Tips Menulis Setiap Hari untuk Usahawan

Menjadi usahawan juga adalah sebuah tanggungjawab jadi saya kongsikan tips menulis setiap hari untuk usahawan. Sama seperti menjadi doktor, guru mahupun ahli sukan lagi lagi Sukan Asia 2018 yang baru sahaja berakhir ini.

Tips menulis setiap hari untuk usahawan

“Cik Sue, rajinnya menulis setiap hari. Apa yang buat Cik Sue menulis setiap hari panjang-panjang pula tu setiap tulisan? Macamana boleh ada motivasi tu?”

Tanya seorang sahabat.
Selain daripada menulis, saya juga sering mengajak (dan mengajar jika didalam kelas) kawan-kawan untuk terus menulis samada di dalam blog atau FB.

Bila ditanya begitu, saya pula tergamam.
Ini soalan tentang penulisan.

1. Kenapa boleh ada motivasi setiap hari untuk menulis?
Dari mana datangnya ia.
Kadang ia hilang tapi selalunya ia menyala.

Lalu saya mulakan dengan menceritakan impian saya iaitu travel dan menulis (Travellis). Dan menulis itu pula tentang pelbagai perkara. Cara kemas rumah, buku Hello Kitty, petik sayur dari pokok, tanam pokok ubi, bela kambing dan lembu iaitu aktiviti harian (suatu hari nanti) selain tempat yang kami tujui waktu travel nanti.

 

Tips penulisan

Untuk sekarang, tuntutan komitmen masih tinggi. Banyak hutang sedang perlu dijelaskan, jadi saya tulis aktiviti harian sekarang dahulu setakat tulis tentang pakai tudung tak gosok dan memiliki pen Hello Kitty pun sudah menggembirakan penulis haha.
Janji berlatih!

Itulah motivasi nombor satu iaitu impian menulis setiap hari sambil mengembara ke tempat-tempat baru.

 

2. Selain itu, bagaimana boleh konsisten menulis setiap hari?

Nombor dua, saya kira apa yang saya lakukan kini adalah latihan.
Latihan menulis dengan panjang dengan struktur yang elok dan membawa pembaca mengeksplorasi tulisan saya sehingga tamat cerita.

Ada waktunya saya tak tahu nak mula.
Ada ketikanya saya tak tahu nak letak isi apa dan banyak masanya saya tak tahu nak tamatkan tulisan dengan lawak atau inspirasi yang bagaimana.

Setiap hantaran (post) ialah latihan dan ianya perlu berterusan.

 

3. Bagaimana boleh ada masa untuk menulis?

Mula-mula luangkan masa untuknya dahulu.
Macam sekarang ni jam 4 pagi sehingga 5 pagi saya ambil untuk menyiapkan tulisan ini.
Bila kita luangkan masa untuknya (iaitu menulis) baru ada masa.

Semasa menulis, saya tak buka aplikasi lain atau cuba elakkan sebarang kerja lain. Ini waktu yang paling sesuai.

4. Tips lain untuk bangun menyiapkan tulisan?

Anggapnya sebagai kerja. Bagaimana kita jika boss minta siapkan kerja. Mesti buat bersungguh hati kan. Begitulah, sehari satu hantaran panjang lebar lebih kurang 2000 patah perkataan.
Ianya kerja.

Ada orang lakukannya kerana minat hari ini.
Ada juga yang lakukannya kerana impian masa hadapan.
Pilihlah yang mana selari denganmu.

Saya mahu tulis tentang ini sejak semalam. Bertangguh mahu lakukan pagi ini. Kalau saya bertangguh lagi, pasti saya ialah orang yang rugi.

5. Cik Sue ada kawan menulis?
Ada, sebab tu Cik Sue ajak kawan-kawan menulis haha. Kelas blog setiap bulan pun ada. Klik untuk join Grup WhatsApp bagi informasi kelas lebih details.

6. Tempat yang sesuai untuk menulis dimana, FB Page, Profile atau blog?

Ikut kesesuaian penulis, idea laju bila menulis dimana.

Sejak hampir 18 tahun lepas saya aktif menulis di blog sewaktu di kolej. Menginjak ke dunia keibubapaan juga saya meneruskan penulisan di blog.

Namun 10 tahun kebelakangan ini saya aktif FB dan empat tahun ini aktif IG.
Empat tahun sebelum ini saya sangat selesa menulis di Instagram sebelum ini dengan bantuan gambar.
Mulai Ogos 2018, saya biasakan menulis di FB Profile bagi penulisan tentang diri saya. Dan mengaktifkan kembali penulisan di blog.

Penulisan tentang tips susu ibu ditulis di www.lunatots.com dengan ayat yang lebih formal.
Blog www.surayaali.com menempatkan kisah-kisah yang berinformasi sementara blog www.lunastory.com adalah bagi tujuan review.

Sekarang, sehari saya cuba update empat ke enam kali di FB dan IG manakala sehari sekali saya cuba buat penulisan di blog.
Menulis di FB dan IG lebih cepat untuk saya kerana saya sudah terbiasa dengan mindset untuk menulis blog mesti menggunakan laptop.
FB dan IG hanya guna smartphone.

Penulisan di FB dan blog juga berbeza tujuan dan gaya serta caranya.
Tulislah dimana yang kawan-kawan selesa.
Mulakan dahulu.
Nanti baru rangka semula.
Macam sekarang, saya cuba menulis dengan lengkap di FB dan kemudian selepas beberapa ketika dimasukkan ke dalam blog.

7. Siapa cikgu Cik Sue?
Mula-mula dahulu tiada guru, sekadar menulis.
Kemudian belajar public speaking dan berlatih menulis dengan Dato Roslan Ab Hamid pada tahun 2014.

Tahun ini baru menghadiri kelas Tuan Khairul Hakimin Muhammad dan berhasrat untuk meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya.

Guru setiap hari, saya subscribe Audio Play Books untuk beli buku tentang Storytelling.
Applikasi Udemy untuk belajar tentang SEO, Online Marketing dan branding.
Jadi dalam perjalanan ke tempat kerja, sambil memandu atau didalam MRT saya akan dengar audionya.

Kelas-kelas yang dianjurkan oleh MDEC (kerana saya adalah Master Trainer jadi kami diberikan latihan) turut banyak membentuk diri saya.
Awal tahun 2018, kami dihantar untuk mengambil Professional Diploma Digital Marketing dari Digital Marketing Institute Ireland dan ia membuatkan saya semakin mahir dalam dunia penulisan dan Online Marketing.

8. Bagaimana dapat duit dengan tulisan?

Ada pelbagai cara. Antaranya ialah penulisan yang baik (selepas latihan berterusan) dapat memudahkan pembaca membeli barangan yang kita jual di wall kita.
Itu pertama.

Kedua, dari penghasilan buku jika mahu diterbitkan dan seterusnya dijual. Contohnya buku tips menulis setiap hari.

Ketiga, daripada review seperti penulisan di Blog LunaStory yang saya buat servis untuk penulisan. Jika ada kawan-kawan yang mahu buat review produk atau servis boleh emel lunastory.com@gmail.com ya.

Leave a Reply