Blog

Nilaian Pencapaian

Pejam celik pejam celik, kita semakin sampai ke hujung tahun 2020.

Apa yang telah kita lakukan dengan 365 hari dan 52 minggu tahun ini, kita dan Tuhan sahaja yang tahu.

Ianya waktu yang sesuai untuk menilai semula aktiviti dan pencapaian kita!

Bolehlah kita pecahkan kepada beberapa bahagian seperti:

1.. Pencapaian kerjaya.
Bagi yang bekerja dengan laluan karier (career path) yang sudah tetap, mudah menilainya.
Bagi yang bekerja sendiri, boleh senaraikan pencapaian dalam karier yang telah kita capai.

2. Pencapaian sebagai individu dari aspek spiritual. Bagaimana bulan Disember kita ini berbanding Januari tahun lepas. Nak nilaikan dari ibadah dan amalan juga boleh seperti waktu solat, puasa, sedekah dan lain-lain.

3. Pencapaian dalam kesihatan. Tiap-tiap tahun kita kata nak lebih kurus haha namun apakah status kita hari ini. Kita tak perlukan satu dunia menilai kita kerana diri kita sendiri tahu apa yang telah kita lakukan dengan impian tersebut.
Semak semula catatan aktiviti fizikal kita tahun 2020.

4. Pencapaian anak-anak.
Bergelar ibu bapa, pencapaian anak-anak juga adalah keutamaan. Tahun 2020 ini banyak diluangkan bersama dirumah kerana sekolah ditutup.
Nak pecahkan pencapaian mereka kepada beberapa bahagian seperti pelajaran, agama, sukan dan kesihatan minda pun boleh.

5. Pencapaian kewangan kita.
Benarlah duit tak membawa kebahagiaan namun duit tetap diperlukan untuk membayar makanan.
Dalam banyaknya duit-duit di dunia, banyak juga yang tertakdir untuk kita.
Tugas kita berdoa dan berusaha. Semak semula berapa kita capai setiap bulan tahun ini ya.

6. Pencapaian kesihatan minda.
Minda, hati dan jiwa yang tenang – itulah yang kita mahukan.
Tidur malam lena supaya dapat bangun pagi dengan bermakna.

Catatan hari libang libu dan celaru biasanya akan pulih sehari dua.
Tanda kita masih manusia.


Sukar untuk kita menilai semula kalau kita tak pernah mencatat setiap hari.

Untuk memulakan tahun dengan catatan

Http://bit.ly/PlannerLuna2021

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *