2 Cara Guna Instagram untuk Bisnes
Kajian menyatakan Instagram(IG) merupakan medium pemasaran visual yang meliputi 25% penglibatan pelanggan berbanding media sosial yang lain.
Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa kita wajar menjadikan IG sebagai medium utama didalam bisnes kita.
Seperti media sosial yang lain, ianya boleh digunakan secara biasa biasa, digunakan dengan salah juga terdapat cara yang bijak untuk menggunakan keseluruhan fungsinya.
Di mana kita berada?
Entri ini untuk menambahkan ‘followers’, meningkatkan transaksi jualan dan mendapatkan keuntungan berterusan untuk bisnes kita.
1. Guna Hashtag yang betul.
Hashtag ialah tanda #
Matlamat kita didalam IG ialah
i. Mengekalkan follower sedia ada
ii. Menambahkan follower baru
Perkara satu dapat kita lakukan dengan kerap meng’post’ gambar yang baru, menarik dan mengujakan follower.
Untuk perkara dua, ianya perlu dilakukan menggunakan hashtag yang betul.
Hashtag membuatkan post anda mudah dicari semula dan juga dijumpai buat kali pertama oleh pengguna IG yang baru!
Antara hashtag yang tertinggi digunakan ialah seperti berikut:
1.#love 546,312,756 posts
2.#instagood 252,226,047 posts
3.#me 238,166,943 posts
4.#follow 208,003,100 posts
5.#tbt 205,718,608 posts
6.#cute 203,174,797 posts
7.#like 193,577,034 posts
8.#photooftheday 189,818,506 posts
9.#followme 183,736,791 posts
10.#tagsforlikes 171,593,674 posts
Namun hashtag yang banyak digunakan mungkin tidak berkaitan dengan bisnes kita.
IG membenarkan sehingga 30 hashtag digunakan dalam satu post.
Tips penggunaan hashtag untuk bisnes adalah seperti berikut :
(Keyword jenama)
#lunatots #lunatotsmalaysia #sayajualbarangbaby #naturalparenting#asuhanalami #butikibubayi
(Kategori produk)
#breastfeeding #breastpump #clothdiaper #clothdiapering #babywearing#boba4g #lacte
(Lokasi)
#seribangi #bandarbaruuda #lagunamerbuk #putrajaya
Simpan semua hashtag ini didalam Evernote atau Keep. Copy paste pada setiap post.
Katakan terdapat beberapa post yang belum diletakkan hashtag, hanya copy paste hashtag didalam bahagian komen.
2. Gunakan filter yang sesuai untuk gambar.
Pengguna IG mementingkan gambar.
Melalui kajian, 10 filter paling sering digunakan adalah seperti berikut:
1. Normal (No Filter)
2.Valencia
3. Earlybird
4. X-Pro II
5. Amaro
6. Rise
7. Hudson
8. Lo-fi
9. Hefe
10. Sierra
Survey mendapati gambar dengan filter Mayfair, no filter and Inkwell mendapat lebih banyak penglibatan dan interaksi Follower IG.
Tambahan
Tools yang membantu IG kita.
Populagram – Untuk mencari hashtag yang popular dan filter.
IconoSquare – Info, analisis mengenai akaun kita.