Pakej Kerajaan

Pakej Prihatin PKS Malaysia

Pakej prihatin PKS

Penulisan ini adalah berdasarkan kepada pemahaman penulis yang merupakan seorang business coach dalam bidang Pemasaran Digital semasa mendengar perutusan khas Pakej Prihatin PKS. Ianya sebagai tujuan perkongsian dan akan ditambah baik dengan penambahan informasi.

PKS ataupun Perusahaan Kecil Sederhana adalah merupakan tunjang ekonomi negara. Sektor ini menyumbang 2/3 daripada sumber pekerjaan negara ini dan menyumbang 40% kepada pendapatan negara.

Masalah yang rata-rata pengusaha IKS hadapi ialah masalah aliran tunai syarikat dan juga birokrasi bahagian penguatkuasaan apabila kita mendapatkan bantuan.

Pada 6 April 2020, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan langkah tambahan bagi Pakej Tambahan berjumlah RM10 billion

Pengumuman Perdana Menteri Malaysia pada 6 April 2020

Pertama : Peruntukan bagi Subsidi Upah Pekerja

Sebelum ini peruntukan yang diperuntukkan ialah 5.9 billion kepada 13.8 billion.
Tambahan adalah 7.9 billion. Subsidi upah mengikut jumlah pekerja yang berdaftar dengan KWSP dan Socso dan mempunyai gaji dibawah RM4000.

Sebelum ini dimaklumkan bahawa jualan syarikat mestilah terkesan 50% berbanding sebelum PKP. Contohnya jika pada bulan Januari 2020 jualan kita adalah RM10,000 dan pada Mac 2020 jualan kita dibawah RM5000, kita boleh memohon pakej upah subsidi ini.

Dalam pengumuman PM pada 6 April tidak dinyatakan syarat terkesan sebanyak 50% namun Tuan Puan boleh semak di laman web Perkeso untuk Subsidi Upah dimana sehingga saat artikel ini ditulis, ia belum dikemaskini mengikut pengumuman terbaru.

Kelebihan ini hanya untuk syarikat yang telah berdaftar dengan SSM sebelum 1 Januari 2020 dan mencarum dengan Sistem Insuran Pekerjaan.

Bagi syarikat yang mempunyai 1 sehingga 75 pekerja, RM1200 akan diberikan bagi setiap pekerja.
Syarikat dengan 76 sehingga 200 pekerja, RM800 akan diberikan bagi setiap seorang pekerja.
Pekerja dengan 200 pekerja keatas, subsidi upah RM600 dikekalkan.

Perdana Menteri

Syaratnya, pekerja tersebut mesti dikekalkan selama 6 bulan iaitu selama 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan lagi selepas itu.

Kedua : Geran Perihatin berjumlah 2.1 billion


RM3000 bagi setiap syarikat mikro yang berkelayakan dimana hampir 700,000 PKS akan menerimanya.

PKS mikro mestilah berdaftar dengan SSM untuk mendapatkan geran ini. Kerajaan akan mendapat senarai syarikat kita daripada pihak berkuasa tempatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Ketiga : Moratorium untuk Ansuran PKS

Penangguhan bayaran balik pinjaman oleh organisasi peminjam wang selama 6 bulan kepada PKS. Ini dapat membantu meringankan beban PKS yang perlu membayar pinjaman setiap bulan.

Keempat : Memansuhkan Kadar Faedah

Pemansuhan kadar faedah dari 2% kepada 0%

Skim kredit Mikro berjumlah RM500 juta di bawah Bank Simpanan Nasional daripada 2% kepada 0% . Skim ini juga dipanjangkan kepada TEKUN Nasional dimana setiap usahawan boleh mendapat RM10,000 dan usahawan hanya boleh mengambil salah satu daripada pinjaman ini untuk membolehkan semua usahawan mendapat kelebihan dana RM200 juta ini.

Pakej Prihatin PKS Kelima : Diskaun Sewaan Premis Perniagaan

Bagi premis yang dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan seperti MARA, Petronas, Plus, Uda, PNB yang telahpun bersetuju untuk diskaun atau tidak mengenakan sewaan keatas premis mereka.

Perdana Menteri juga menggesa pemilik premis swasta atas dasar perkongsian bebanan ini untuk memberikan diskaun pengurangan sewa premis. Pemilik premis swasta ini akan menerima potongan cukai yang berjumlah seperti diskaun yang diberikan sebanyak sekurang-kurangnya 30% bermula April 2020 sehingga Jun 2020.

Keenam : Pengurangan Levi Pekerja Asing

Pengurangan cukai levi 25% ini hanya kepada pekerja asing yang perlu direnew remitnya bermula 1 April 2020 sehingga 31 Disember 2020 (dalam poster ditulis Jun 2020). Pengurangan levi tidak terpakai kepada pembantu rumah

Cadangan : Majikan dan Pekerja boleh berbincang

Nasihat dan permasalahan mengenai majikan dan pekerja seperti cuti tanpa gaji dan juga pemotongan gaji dalam tempoh PKP boleh dirujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja.

Sebarang perundingan tertakluk kepada undang-undang pekerjaan di Malaysia. Hak kedua-duanya mesti terbela.

Pakej Prihatin PKS Ketujuh : Moratorium 30 hari untuk Kemuka Dokumen Berkanun

Kerajaan faham tentang kesukaran syarikat untuk mengemukakan dokumen berkanun kepada SSM sepanjang PKP. Tempoh menyerah simpan penyata kewangan syarikat dilanjutkan 3 bulan selepas tarikh PKP. Kelonggaran ini hanya untuk syarikat yang mempunyai tahun kewangan 30 September sehingga 31 Disember 2019.

Ini perlu dimohon dan tiada fee lewat dikenakan.

Contoh mudah yang Perdana Menteri kongsikan

PKS Mikro Pertama : Lee Beauty Saloon (PKS Mikro sektor dandanan rambut)

Mempunyai 2 pekerja tempatan dengan gaji dibawah RM4000.

Madam Lee akan mendapat bantuan subsidi upah sebanyak RM1200 x 2 orang x 3 bulan = RM7200
Geran mikro berjumlah = RM3000
Jumlah keseluruhan ialah RM10200

Contoh PKS Mikro Kedua : Mee Kolok Haji Salleh

5 pekerja tempatan gaji bawah RM4000
2 pekerja asing

Usahawan ini boleh mendapatkan pinjaman kredit mikro BSN sebanyak RM50,000
Subsidi upah sebanyak RM5 x RM1200 x 3 bulan = RM18,000
Penjimatan sumbangan HRDF dan KWSP = RM8,400
Tangguhan cukai = RM5200
Pengurangan levi pekerja asing = RM2300
Diskaun bil elektrik = RM300

Keseluruhan manfaat tanpa pinjaman kredit mikro = RM34,200

Contoh Ketiga PKS Mikro : Syarikat Surjit Kaur iaitu perkilangan perabot

5 orang pekerja tempatan gaji bawah RM4000
10 orang pekerja asing

Syarikat ini boleh mendapat pinjaman Special Relief Facility (SRF) sebanyak RM500,000
Subsidi upah 5 x RM1200 x 3 bulan = RM18,000
Penjimatan pengecualian sumbangan KWSP dan HRDF = RM8,400
Penjimatan levi pekerja asing = RM4,600
Tangguhan cukai mikro = RM32,700
Diskaun bil elektrik = RM100
Keseluruhan manfaat ialah RM63,800

Nota penulis : Untuk contoh kedua dan ketiga saya sudah ‘lost’. Setiap PKS boleh mohon RM10,000 setiap syarikat untuk pinjaman krerdit mikro kan, kenapa RM50,000 untuk Mee Kolok Salleh?
Bukan, saya bukan mempersoalkan. Ianya kelemahan saya untuk pemahaman dan saya alu-alukan Tuan Puan meninggalkan komen untuk membantu pemahaman kita semua.

Selain itu untuk penjimatan pengecualian sumbangan KWSP, juga tidak jelas. Bila saya Google dan baca disini tentang bantuan dari KWSP dan HRDF baru boleh faham sedikit.

Mengenai tangguhan cukai mikro, saya baca disini.

Mengenai diskaun bil elektrik, saya baca disini.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *