6 Perkara Penting tentang Personal Branding
- Branding adalah softskills, kiraanya bukan dalam bentuk RM atau dalam bentuk stok.
Ia menyumbang kepada reputasi pembangunan syarikat, pembangunan idea, hubungan bersama pelanggan dan rakan niaga.
Suka atau tidak, branding ialah suatu label yang diberikan kepada kita. Samada kita menciptanya atau tanpa rela ia tetap diberikan kepada kita. Dan kita hidup dengannya — lama!
Pastikan ia sesuatu yang bermakna. - Branding sangat berharga. Kebanyakan pembelian dibuat tanpa benar-benar merasai kualitinya. Ia harga sebuah percaya. Branding yang baik membuatkan kita mudah berniaga. Sangat mudah selepas orang percaya. Biarpun dalam perniagaan, biarpun dalam kerjaya, semua orang mahu berjaya bukan.
- Personal Branding jauh lebih hebat. Ianya membeli setia! Ia nilai yang dijaga dan dipelihara. Ini adalah proses melihat secara keseluruhan dan penghujungnya apa yang akan berlaku dan memilih sedikit perbezaan. Ianya bagaikan peraduan dan memilih tindakan yang tepat.
Mulakan dengan berilmu. - Proses Personal Branding membina keseluruhan Pelan Pembangunan Pemasaran kita. Kita akan belajar bagaimana membina suatu Brand untuk sasaran yang dimahukan, taktik dan strategi supaya kejayaannya dapat diukur.
Bukan cerita kosong, balik seminar kita masih melopong. - Personal Branding ialah Verbal Identity untuk menyampaikan idea. Pakejkan idea anda bersama-sama Visual Identity yang hebat. Produk adalah untuk dijual.
Branding adalah untuk membeli jiwa pembeli. Dari mata jauh ke hati kata P. Ramlee. - Personal Branding akan memerlukan kita berkongsi perjalanan cerita, contoh dan komitmen kerja demi menzahirkannya. Perkara pertama ialah komiten. Brand yang dibina ini bukan sekadar jenama biasa. Ia adalah Award Winning Brand — menggunakan otak kiri untuk logik dan kira-kira dan otak kanan untuk berfikir secara kreatif dan intuisif. Bukan perkara main-main.
sue, buatla kelas usahawan yang baru nak start
Nurul Huda, Cik Sue selalu ada kelas untuk usahawan. Ikuti FB http://www.fb.com/Lunaworks.co