Blog

Bagaimana Menetapkan Azam Tahun Baru, Matlamat dan Strategi

Bagaimana Menetapkan Azam Tahun Baru, Matlamat dan Strategi

Setiap kali masuk bulan baru apatah lagi tahun baru, memang kita akan teruja cari cara bagaimana menetapkan azam, matlamat dan strategi bulan atau tahun itu.

Tak sabar nak mula berubah tahun hadapan kan haha.

Walaupun sebenarnya setiap hari adalah peluang baru yang Tuhan berikan untuk kita. Tinggal ambil kesempatan atau leka biarkan ianya berlalu seperti hari-hari sebelumnya.

Bagaimana Menetapkan Azam Matlamat dan Strategi

Tips Bagaimana Menetapkan Azam Tahun Baru, Matlamat dan Strategi Tahun 2019

1. Azam Mestilah Spesifik

Sebagai manusia yang suka berjaya, kita ada tafsiran sendiri untuk kejayaan kita.

Lebih mudah untuk kita jika dispesifikkan apa yang mahu kita capai dalam setiap bidang.

Kejayaan Pembangunan Diri

Contohnya kejayaan untuk personal kita ialah menulis sebuah buku travel ke Jepun dengan 300 muka surat.

Kejayaan Kekeluargaan

Kejayaan untuk setiap seorang anak, contohnya boleh berbahasa Mandarin dan faham 1200 patah perkataan (bergantung kepada usia).

Kejayaan Kesihatan

Kejayaan dalam bidang kesihatan ialah turun berat badan 1kg setiap bulan di tahun 2019.

Kejayaan Pekerjaan

Kejayaan dalam pekerjaan atau perniagaan ialah mencapai jualan produk xyz 20% peningkatan berbanding tahun sebelum 2018.

Kejayaan Keagamaan

Kejayaan dalam bahagian spiritual ialah menamatkan bacaan sebuah AlQuran pada tahun 2019.

Ianya pasti berbeza diantara individu kerana pengalaman, latar belakang, pekerjaan, kemahuan dan kehendak yang kita miliki adalah berbeza.

2. Azam Mestilah Boleh Diukur (Measurable)

Bagaimana kita mengukur kejayaan yang kita tetapkan sendiri.

Jika menghabiskan azam kejayaan peribadi ialah membaca 36 buah buku pada tahun 2019.

Sebelum bulan Disember 2019 kita sudah boleh kira setiap bulan samada kita didalam landasan (on-track) atau tidak.

Ini bermakna 3 buah buku sebulan. Lebih kurang sebuah buku mesti habis dalam tempoh 9 ke 10 hari. Kalau boleh terus sahaja tentukan buku bergenre apa yang akan kita fokuskan tahun 2019.

3. Azam Mestilah Assignable (Ada Yang Melakukannya)

Bagi sesebuah azam yang besar contohnya mencapai jualan sekian sekian peningkatan berbanding tahun sebelumnya, kita mesti dapat berikan tugasan kepada yang boleh melakukannya iaitu berapa orang sales staff yang kita perlukan.

Jika azam belajar Bahasa Mandarin, kita ada cikgu atau applikasi yang boleh membantu kita mencapai azam tersebut.

Jika azam terlalu besar seperti mengubah sistem pendidikan Malaysia namun kita belum sesiapa dalam bidang tersebut (tiada jawatan) dan bukan dalam bidang kuasa kita membahagikan tugasan, ianya tidak assignable.

Gambar keratan suratkhabar sewaktu menjadi Business Coach untuk Peserta VEST anjuran KPDNKK tahun 2017

4. Azam Mestilah Relevan

Kita yang tahu diri kita dan pencapaian tahun sebelumnya.

Kalau sebelum ni kita tak pernah langsung menulis blog, dan azam tahun baru ialah satu artikel setiap minggu sudah memadai.

Bagaimana nak tahu ianya achieveable atau tidak, kita boleh rujuk mentor-mentor terdahulu iaitu orang yang telah berjaya melakukannya.

Seronoknya zaman Facebook dan sosial media bila ramai insan-insan baik berkongsi tips dan pengalaman mereka mencapai sesuatu.

Jadi kita boleh terus hubungi mereka atau hadiri kelas yang dianjurkan jika ada sebarang pertanyaan.

Berbanding sebelum ini yang dikatakan kita perlu naik ke gunung sekian sekian untuk bertemu pakar dalam bidang sekian sekian.

Kini Google sahaja, dah jumpa.

Hadiri kelas pemasaran digital, SEO dan blog bersama Puan Suraya Ali, sertai Grup Alumni Lunaworks details dengan klik disini.

5. Azam Mesti Ada Tempoh Masa (Time Based)

Sesuatu azam mestilah diperjelaskan kepada sesuatu yang mengikut sebuah jangka masa.

Tahun baru dengan 12 bulan adalah sangat baik digunakan dengan sepenuhnya.

Tips menulis setiap hari untuk usahawan

Buku perancangan (Planner/Diary) baru, azam baru, orang yang sama dengan semangat baru pastinya dapat memberikan refleksi yang baik kepada pembangunan individu, bangsa dan negara.

Kita kata kita sayang negara, mulakan dengan sayangi diri kita dahulu ya.

Tips Menulis Setiap Hari baca disini ya.

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *