Tips Tik Tok

Tulisan ini tentang tips Tik Tok. Sejak tahun 2019 sehingga kini Tik Tok menjadi media sosial yang utama di dunia. Ianya menjadi applikasi yang paling banyak didownload di handphone pada Ogos 2021 mengatasi Facebook.

Video Tiktok ni saya update sebelum tidur semalam. Tajuknya ialah Day 2 of 1000km Challenge.

Hari kedua pun (masih) berjalan. Bagi individu yang dah lama bercuti berlari menternak badan macam Cik Sue, kita mulakan dengan berjalan dulu.
BMI pun dah say hi dekat obesiti lepastu bangga gelak-gelak walaupun sebenarnya berduka 😂

Pagi ni bangun nampak video TT ni di view sebanyak 13.2k. Jadi nak share tentang peratusan pemasaran ya untuk ilmu.

Tips Tik Tok

1. Views (kotak merah) ialah capaian (reach) berapa kali dilihat orang = 13.2 k

2. Love (arrow kuning) ialah engagement iaitu orang lain mula berkomunikasi dengan kita.
Ianya kurang 10% dan hanya 8% dari reach.

3. Biru (arrow biru) ialah engagement yang lebih jauh iaitu dia mahu ‘bercakap dengan kita’
Peratusannya 1% dari love.

4. Jumlah shared ialah 4 iaitu 4% dari mesej yang ditinggalkan.

5. Peningkatan follower kena lihat hari sebelum tapi saya tak simpan pula.

Bila kita buat apa-apa di media sosial untuk bisnes, kita mesti lihat perkara-perkara yang saya kongsikan ya.
Untuk kita dapatkan ‘rentak’ statistik kita.

Ada orang buat excel untuk ‘baca’ data-data ini bagi perkembangannya di sosial media.

Tak apa kalau kita buat saja-saja, janji kita follow Tiktok Cik Sue a gitu.

Cik Sue,
Online Marketing Coach yang mahu mempunyai BMI normal

Tips menulis blog di sini

Leave a Reply

%d bloggers like this: