa.

Objektif jangka panjang program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara.

 

Trainer eUsahawan : Puan Suraya Ali

Nama saya ialah Suraya Ali dan merupakan seorang Trainer untuk Program eUsahawan yang diiktiraf.
Mendapat ijazah IT di University Multimedia dalam jurusan Data Communications.
Memulakan kerjaya di syarikat IT swasta sebelum memulakan perniagaan online iaitu Lunatots dan seterusnya melesenkannya.

eUsahawan

Apa itu eUsahawan bagi saya?

eUsahawan bukanlah sekadar memberikan latihan online marketing kepada rakyat Malaysia. Ia lebih dari itu.
Saya berbangga menjadi sebahagian daripada pergerakan kebangsaan untuk menyebarkan ilmu perniagaan.

Semoga usaha yang sedikit ini dapat dijadikan bekal untuk saya selepas tiada nanti – Puan Suraya Ali, Trainer dan Usahawan Online

Apa Yang ada di dalam Kelas eUsahawan?

Kelas selama satu hari ini akan menjawab soalan tentang ‘apa itu eUsahawan’.

Usahawan akan belajar tentang:

  • Asas Perniagaan
  • Kaedah mengenali potensi perniagaan digital melalui kajian pasaran dan pesaing.
  • Ayat Jualan
  • Kaedah menghasilkan ayat jualan berkesan untuk perniagaan digital (copywriting).
  • Pemasaran Melalui Media Sosial
  • Kaedah meningkatkan jualan dengan media sosial seperti Facebook & Instagram.
  • Close Sales Melalui WhatsApp
  • Kaedah “Close Sales” melalui WhatsApp.
  • Pemasaran Melalui Website
  • Kaedah membina website asas & memahami Search Engine Optimization (SEO).

Untuk maklumat lanjut hubungi :

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Sdn Bhd,
2360 Persiaran APEC, 63000, Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.

Kelas eUsahawan ini percuma!

Bayaran untuk kelas ini ditaja sepenuhnya oleh kerajaan. Namun sekiranya ada bayaran, ia bergantung kepada penganjur bagi tujuan penyediaan kelas dan lain-lain.

Semua individu rakyat Malaysia diatas 18 tahun boleh mendaftar kelas ini bersama Puan Suraya Ali (sebelum 1 Mei 2017)

apa itu eusahawan

Apa itu eUsahawan : Cara Mendaftar

  1. Pergi ke bit.ly/euonline2017
  2. Pilih tarikh yang available
  3. Hadir ke tarikh, masa dan lokasi yang dinyatakan.

Satu pendaftaran Tuan/Puan akan mengambil hak rakyat Malaysia yang lain.
Jadi Tuan/Puan mesti hadir setelah membuat pendaftaran ya.

Wajah-wajah Ceria Peserta eUsahawan bersama Puan Suraya Ali

Siapa yang tidak suka jika belajar banyak perkara tentang online marketing dari trainer yang berpengalaman dan melakukannya secara praktikal?

Temui Puan Suraya Ali dengan mendaftar di bit.ly/euonline2017 dan jadilah antara komuniti eUsahawan yang berjaya!

apa itu eusahawan


Leave a Reply

Cari

Kategori

%d bloggers like this: