Facebook

Interface Facebook Page Terkini Julai 2022

Petang tadi saya dapat notification dari FB tentang interface Facebook Page terkini tapi tak ingat dah apa soalan dia. Yang pastinya bila click next ianya membawa ke skrin ini. Ianya tentang update features dalam FB page.

Interface Facebook Page Terkini

Masa tu laju aje tangan klik ‘Update and Ude Page Now’ sebab tak sabar nak tengok apa Interface Facebook Page Terkini.

Interface Facebook Page Terkini

Bila sampai kat sini yang menyatakan apa yang bakal berubah, saya gabra sikit.

“Eh apa aku tekan tadi!”

Ha mula lah tu tak sedar apa yang jari dok klik. Jadi saya baca satu-satu sebelum tekan Next. Nampak macam bukannya saya boleh say No pun kan dengan perubahan baru ni, jadi saya teruskan.

FB Page saya Coach Suraya Ali

Ianya terus bawa saya ke FB Page Coach Suraya Ali ni. Saya ada kedua-dua profile dan page. Bezanya di page saya kongsi ilmu pemasaran digital. Di profile saya kongsi cerita harian

Perubahan Interface Facebook Page Terkini

Yang pertama ialah ada Story.

Sebelum ini saya cari juga bagaimana nak publish story di FB. Jenuh connect kan dengan IG dan keluarkan teori, kena update di IG dahulu. Sekarang dah nampak jelas button post story FB page.

Yang kedua ialah boleh switch profile.

Boleh switch dari profile ke FB Page kita hanya dengan satu ketikan.

Yang saya perasan kalau nak share gambar dari Gallery handphone kita terus ke FB Profile (dan kalau ketika itu FB Profile kita ialah FB page kita, ianya akan keluar di FB Page kita).

Saya harap kawan-kawan faham penemuan baru saya ini hahaha.

Ini bahagian yang FB minta kita completekan. Bila kita klik, ia bawa kita ke profile kita.

Perubahan Interface Facebook Page Terkini yang Ketiga

Interface Facebook Page Terkini
FB galakkan kita share buah fikiran dengan fan FB page.

FB page kita kini interfacenya sebiji macam FB Profile. FB sendiri menggalakkan kita menulis untuk fans (follower di FB Page).

FB galakkan kita share our day.

Keempat Interface yang dikekalkan

Selepas kita upload sesuatu di FB Page, FB akan berikan option untuk scheduling. Sebelum ini features ni saya tak perasan ada jika upload di FB Page guna handphone.

Boleh scheduling post kita di FB Page.

Perubahan Interface Facebook Page Terkini yang Kelima

Saya rasa yang ini paling membawa perubahan iaitu FB Home kita memaparkan page yang Profile kita follow. Saya tak pasti tak akan lah ini adalah page yang page saya follow sebab rasa macam page saya tak ada follow page.

Sekali lagi saya harap Tuan Puan faham apa saya tulis 😂

FB Home tunjuk FB Page yang saya follow guna profile

Antara page yang keluar di FB Home Page saya.

Yang saya rasa sedang test function baru FB page seperti FB Profile ni ialah Tony Robbins rasanya tulis pendek-pendek tu hahaha.

Interface Facebook Page Terkini

Jika FB Profile saya punya Home dipenuhi sahabat handai dengan ucapan dan sambutan Aidiladha. Malam ini FB Home penuh dengan orang luar negara 😂

Selamat mencuba Interface Facebook Page Terkini. Share pengalaman jika dah guna ya!

Suraya Ali, Coach Digital Marketing.

www.surayaali.com

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *