Blog

Ilmu Urus Akaun Bisnes – Lima (5) Perkara yang Perlu Buat sebelum Berniaga oleh AR Success –

Urus Akaun Bisnes

Ilmu Urus Akaun Bisnes oleh ARSuccess

Bergelar usahawan, semuanya perlu kita lakukan serentak dalam masa yang sama kan? Kalau tak ada ilmu urus akaun bisnes, memang huru-hara jadinya syarikat kita.

Sangatlah bagus jika usahawan ada ilmu urus akaun bisnes sebelum memulakan perniagaan.
Ilmu ini memang bermanfaat dan memberikan ketenangan hati kepada pemilik perniagaan dalam cerita ini iaitu kita sendiri.

 

Realiti seorang Usahawan tanpa Ilmu Urus Akaun Bisnes

Ada yang pandai buka syarikat sahaja, tapi tak buat akaun langsung. Kadang tu kita fikir, kalau tak ada untung ataupun jualan baru nak up (bahasa hari ini), macamana nak buat akaun ye tak?

Ada yang tahu kena buat, dan tahu buat sedikit.
Tapi dah separuh jalan, kena cari orang untuk siapkan.
Kononnya nak jimat jadi buat sendiri (tutup muka sendiri).
Padahal ilmu urus akaun bisnes ni sangat-sangat penting dan boleh dikatakan WAJIB.

Semua perniagaan yang berdaftar dengan SSM kena ada akaun dan ianya wajib di deklarasikan di SSM dan LHDN walaupun dengan pendapatan mahupun keuntungan yang minimum.

Bila kita sebagai pemilik syarikat tak deklarasikan akaun kita, masalah yang lain akan timbul seperti yang berkaitan dengan badan-badan berkanun seperti LHDN dan juga SSM.

 

Bagaimana Saya Mahu Belajar Ilmu Urus Akaun Bisnes?

Saya belajar dari yang pakar dan berpengalaman.
Kalau masih ada yang tersalah, ianya bukan salah guru tapi kekurangan dari sudut diri saya sendiri.

Puan Rozita dari AR Success sering berkongsikan ilmu urus akaun bisnes kepada saya dan syarikat.

 

Artikel ini adalah mengenai Lima (5) Perkara yang Perlu Buat sebelum Berniaga

Perkara pertama ialah urusan pendaftaran di SSM iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Bagi syarikat enterprise dan PLT, pendaftaran boleh dilakukan dengan terus ke mana-mana pejabat SSM manakala bagi syarikat Sdn Bhd, kita boleh membuat pendaftaran dengan company secretary.

Terdapat 3 entiti bisnes:

  1. Enterprise /Partnership

  2. PLT

  3. Sdn Bhd

Tidak kisah apa juga entiti yang kita pilih (pro dan kons nya akan diterangkan kemudian), namun ini adalah perkara yang sangat perlu di ambil berat iaitu tanggungjawab Pengarah/Pemilik.

Pengarah/Pemilik perlu menyediakan:

  • Akaun

  • Audited report

  • GST

 

Ketiga-tiga perkara diatas adalah berkaitan untuk Sdn Bhd.
Selepas akaun tahunan syarikat selesai, audited report akan dihantar ke SSM melalui company secretary.
Pihak terlibat ialah company secretary yang telah dilantik.

GST ialah urusan bersama kastam.
Pemilik entiti samada enterprise/partnership, PLT dan juga Sdn Bhd perlu berdaftar dengan kastam sekiranya jualan melebihi RM500,000 setahun.

 

Kadang-kadang company enterprise berkata, dia belum melakukan audited account walaupun sebenarnya dia belum menyiapkan akaun syarikat iaitu langkah yang pertama.

Sekiranya company itu berentiti enterprise, ianya tidak akan mempunyai audited account dan juga company secretary.

 

MAHUKAH pemilik syarikat belajar ilmu urus akaun bisnes syarikat secara mudah dan praktikal?
ARS juga boleh membuatkan usahawan tenang dan dapat tidur malam tanpa risaukan urusan akaun syarikat.

Hubungi terus :

Rozita Kamarudin

Principal, AR Success
Chartered Accountant
Member of the Malaysian Institute of Accountants
Membership No: 26195

Beritahu no kod ‘ARSLUNA’ ke nombor 019-626 3206 yang membolehkan Tuan/Puan mendapat potongan harga untuk servis pensyarikatan dan juga akaun bisnes.

Untuk urusan temujanji, boleh ke:AR SUCCESS (00193036611-H)
32-1 Jalan Danau Lumayan 1
Pusat Perniagaan Danau Lumayan
Bandar Seri Permaisuri,
56000 Cheras
Kuala Lumpur

Tel: 03-9171 0611

Laman web AR Success di link ini (klik sahaja)

 Untuk berhubung dengan FB AR Success, klik disini 

 

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *