eusahawan featured

eUsahawan | Frequently Asked Question (FAQ) – Soalan dan Jawapan

Blog

Apa Itu eUsahawan?

Gambar diambil daripada laman Facebook eUsahawan MY.

eUsahawan adalah sebuah program yang diperkenalkan pada tahun 2015. Ianya dibangunkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Tujuan utama program eUsahawan ini adalah untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital untuk usahawan menjana pendapatan, memasarkan produk dan meningkatkan jualan.

Siapa Yang Boleh Hadir Ke Program eUsahawan?

Program ini terbuka untuk:

[1] Semua rakyat Malaysia.
[2] Berusia 18 tahun dan ke atas.
[3] Berminat di dalam dunia perniagaan.
[4] Mempunyai gajet dengan sambungan internet yang stabil seperti telefon pintar, tablet, komputer dan sebagainya.

Kenapa Usahawan Perlu Hadir Ke Program Ini?

Sebab #1

Jika terpilih, program eUsahawan adalah PERCUMA bagi yang baru pertama kali mendaftar kelas asas keusahawanan digital ini!

Sebab #2

Perniagaan lebih mudah diuruskan jika ada skil digital marketing, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang. Jika tidak dapat bergerak dengan bebas secara fizikal, hampir semua jenis urusan boleh diselesaikan dengan hanya klik di hujung jari, termasuklah urusan jual dan beli!

Perusahaan mikro dan kecil perlu bersaing bersama perusahaan yang lebih besar memandangkan kebanyakan perusahaan perlu berpindah kepada platform digital, jika mahu perniagaan mereka kekal releven.

Sebab #3

Antara ilmu asas keusahawan digital yang akan dipelajari adalah penggunaan aplikasi yang popular sebagai platform perniagaan dan pemasaran digital seperti:

eusahawan suraya ali
  • Selok-belok Facebook (Kemaskini Facebook Profile, cipta Facebook Page, buat listing produk di dalam Facebook Marketplace, copywriting atau ayat jualan dalam post dan sebagainya)
  • Instagram (sama seperti Facebook)
  • Ayat jualan dan tetapan (settings) untuk platform komunikasi sosial seperti WhatsApp dan Telegram
  • Penggunaan kata kunci yang tepat untuk konten di media sosial dengan teknik SEO untuk menaikkan ranking bisnes kita dalam carian Google dengan pengenalan kepada aplikasi Google Trends, Google My Business dan sebagainya.
  • Asas berniaga di platform digital marketplace seperti Shopee
  • …dan sebagainya!

(Disclaimer: Kandungan program mungkin berubah mengikut modul terbaru eUsahawan bergantung kepada keputusan pengurusan)

Baca sedikit tentang SEO dengan lebih lanjut disini.

Sebab #4

Sijil penyertaan (eUsahawan certificate) akan diberikan selepas tamat kelas sebagai bukti kehadiran anda di dalam program ini.

Di Mana Kelas eUsahawan Dijalankan?

Sebelum wabak Covid 19 melanda dunia, kelas eUsahawan dijalankan di lokasi-lokasi yang ditetapkan oleh MDEC di seluruh Malaysia, dan setiap peserta akan dibimbing oleh Trainer yang bertauliah dan mempunyai latar belakang yang cemerlang. Setiap kelas mempunyai bilangan sebanyak 30 orang dalam satu-satu masa.

Bermula pada tahun 2020, kelas eUsahawan dijalankan sepenuhnya secara atas talian (online). Pelajar akan bersemuka bersama dengan Trainer di dalam kelas yang mengambil masa selama hampir sehari di dalam platform seperti Zoom Meeting.

Jadi, pelajar yang berjaya mendaftar hanya perlukan gajet dengan talian internet yang stabil.

Bagaimana Mahu Daftar Sebagai Peserta Program eUsahawan Ini?

[1] Daftar bersama dengan Trainer eUsahawan, Puan Suraya Ali di link ini: https://ezy.la/eusahawan2021

[2] Selepas mendaftar di link ini, anda perlu mendaftar pula di laman Go eCommerce MDEC. Trainer anda akan beritahu bilakah masa untuk berbuat demikian.

[3] Bagi yang baru mendaftar, anda akan bermula dengan Level 1, untuk kelas asas.

Program ini telah membantu ramai usahawan membuat lonjakan dari segi keuntungan perniagaan mereka. Rekod sehingga Disember 2020 mencatatkan seramai 158,340 usahawan telah berjaya melaporkan jualan tambahan sebanyak RM973.4 juta!

(Portal Malaysia.gov.my)

Berkenalan dengan salah seorang Master Trainer program eUsahawan, Puan Suraya Ali serta info program ini dengan lebih lanjut disini.

Apa kata bekas peserta program ini di bawah bimbingan Puan Suraya Ali?

“Kita sendiri tidak akan tahu apa yang kita perlu buat semasa PKP ini sekiranya kita tidak pernah mempersiapkan ilmu business online…”

Shamsul Rizal, Peserta eUsahawan 2020
eUsahawan 1

Memang betul semua aplikasi yang telah dinamakan tadi seperti Google, FB dan IG dah lama tersedia untuk semua orang explore. Untuk perniagaan, medium ini lebih bermakna jika digunakan dengan cara yang betul, walaupun sudah lama berbisnes. Cara organik tanpa perlu keluar belanja yang banyak untuk pemasaran ini tak ramai yang tahu.

“Memang secara umumnya akak tahu apa itu Google, Facebook dan Instagram. Tetapi jika kita kita tidak gunakan dengan cara yang betul tak best lah kan…Lagilah nak jadi online saler. Kenalah gunakan saluran ini dengan terbaik. Hihi XD free marketing lah katakan”

Samsiah Zakaria, bekas peserta program keusahawanan digital ini tahun 2020
eusahawan 2

“Bidang keusahawanan memang mencabar bila kita tak tahu nak buat online marketing…saya akan cuba lagi dan kalau boleh nak belajar lagi bagaimana untuk berjaya dalam bisnes online…supaya bisnes kecil dapat jadi lebih besar”

Suzy, usahawan OKU (Penang Deaf Association)

Video di atas adalah daripada satu program khas pada tahun sebelum ini. Jadi, kumpulan peserta adalah kecil daripada 30 orang untuk setiap sesi.

Bagi pemilik perniagaan atau founder, leader yang ada ramai ejen atau team yang ramai (lebih daripada 30 orang) dan ingin menghantar mereka ke program keusahawanan digital ini sebagai satu kumpulan, anda boleh menghantar emel ke lunaworks.co@gmail.com dan nyatakan hasrat tuan-tuan dan puan-puan.


(Disclaimer: Kandungan program mungkin berubah mengikut modul terbaru eUsahawan bergantung kepada keputusan pengurusan)

Leave a Reply