Certificate Google Analytics

Informasi untuk Kelas Google Analytics

Blog

Kelas Google Analytics

Beberapa orang sahabat bertanyakan tentang bagaimana nak daftar kelas Google Analytics bagi mendapatkan sijil dari Google Academy. Saya kongsikan didalam artikel ini ya serba sedikit tentang kelas ini.

Apakah Google Analytics?

Google Analytics ialah sebuah sistem yang dibuat oleh Google bagi kemudahan penggunanya membuat analisa terhadap laman web mereka.

Antara analisa yang boleh dilakukan ialah :
+ Anggaran pembaca website/blog sehari, sebulan atau setahun (mengikut jangka masa yang dimahukan)
+ Anggaran berapa lama masa yang diluangkan oleh pembaca di website/blog kita
+ Kemana pembaca pergi (dalam website/blog kita) selepas page utama
+ Apakah medium pemasaran yang paling banyak menjumpakan ‘kita’ kepada pembaca.

Kita dalam ayat diatas boleh jadi perniagaan kita dan pembaca dalam ayat diatas boleh jadi prospek yang bakal membeli sesuatu atau mendapatkan servis kita.

Kelas Google Analytics

Dengan analisa diatas, barulah kita boleh ambil tindakan.
Antara tindakan yang boleh diambil ialah :

+ Melebihkan bajet untuk medium pemasaran yang dijangkakan berkesan samada Google Ads kah, atau Facebook Ads kah atau blog review kah?
+ Menambahbaik laman web kita contohnya menambahkan borang untuk pembaca/prospek isi untuk dihubungi berbanding membiarkan sahaja pembaca keluar ke laman web lain selepas melayari website kita.

 

Certificate Google Analytics

Ilmu-ilmu ini saya pelajari dari dalam kelas Google Analytics yang dianjurkan oleh MDEC untuk semua trainer eUsahawan.
Sebagai trainer eUsahawan pastinya saya amat berterima kasih dan bersyukur diatas peluang ini.

Sekiranya kawan-kawan mahu menyertai kelas Google Analytics ini boleh melayari laman web yang saya linkkan ini ya.

Bagi kawan-kawan rakyat Malaysia yang belum menyertai kelas eUshawan, boleh mula mendaftar tempat anda untuk daftar eUsahawan 2018

youcanduit

Untuk satu hariĀ  dalam kelas eUsahawan biasanya pelajar akan dapat mempraktikkan konsep online marketing samada bagi usahawan yang baru mahu bermula berniaga mahupun yang sudah berniaga dan mahu mengembangkan cara pemasarannya menggunakan medium online marketing.

Leave a Reply