Blog

TIPS MARKETING PERSONAL BRANDING — PART 1

TIPS MARKETING PERSONAL BRANDING  — PART 1
3K  IAITU KAREKTOR, KONSISTEN DAN KEKERAPAN

Harini saya kongsikan tips pertama dari 3KENAL iaitu 3K untuk kawan kawan bisnes. Ini antara petua marketing yang sering saya kongsikan bersama pasukan dan juga adik adik berhampiran.

Bahagian satu ialah 3 K iaitu karektor + konsisten + kekerapan

Macam ayam dan telur ayam — yang mana ada dahulu. Kita pun keliru nak jawab kan.
Mana mana satu dahulu pun boleh.
Kisah kita, cerita kita.

Perkara Pertama #1 KAREKTOR
Apa karektor atau imej yang kita bawa dan mahu ditonjolkan?

Kalau tak tahu nak pilih bagaimana — jom kita cuba beritahu 3 perkara tentang Dato Sri Vida?
–> Mahkota, Pink, Gigih berusaha.

3 perkara tentang Siti Nurhaliza?
–> Renda renda lace haha, lembut dan sopan santun.

Pilih 3 karektor kita yang mahu diketengahkan untuk orang awam.
Pastilah kita ada 350 perkara tentang kita tapi ambil 3 sahaja dahulu untuk diketengahkan haha.

Ok sudah dapat 3 karektor kita?

Perkara Kedua #2 KONSISTEN

3 imej itu perlu konsisten sekurang kurangnya 3 tahun dengannya.
Contohnya –> terlibat dalam industri fesyen (jual tudung) selama 3 tahun.

Bukannya jual tudung 3 bulan kemudian berhenti sambung berniaga telur.
6 bulan lagi berniaga makanan kesihatan.
Kawan kawan kita tak sempat rekodkan dalam register otak mereka — siapa kita apatah lagi karektor kita?

Contoh ini baru tukar jenis perniagaan — sama juga dengan tukar imej diri.
Tiada tempoh waktu yang tepat untuk tampil dengan imej itu selama mana.

Perkara Ketiga #3 KEKERAPAN

Tempoh waktu ini juga bergantung kepada K yang ketiga iaitu KEKERAPAN kita tampil dengan imej itu.

Fokus bukan sahaja bermaksud melupakan perkara lain tetapi juga membesarkan perkara yang kita lakukan.
Samada imej di FB atau di luar — ia sama.

Ada teknik untuk menulis dan bercakap — perkataan apa yang akan disebut selalu untuk 2 perkara yang berbeza.
Perkataan yang selalu disebut juga adalah imej yang perlu konsisten.

Cuma di FB atau media sosial lain kita ada kelebihan K yang ketiga iaitu Kekerapan.
Lebih kerap kita update atau bercerita konsistensi karektor kita, lebih tinggi peluang untuk cerita kita dibaca dan dihayati.

Jika di laman sosial = Karektor kita ialah gambar dan tulisan kita.
Konsisten ialah berapa lama kita akan gunakan imej tersebut (warna, pakaian, gaya) dan kekerapan ialah seminggu sekali ke baru update.
Ada yang cadangkan sehari 3 kali kita update storytelling atau sesuatu yang bermanfaat di FB supaya visibility kita dapat disedari.
Seperti –> Siapa kakak pink yang buat Lunatots yang suka Hello Kitty selalu ajar marketing tu?
Haha.

Itu yang kita mahu kan.
— Menginspirasi.

Sehari kita boleh update KAREKTOR iaitu imej kita secara KONSISTEN dengan KEKERAPAN yang melengkapkan.

 

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *