Bagaimana Aliff Syukri Dapat Duit Daripada Google

Bagaimana Aliff Syukri Dapat Duit Daripada Google

Beberapa hari ini kita ‘dikejutkan’ dengan Aliff Syukri dapat duit daripada Google. Siapa yang tidak kenal Dato’ Aliff Syukri, Usahawan D’Herbs yang popular dengan tagline Terlajak Laris serta isterinya Datin Shahida.
Anak-anak beliau, Ammar Ahyan, Qadeejah, Ibraheem, Ameena dan Qayyum juga sering mencuit hati netizen dengan telatah mereka. Menjadi keluarga selebriti pastinya bukan mudah dengan pelbagai kecaman, teguran dan tak kurang sokongan daripada warga Internet (netizen).

 

Saya sendiri adalah peminat isteri beliau yang mengutamakan pendidikan agama kepada anak-anak. Dalam ketidaksempurnaan yang mereka lalui, itulah manusia seperti kita juga. Yang tidak sempurna itu membuatkan setiap seorang daripada kita istimewa.

Bagaimana Aliff Syukri Dapat Duit Daripada Google?

Betul ke Google bagi duit kepada pengguna Internet? Dan kenapa kita tak dapat?
Mungkin ada pembaca atau sahabat-sahabat saya yang sudah melakukan apa yang perlu dilakukan sehingga Aliff Syukri dapat duit daripada Google dan sudah faham bagaimana ia berlaku.
Namun artikel ini saya tuliskan untuk membantu kawan-kawan yang baru bermula dengan dunia Internet ya.

Aliff Syukri Dapat Duit

Beritahu beliau di dalam Instagram beliau 2 jam lepas

“Ko kecam saya yang dapat duit. Tidur 2-3 jam je buat benda ni. Hampir 2 tahun saya buat blog dan YouTube video.
Syukur RM53k Google bayar dekat saya. Untuk makluman korang, saya dapat duit tu dari blog saya dan Youtube TV Terlajak Laris”

Aliff Syukri Duit Google

Inilah kuasa sebuah blog, Google dan YouTube. Ianya kuasa sebuah pengiklanan.
InshaAllah sepanjang 2019, saya akan ada kelas blog bagi tujuan pemasaran di Google. Teruskan bersama di FB Lunaworks untuk mendapat tahu kelas terkini kami ya.

 

Aliff Syukri Bolehlah…

Ianya pasti ada dalam fikiran kita. Aliff Syukri bolehlah kerana dia terkenal.
Namun kawan-kawan, beliau juga berusaha seperti kita. Fikir idea baru dan mengetengahkannya.
Pernah satu video yang beliau rakam dan saya pernah tonton lebih kurang begini bunyinya “Susah sangat nak masuk TV, saya rekodlah muka saya sendiri” Haha. Positif kan?

 

Kita tak dapat bukan sebab kita tak hebat. Atau tak kaya raya mahupun tak berpangkat.
Kita tak dapat sebab tak mahu dan tak buat.

Pernah suatu ketika saya hadiri sesi yang menjemput Aliff Syukri untuk berucap, dan dia beritahu semua teknik yang beliau lakukan untuk berjaya di dunia Internet. Semua.
Oleh kerana ‘jujurnya’ beliau memberitahu semua perkara yang beliau lakukan, of course akan ada individu yang tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang dilakukannya.

Tak apa, sebagai manusia kita datang dari latar belakang pendidikan dan persekitaran yang berbeza.
Apa yang kita tak boleh terima, kita letak tepi dahulu sebab mungkin ilmu kita yang belum cukup untuk memahami keseluruhan cerita kan?

 

Lihat gambar dibawah dimana semasa hari pertama Aliff Syukri launching blog beliau dan beliau umumkan di FB Page.

Dan itulah langkah pertama untuk kita mula menjana duit daripada Google iaitu Mempunyai Blog Sendiri.

Blog sendiri itu mestilah dengan domain kita contohnya Surayaali.com atau Abangterlajaklaris.my dan tidak boleh subdomain contohnya Surayaali.wordpress.com.

Domain dan hosting adalah sewaan setiap tahun anggaran dalam RM300 keatas (bergantung kepada saiz dan servis lain yang disediakan)
Kos penyediaan blog buat kali pertama adalah sekali bayar dan bermula daripada RM2500 keatas.

 

Langkah Kedua Menjana Dari Google : Daftar Google Adsense

Daftar dan hanya ikuti langkah yang ditunjukkan untuk memasukkan coding kedalam blog kita. Jika didalam coaching Online Marketing, saya akan tunjukkan caranya kepada peserta yang menghadiri coaching.

 

Jana Duit Dari Google Aliff Syukri

Langkah Ketiga : Mula Beritahu Audiens Kita

Tempat yang paling ramai orang berkumpul ialah media sosial yang sangat sibuk. Kita boleh kongsikan maklumkan kepada audiens untuk mengikuti blog.
Bagaimana Dato’ Aliff Syukri lakukan, beliau upload video penuh di Channel YouTube beliau dan kongsikan video pendek satu minit di Instagram.

Bila pembaca geram dan nak tengok lebih lanjut, kita akan subscribe YouTube channel beliau.

 

 

Aliff Syukri Terlajak Laris

 

Sebenarnya RM53k iaitu Aliff Syukri dapat duit daripada Google tidaklah banyak. Jika dibahagikan dengan 24 bulan, anggaran sebulan RM2,208 sahaja. Dan pastinya kos beliau lebih daripada itu. Antara kos yang terlibat ialah kos admin dan gaji pekerja untuk blog dan YouTube beliau.
Kos video, kos pembelian phone dan belum dikira lagi kos terasa hati apabila menerima sebarang kritikan mahupun teguran netizens.

Namun selain daripada RM53k ini, Dato’ Aliff Syukri juga membuka peluang pengiklanan bermula RM400 sehingga RM10,000 di Youtube atau mana-mana channel sosial media beliau dan keluarga.

 

Iklan di bahagian atas blog Aliff Syukri ini adalah contoh bagaimana Google membayar kepada tuan punya blog dengan meletakkan iklan.

Aliff Syukri dapat duit daripada Google

Bagaimana jika kita bukanlah sesiapa di dunia Internet?

Kita bukan sesiapa bilamana kita belum pernah bermula dan kisah Aliff Syukri dapat duit daripada Google ini tidak memberikan sebarang kesan kepada kita. Pasti ada satu topik yang kita mahir dan suka kongsikan. Pilih satu topik itu dan konsisten dengannya.
Kemudian follow sahaja tiga langkah yang dikongsikan diatas bagi membina audiens di dunia digital.

 

Bermula dengan dapat sedikit dahulu dan dengan sedikit inilah kita akan mula dapat yang lebih banyak.

 

Tonton video ini untuk memahami tentang Cara Buat Duit di YouTube.

Puan Suraya Ali merupakan seorang Online Marketing Coach di Malaysia.
Beliau bersama MDEC dalam program eUsahawan sejak 2016 sehingga 2018.

eUsahawan merupakan sebuah program mengajar rakyat Malaysia tentang Online Marketing.
Tinggalkan emel di bahagian komen bagi menyertai sebarang program yang berkaitan dengan Online Marketing yang dianjurkan oleh beliau atau emel hello@lunaworks.co

Suraya Ali Online Marketing Coach

Tips menulis untuk usahawan disini.

Leave a Reply