Ada Tuan/Puan pembaca di sini yang sangat suka beli buku namun belum habis baca buku yang sudah dibeli, maka tips membaca buku cepat ini adalah untuk kita. Keinginan untuk membeli buku (baru) sentiasa melonjak-lonjak. Terutama sekali apabila berada di kedai buku, pesta buku mahupun sekadar membaca recommendation dari sahabat-sahabat lain di Internet.
Books lover atau book worm atau apa sahaja nama panggilan untuk pencinta buku tidak akan dapat difahami sehinggalah kita menjadi salah seorang daripada mereka.
Pencinta buku akan sangat ‘berkira’ untuk membeli sesuatu barang seperti pakaian baru namun apabila berada di kedai buku yang ada diskaun ataupun buku yang dimahukannya, nahhhhhh beliau bagaikan maharaja atau maharani yang memiliki segalanya.
Melihat satu demi satu buku baru sambil membayangkan yang mereka akan dapat membaca buku ini pada sesebuah momen yang lapang ataupun terus membayangkan kebaikan yang diperoleh dengan membeli buku ini, membuatkan kita tidak senang duduk selagi tidak mendapat buku ini.
Sukar digambarkan perasaan itu.
Sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam kumpulan pencinta buku ini, saya dan keluarga mendapati buku yang dibeli semakin dan semakin banyak di almari buku.
Dahulu sewaktu belajar dan belum bekerja memang kita teringin nak memiliki buku-buku ini jadi bila sudah bekerja sendiri ianya bagaikan bulan jatuh ke riba.
Macam balas dendam pula.
Sehinggalah awal tahun 2018 saya membaca buku ‘Art of Reading- Mengapa 90% buku yang dibeli tidak habis dibaca dan cara mengatasinya’ ooleh penulis adaptasi Muhd Firdaus terbitan Synergi Media.
Tips Membaca Buku Cepat yang Pertama #1 – Jadikan Habit
Membaca seharusnya ialah kegiatan yang menyeronokkan dan menyenangkan. Ia bukan perkara yang menyakitkan, tidak disukai, membosankan dan mahu dihindarkan. Maksud membaca dalam konteks artikel ini ialah membaca untuk membangunkan diri (self development).
Kualiti hidup seseorang bergantung kepada bahan bacaannya. Bayangkan dalam usia 37 tahun namun informasi yang kita gunakan untuk membuat keputusan adalah daripada bahan bacaan semasa disekolah 20 tahun lepas atau ketika belajar dahulu. Sangat lama bukan?
Suka atau tidak, membaca perlu dijadikan habit.
Negara-negara berprestasi tinggi seperti Ireland Utara, Amerika Syarikat, Denmark, Croatia, dan Chinese Taipei, diikuti Ireland dan England merupakan antara negara yang mencapai pencapaian yang tinggi dalam peratusan habit membaca di kalangan rakyatnya.
Budaya membaca di Finland menurut Gamerman (2008) menjadikan kebanyakan pasaraya mempunyai perpustakaan dan hampir setiap sudut kita akan menjumpai orang yang sedang membaca buku.
Malah skil membaca dikalangan pelajar juga sangat dititikberatkan di Finland.
Pada tahun 2017, sebuah program ‘Reading for Cows’ dianjurkan dimana kanak-kanak akan membacakan buku untuk lembu.
“Cows are great listeners and don’t care if the children make mistakes.”
Dilaporkan di www.thatsfarming.com
Maka, membaca harus dijadikan keutamaan dalam kehidupan kita dan keluarga. Ianya akan membantu bangsa kita untuk berjaya.
Tips Membaca Buku Cepat yang Kedua #2 – Temui Sebab Peribadi
Manusia adalah insan yang sangat hebat. Kita boleh menemukan seribu satu cara untuk perkara yang kita mahu lakukan dan seribu satu alasan untuk menghindari sesuatu yang kita tak mahu lakukan.
Bagi individu yang bergelar pelajar, mereka perlu menemui sebab mengapa mereka perlu membaca buku. Antaranya ialah untuk dapat menjawab peperiksaan, tidak perlu ulang semula menduduki peperiksaan, memenuhi harapan ibu-bapa melihat kita berjaya.
Itulah antara sebab-sebab peribadi.
Otak manusia sangat efisien. Ia akan menjalankan fungsinya berdasarkan hukum ekonomi iaitu menggunakan tenaga seminimum mungkin untuk bertahan.
Contohnya bagi kita yang sudah bekerja, otak akan membuat kita berfikir “Buat apa susahkan diri membaca buku yang tidak perlu. Kerja saya akan begini juga sehingga tua. Lalui sahaja kehidupan seperti biasa dan semuanya akan baik-baik sahaja”
Benar, tanpa membaca sekalipun kita akan terus bekerja di tempat yang sama (jika tiada faktor lain yang memerlukan kita berhenti atau diberhentikan). Namun kareer kita mungkin berkembang lebih tinggi sekiranya kita banyak membaca. Kita juga dapat menyumbang lebih kepada kumpulan melalui ilmu yang kita dapat sewaktu membaca.
Sebab peribadi yang lain ialah mahu membiasakan otak bekerja untuk berfikir kerana tidak mahu mengalami demensia.
Atau mungkin sebab peribadi kita ialah rasa bersalah terhadap pasangan setiap kali melihat buku baru semakin dan semakin banyak di rak buku kita.
Tips Membaca Buku Cepat yang Ketiga #3 – Pilih Prioriti
Ini paling menarik. Sebaik sahaja saya mendapat tips membaca buku cepat ini, kehidupan saya mula berubah. Cara saya melihat buku juga berubah.
Aktiviti pertama:
Senaraikan siapakah kita dalam tempoh 1, 5, 10 dan 20 tahun serta keutamaan kita.
Dalam satu tahun kita mungkin mahu menduduki peperiksaan untuk Ijazah Sarjana Muda. Dalam masa sepuluh tahun, kita adalah trainer yang berpengalaman dalam bidang Online Marketing.
Langkah Kedua :
Buat kuadran ini dalam sebuah muka surat kosong. Tuliskan buku-buku yang perlu anda baca untuk mencapai keutamaan dalam satu tahun ini didalam kuadran 1. Ianya boleh jadi buku teks sekiranya anda masih belajar.
Atau buku berkaitan dengan kerja anda sekarang. Ianya adalah memerlukan lebih perhatian dan perlu segera dihabiskan. Anda boleh memberikannya label berwarna untuk membezakannya berbanding buku-buku lain.
Kuadran 2 pula ialah untuk buku-buku yang perlu dibaca untuk meningkatkan kualiti diri dalam mencapai impian. Biasanya buku ini mengambil ruang paling banyak dalam almari buku.
Walaupun ianya termasuk dalam kumpulan tidak terdesak (non urgent), ia tidak bermakna ianya tidak perlu dibaca.
Asingkan masa untuk membaca satu demi satu buku-buku ini.
Kuadran 3 ialah buku yang tidak penting namun perlu. Antaranya novel, komik, travelog yang menenangkan fikiran. Salah satu perkara yang menghilangkan minat membaca yang berterusan adalah kerana buku-buku yang terlalu serius tanpa bahan bacaan yang ringan dan menyenangkan.
Kuadran 4 ialah buku yang tidak penting dan tidak perlu (berdasarkan impian sehingga 20 tahun kita tadi). Mungkin buku-buku ini paling banyak kita baca berbanding buku di tiga kuadran tadi.
Utamakan buku yang akan kita baca dahulu. Bite what we can chew, berjalan selangkah demi selangkah.
Tips Membaca Buku Cepat yang Keempat #4 – Sertai Kumpulan Membaca
Terdapat beberapa kumpulan WhatsApp dan Telegram yang berkongsikan review buku yang dibaca. Tuan/Puan boleh menyertai grup ini. Bila kita ramai-ramai, memang terasa aura hebatnya.
Kita pun akan jadi rajin untuk menghabiskan buku yang sedang dibaca.
Tips Membaca Buku Cepat yang Keempat #5 – Atasi Halangan
Ini adalah cara saya berdialog dengan diri tatkala sesuatu tidak dapat dicapai. Bayangkan kita adalah seorang yang lain (seperti anak kita) dan tanyanya “Apakah halangan yang membuatkan awak tidak dapat menghabiskan bacaan buku tersebut?”
“Saya rasa bosan.”
“Saya letih dan kurang rehat”“Saya sedang membaca lantas segalanya gelap selepas itu. Saya tertidur”
“Saya sedang membaca kemudian ada notifikasi Facebook dan WhatsApp masuk lalu saya leka dengannya.”
“Saya sedang membaca namun kawan ajak berbual.”
Dan banyak lagi halangan-halangan lain.
Atasi satu demi satu halangan tersebut. Untuk bosan, mungkin buku yang dibaca tiada kepentingan atau sebab peribadi untuk dihabiskan. Luangkan masa untuk membaca buku dari kuadran 3 namun jangan lama-lama. Segera kembali kepada buku yang sedang dibaca.
Jika kita mengantuk, posisi membaca sangat penting. Kita mestilah duduk tegak dan selesa untuk membaca. Posisi berbaring akan memberikan signal kepada badan kita untuk berehat dan ia menyebabkan kita rasa mengantuk seterusnya tertidur ketika membaca.
Kenal pasti halangan-halangan tersebut dan atasinya satu demi satu untuk membolehkan kita mengamalkan tips membaca buku cepat yang dikongsikan. Ianya salah satu usaha kita dalam menjadikan bangsa Malaysia bangsa yang membaca.