Blog

Bagaimana Mempunyai Avatar Bisnes

Avatar bisnes

Avatar Bisnes pada Sampul Duit Raya

Saya belek belek sampul duit raya yang ada Avatar Bisnes ni.

Sampul ni dapat sewaktu beli barang semalam.

 

“Selamat hari raya – Kak G sekeluarga”

 

Avatar bisnes

 

 

Tertera ucapan raya pada bahagian hadapan sampul.
Hati saya terdetik, cantik warna hijau ni.

Dan comel lukisannya. Ada anak kecil tiga orang yang gembira-gembira.
Mak ayah pun nampak muda anggaran usia 30-an dan gembira bergambar sambil melayani anak anak.

Siapa Kak G ni?

 

Soalan seterusnya pula yang saya tertanya tanya.
Sempat meneka meneka, semalam aku beli barang kat mana eh?
Butik apa.
Memang mudah lupa haha.

 

Ini bahagian belakang sampul.

Avatar bisnes

Kak G ialah avatar untuk perniagaan ini.
Biarpun bisnes kita kecil, kita sudah boleh ada avatar bisnes kita macam Kak G ni.

Tiga perkara ini ialah tentang bagaimana kita mahu ada avatar bisnes kita:

1. Siapa nama?

Yang simple, berkaitan dan membawa konsep dalam bisnes.
Pernah suatu ketika Cik Sue skrol IG butik baju yang cantik sangat bajunya. Comel sahaja bila di captionnya tertulis “Korang nak yang mana ni Kak Konah up gambar eh” haha.

Instead of “Tinggal mesej nanti admin reply ya” pelanggan biasanya sukaaaa ada nama yang boleh dia panggil.

Macam Kak G ni!

 

2. Berapa usianya?

Kalau sudah tetap anggaran 27 tahun, sampai bila bila pun avatar ni umurnya 27 tahun anak berapa.
Tak boleh ikut usia founder.

Tim mesti tahu berapa umur avatar ini.

 

3. Konsisten penggunaannya.

Tak boleh tukar tukar sekejap Kak Konah kejap Abang Chik kejap Cik Lisa.
Ulanglahhh penggunaan avatar itu dimana mana medium dan sehingga bila bila.

Yang paling penting, kita mesti bangga guna avatar bisnes kita tauuuu.
Supaya pelanggan kita pun rasa begitu.

Perasaan baik kan ke berjangkit?

Dan pagi hari raya ini barulah Giant buat Instagram Ads tentang siapaavatar bisnes Kak G mereka itu.

 

Cik Gayah rupanya!

Avatar bisnes

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *