“Sue tak suka awak join askar.”Beritahu saya memulakan perbualan sebaik sahaja W tiba.
Member tu baru duduk dah terkejut…
Masa tu dia baru habis latihan dan datang jumpa kita di foodcourt MMU Melaka bersemangat dan berpeluh. Senyum-senyum dari jauh tadi, happylah agaknya tu kan. Setiap petang Jumaat W ada latihan di kem. “Eh, tapi kan saya join wataniah ni dari sebelum kita kenal lagi. Bukannya saya baru join semalam.
“Kalau boleh translate ayat orang sekarang bunyinya macamni “Awak dah kenapa, dulu sebelum kita ‘kawan’ takda pun beritahu syarat-syaratnya.” .A gitu
“Sue tak suka sebab askar merokok dan cakap kasar.” Jelas saya menyampaikan concern. (Cop siapa askar atau anak, wife askar janganlah marah Cik Sue tau. Masa ni dia kecil lagi baru 19 tahun – askarist pulak masa ni)
“Nanti saya fikir semula apa yang Sue nak tu.”
Kami berdua diam.Lama. Nak makan pun masing-masing dah tak ada mood.Sorang tak suka askar, sorang lagi keliru nak pilih apa atau siapa.
Cerita ni plotnya melompat. Dari mengurat, patah balik ke sebelum kenal kemudian lompat kedepan semula. Ala macam drama yang kalian tonton itu.Lagipun Hometown Cha Cha lambat lagi nak keluar. Layanlah cerita Cik Sue ni dulu …
Sambung semula tentang latihan askar. Lepas beberapa hari, W jumpa saya dan beritahu.”Saya dah berhenti wataniah. Perkara yang saya sangat suka buat.”
Memang sedih suara dia waktu tu. Saya pun tak tahu macamana saya boleh sekejam itu. Sukahati tak suka profession dan minat orang. Nak telan air liur pun saya tak berani masa dia beritahu. Takut berbunyi…”… awak rasa apa?”
Tanya saya pada W. Sebenarnya saya pun tak sangka W akan berhenti.Dan saya pun tak tanya dah sejak hari itu.Saya ada terfikir yang dia akan pilih untuk teruskan wataniah dari dengan saya (yang tak mahu askar).
“Saya kena buat pilihan untuk apa yang saya betul-betul suka dalam hidup.” Ha kat sini sweet sikit.Dia nak kata dia suka kita lah kut kan. Tapi tetap sayu…
Sekian. Begitulah cerita seorang bekas askar wataniah.Cik Sue pun sedihlah bila kenang semula. Tak bangga pun bila dia beritahu tu. Rasa serba salah lagi adalah. Banyak yang W korbankan untuk saya antaranya minat dia ni.
Tapi I have my own reason. Dia tak jadi askar pun kami dok gaduh saja. Mula-mula gaduh perkara A, boleh twist sampai perkara X, Y Z sampai lupa dah gaduh pasal apa mula tadi ntah.Kalau buat statistik bancian, paling banyak gaduh sebab intonasi suara. Bukan pasal topik fokus asal tadi.
Saya pun keliru apa yang sedang berlaku. Sama ada dia kasar (read as brutal) sangat atau saya lembut (read as cepat sentap) sangat. Insan sekeliling kami lah lebih kenal haha.Gambar di UTP 18 Ogos 2001. Masa ni rambut W ada lagi saki baki rambut askar. Mata dia terpejam tapi mata saya ok jadi upload juga. Gambar pun ada hat ni ja..
Sampai la ni bila saya tegur dia cakap kasar dia mengusik “Siapa suruh suka budak askar? Kenapa tak pilih budak usrah?”Setiap kali tu juga saya mengusik diri sendiri sekali “Eh eh budak usrah yang tak pilih kita tauuu “
Sekian.Gurau-gurau aja.Kalau jodoh tak kemana lagi lagi time PKP ni.
Jauhnya minat kami macam beza Timur dan Barat.Nak sambung lagi ke ni part empat?