Blog

3 Sebab Mengapa Kejayaan Organisasi Sukar Dicapai

_MG_0927

Kejayaan ialah suatu perkataan yang enak untuk disebut namun ia meraih seluruh tenaga dan perhatian terutama bagi usahawan yang baru bermula.

Kajian Bloomberg tahun 2013 menyatakan 8 daripada 10 usahawan yang baru memulakan perniagaan gagal dalam 18 bulan pertama mereka berniaga. Ianya satu jumlah yang besar iaitu sebanyak 80%.
Tidak pasti sama ada ianya masih sah untuk tahun 2015 dan seterusnya namun ia satu angka yang perlu diambil kira.

Tiga perkara yang dikenalpasti kerapkali menjadi sebab yang meruntuhkan sesebuah perniagaan ialah :

Sebab #1 : Mindset yang belum bersedia
——————————————————-
Napoleon Hill berkata “Don’t wait. The time will never be just right.”
Maksudnya segera bermula. Tidak ada masa yang sesuai untuk kita betul-betul bersedia.
Namun perkara pertama yang kita perlu sediakan iaitu mindset kita.

Seorang peserta program pernah bertanya bilakah waktu yang sesuai untuk dia memulakan perniagaan. Beliau kini sedang bekerja.
Jawapan saya ketika itu ialah ianya memerlukan formula magik tentang produk yang tepat pada masa yang tepat dengan mindset yang cekap.

Mindset kita sentiasa berubah mengikut keperluan, kemahuan dan juga sebarang tekanan.
Mempunyai asas mindset yang positif dan sukakan bau kejayaan akan mengekalkan kita dalam landasan.

Dalam sebuah buku yang pernah saya baca. Katanya mengapa kita mudah kecewa apabila kita menjual sesuatu, dan ianya tidak dapat mencapai target. Mudah, ianya kerana kita tidak mempunyai target yang lebih besar untuk melupakan sebarang kelukaan.
Perasaan ditolak (the feeling of rejection) masih menghantui kita kerana bau wangi kejayaan itu bukan benar-benar kita mahukan. Apatah lagi mencatatkannya!

Kalau impian kita benar-benar besar, mindset dan seluruh anggota tubuh badan akan bersedia dengan sebarang cabaran.

Namun jika mindset berada di kelas ketiga, badan mudah loya apabila ada tekanan.

Pentingnya memiliki mindset yang baik kerana sebagai pemilik perniagaan, ahli pasukan akan meniru mindset positif atau negatif kita.
Anda mahukan ahli pasukan yang positif? Nah, ianya bermula dari pemiliknya!

Sebab #2 : Kompetensi yang belum mencukupi
————————————————————–

Kompetensi ialah attitude, skil dan knowledge.
Attitude ialah bukan sikap kita secara keseluruhan namun sikap dan emosi kita terhadap kerja kita.
Bersungguhkah atau sambil lewa?
Asal lepas atau sepenuh jiwa?
Knowledge atau ilmu ialah teori pengetahuan tentang FB Ads, copywriting mahupun teknik melayan pelanggan.
Skill ialah sesuatu yang dilatih hasil daripada ilmu yang dipelajari. Ianya perlu dilakukan berkali-kali.

 

Sebab #3 : Skil leadership yang perlu ditambahbaiki
———————————————————————-

Usahawan biasanya bermula dengan sebuah niaga.
Bekerja sendiri urus itu dan ini.
Sampai suatu masa, kita perlu tambah pekerja.
Tak boleh beri alasan — kita tak pandai urus orang.

Selagi kita bergelar manusia, selagi itulah kita berurusan dengan manusia yang lain.
Kejayaan seseorang turut ditentukan oleh sebijak mana kita mengendalikan individu lain.

Pemimpin ialah jawatan, kepimpinan ialah kebolehan yang boleh dipelajari.

Daripada laporan DDI Report tahun 2014, berikut adalah tiga skil yang diperlukan untuk masa hadapan ialah :

Skil #1 : Coaching and developing others

Semua orang mahukan yang terbaik dalam kehidupan.
Teruskan menggunakan teknik coaching yang betul untuk membangunkankan potensi seseorang.
Interacting and managing the team.
Interact more, managing less.

Skil #2 : Driving and managing change

Perubahan bukan bermula dalam orang lain tetapi bermula dari papan landasan pemandu (dashboard).
Tiada siapa tidak suka perubahan.
Cara menyampaikan mesej untuk perubahan itu yang tidak tepat.
Belajar Problem Solving Method dan Change Management bersama Ibu Faridah Hanim Haron dan Annems Leadership Solution.

Skil #3 :Identifying and developing future talent

Sesi temuduga (sahaja) untuk mendapatkan pekerja adalah sudah ketinggalan.
Beberapa teknik dan formula untuk mengenal pasti talent di masa hadapan.

Masa hadapan kita adalah hari ini.
The future is now.
Sudahkah kita sebagai leader bersedia untuk mengendalikan 3 Sebab Mengapa Kejayaan Organisasi Sukar Dicapai?

Ketiga-tiga halangan kepada kejayaan itu boleh dicapai melalui meningkat ilmu dan pengetahuan mengenainya.
Bukan kita seorang sahaja namun seluruh ahli pasukan.
Dengan kebenaran Tuhan.

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *