e-Usahawan

Langkah Pertama untuk Menyumbang : Certified Trainer eusahawan 2017


Certified eUsahawan Trainer

Bergelar Certified Trainer eUsahawan

Pengenalan tentang Trainer eUsahawan

Nama saya Suraya Ali dan merupakan seorang Trainer eUsahawan yang diiktiraf.
Mendapat pendidikan ijazah IT di University Multimedia dalam jurusan Data Communications.

Saya mula menulis di blog sejak berusia 18 tahun iaitu pada tahun 2000 ketika Internet mula berada di Malaysia.

Inspirasi memulakan perniagaan Lunatots juga bermula daripada penulisan di blog.
Keyakinan terhadap masa depan dunia serba terbuka iaitu Internet memang mengujakan saya.

Saya percaya, Internet akan membawa kebaikan kepada rakyat Malaysia khasnya dan dunia amnya.
Penyebaran ilmu dan peningkatan keyakinan semakin bertambah dengan adanya Internet.
Sebagai usahawan, kita tidak boleh takut atau mengelak dengan kepesatan dunia teknologi ini.

Ini juga adalah cabaran.
Upgrade ilmu kita tentang dunia Digital Marketing bersama eUsahawan.

Sedikit tentang eUsahawan

eUsahawan merupakan sebuah program anjuran MDEC yang membantu rakyat Malaysia samada yang sedang berniaga untuk mula meng’online’kan perniagaan mereka.
Individu yang mahu memulakan perniagaan secara online juga dijemput hadir.

Program sehari ini akan dikendalikan oleh hanya trainer eUsahawan yang telah menghadiri kursus dan ujian serta latihan intensif.

Tahun ini adalah tahun ketiga eUsahawan dianjurkan di Malaysia.
Besar harapan kami untuk melihat dunia perniagaan online diterima dan digunakan sepenuhnya oleh usahawan di Malaysia.

Trainer eusahawan

Ianya negara kita

Bercerita tentang semangat kebangsaan, memang membuatkan saya bertenaga dan menemui kembali punca.
Tidak banyak yang sudah saya sumbangkan kepada Malaysia yang telah banyak berjasa.

Sumbangan dari sudut berkongsi ilmu dan menjayakan program eUsahawan ini adalah antara langkah pertama.
Ilmu perniagaan sepanjang perjalanan keusahawanan juga saya kongsikan.

Jumpa di kelas eUsahawan tahun 2017 ini.

Daftar di bit.ly/euonline2017
Setiap kelas mempunyai 30 peserta sahaja bagi memastikan kualiti penyampaian dan penerimaan.

 

Program ini akan berakhir dengan segera, dan jadilah sebahagian daripada yang PANTAS mengambil tindakan dan mengoptimakan PELUANG.

Apa yang dipelajari peserta?

Bagi individu yang mahu mendaftar:
Daftar di bit.ly/euonline2017
Daftar di bit.ly/euonline2017
Daftar di bit.ly/euonline2017

Sekiranya Tuan/Puan mempunyai kumpulan usahawan dan mahukan kami mengajarnya, emel puansurayaali@gmail.com ya!


Leave a Reply

Cari

Kategori

%d bloggers like this: