Blog

15 Cara Simpan Duit dan Menabung

15 Cara Simpan Duit dan Tips Menabung dengan Mudah

Menabung amalan yang baik. Siapa nak tips menabung yang mudah?

Artikel ini adalah Kompilasi Cara Simpan Duit dan Menabung  yang saya kumpul di Facebook dan Website.

Yang ada sumbernya, saya nyatakan.
Yang tiada, akan saya tambah kemudian.
Semoga membantu perjalanan kita semua.

TIPS MENABUNG 1

Cara Simpan Duit 1

1. Jumlah wang dibahagi 30. Satu sampul mewakili 1 hari.
2. Jika ada baki, beliau akan masukkan duit baki ke dalam tabung.
3. Beliau tidak masukkan duit ke dalam semua sampul. Katanya ‘risk management’
4. Pada akhir bulan, duit dalam tabung dibahagi dua

— sebahagian untuk reward diri sendiri kerana dapat berjimat
— sebahagian disimpan ditabung financial freedom

Cara Simpan Duit 2

 

UPDATE :
Soalan 1. “Saya takde RM50 sehari, boleh ke buat?
Jawapan 1 : Dulu masa, income kitorang tak stabil, (dalam RM300 sebulan), macam ni juga kitorang buat. Peruntukan wang rumah tu, bahagi 30 hari.

Soalan 2 : Kalau income tak stabil boleh buat?
Jawapan 2 : Disebabkan buat macam ni, kitorang dapat menyimpan sikit-sikit. Lama-lama, simpanan bertambah, dan boleh guna buat modal berniaga yang lebih besar.

Soalan 3 : Kenapa tak letak kat semua hari? Kenapa setengah je?
Jawapan 3 : Itu, cara isteri saya, uruskan risiko. Kalau hilang (nauzubillah minzalik), taklah hilang semua sekali. Lagi separuh, letak pertengahan bulan nanti

TIPS MENABUNG 2

Cara Simppan Duit 3


Tabung Paksa Rela
Saya mula simpan pertengahan bulan 10 yang lepas. Baru lebih kurang satu setengah bulan menyimpan secara paksa rela.

Wang terkumpul ialah RM880.

>> Simpan Duit Yang Anda Pilih Warnanya <<
Pertama sekali, setkan target duit.
Nilai berapa yang nak dijadikan SIMPANAN ANDA + Tempoh masa : 10 bulan
+ Tujuan : Nak gi vacation @ gi Umrah @ nak menikah lagi @ nak beli beg Prada dan sebagainya
+ Duit yang dipilih : RM5 dan RM20 (saya pilih RM20 sahaja)
PERATURANWAJIB :1. Setiap kali anda menerima duit RM5 dan RM20 , anda WAJIB masukkan duit tu dalam TABUNG yang anda dah buat tadi.2. HARAM MUAKKAD untuk anda gunakan duit RM 5 dan RM20.

3. Jika ‘terguna’ sila qada dengan DOUBLE AMOUNT.

4. WAJIBKAN pasangan anda buat benda yang sama.

5. Kalau belum menikah, SHARE lah dengan housemate, roomate anda.

6. JANGAN dok gatai tangan pi pecah tabung tu selagi tak mencapai usia MATANG.

Sumber tips menabung: Nahar Efendy Noordin

CARA 3

Cara Simpan Duit 4

CARA SIMPAN DUIT BERTEMA SEHATI SEJIWA

Kadangkala benda kecil yang kita lakukan bersama pasangan besar manfaatnya tanpa kita sedari. Contohnya, jika pasangan anda jenis liat buat simpanan, apa kata anda yang menjadi penggerak ke arah itu?Sesetengah orang tak akan buat jika disuruh secara paksaan atau terlalu bersyarat. Sudahnya, simpanan entah ke mana pula perginya.

Jadi, kami kongsikan tips simpan duit yang dinamakan ‘Beregu’ oleh Mohd Azwan Mohd Buang sebagaimana yang diposkan melalui laman Facebooknya baru-baru ini.

Kami yakin jika ia dibuat secara kasih sayang dan santai, pasangan pun tidaklah lagi bertangguh-tangguh atau berkira-kira untuk menyimpan, kan? –Siakapkeli.my

1) Sediakan 3 benda:
Pen, Kalender,Balang Kosong.

2) Main O-som dengan husband @ wife.
Pilih korang nak nombor genap @ ganjil.

3) Katakan Suami nombor ganjil, isteri nombor genap:

Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 ke dalam balang, dan tick-kan pada 1hb di kalendar.

Pada keesokan harinya, 2hb isteri korang masukkan RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb kat kalendar.
Dan buat benda yang sama pada hari seterusnya.
3hb masukkan RM3, 4hb masukkan RM4, 5hb masukkan RM5 dan seterusnya.

Senang cerita, korang masukkan duit dalam balang rempeyek tu dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut.
As simple as that.
Dan setiap hujung bulan,

Ini hasilnya….jeng…jeng..jeng…
1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30
= RM465!

Best kan?

CARA 4
Cara Simpan Duit 6
Cara simpan duit untuk pergi travel!

Tampal siap siap negara atau tempat yang kita nak pergi.Sumber Google.

CARA 5
Cara Simpan Duit 5
  1. Dapatkan 12 balang. Takpayah beli balang baru pula tau.
    Botol beli kerepek, biskut raya takpun puding sedut pun bolehguna.
  2. Tampal kertas yang diprint kalendar pada setiap balang.
    Bulan Jan, Feb, Mac dan seterusnya.
  3. Masukkan duit ikut jumlah hari.
    Disiplin, setiap hari!
  4. Masa 1 haribulan,memang mudah!
    Masuk hari ke 20 dan seterusnya haha.
  5. Jangan bertangguh. Konon nak masukkan seminggu terus.
    Kemudian seminggu lagi diam.
    Ianya bukan tentang jumlah duit.
    Ianya tentang habit hari hari menyimpan.
CARA 5
Cara Simpan Duit 7
Macamni pun bagus kan. Aim 12 balang yang comel comel dan aim untuk penuhkan setiap botol pada setiap bulan.
Bulan December bawa 12-12 botol ni ke bank!
Feeling saudagar emas (eh perak) sangat!
CARA 5
Cara Simpan Duit 8

Dipetik dari FB Noraini Othman

Ini bukan nak tayang duit raya. Ini ialah sebahagian hasil simpanan duithijau dan biru idea Tuan Shamsuddin Kadir. Bagi korang semangat nak menyimpan cara ini.

Sebelum ini memang sangat sukar menyimpan tetapi sekarang terasa mudah sebenarnya. Ideanya nak guna duit ini bila nak bayar insurans road tax tapi end up sayang nak guna. Simpan je terus dan semakin bertambah. Perasaan syok dan seronok yang sukar digambarkan apabila ada banyak duit hijau.

Semua orang boleh mulakan dengan duit biru dahulu, kemudian upgrade ke duit hijau dan bagi yang mampu boleh up grade terus ke duit oren.

Asal dapat je duit baki kaler hijau, cepat-cepat diasingkan ke tempat lain. Kadang-kadang tu saja berikan tunai kaler merah supaya dapat baki kaler hijau. smile emoticon

Adik beradik saya dan kawan baik saya semua dah mulakan. Syiok ooo…..

Cuba ya…cuba jangan tak cuba. Feel dia lain macam…

CARA 6

Cara Simpan Duit 9Cara Simpan Duit 10

YA!!! ini kisah benar, nilai wang kertas RM5 tiada nilai buat SAYA sejak setahun lalu..

Setiap kali ada note RM5 dalam dompet, saya akan asingkan dan tak akan gunakan dalam urusan tunai seharian. ‘Totally out from my cash flow!’ Saya setkan dalam minda yang duit kertas hijau ini tiada nilai dan tak berguna. Lama kelamaan habit tu dah masuk dalam ‘subconscious mind’ saya tanpa sedar!

Apa faedah buat camni? Kan ke duit tu?

Ilmu TARIK DUIT ni dah terbukti sebagai salah satu cara saya dapat menyimpan duit tanpa sedar. Yang penting adalah disiplin dan jangan mengelat. Kalau sengaja tukar duit hijau semata-mata nak simpanmemang tak menjadi. Biar pengasingan itu berlaku secara semulajadi dalam aliran tunai kita setiap hari..

Kenapa RM 5? Sebab saya rasa nilai ini yang paling sedang elok kita ‘larikan’. Jika note RM1 mungkin ‘saving effect’ tu lambat. RM yang lebih besar mungkin tak sesuai ‘ditarik’, takut kita terkenang-kenang pula..Jadi RM 5 sangat sesuai!

Anda takkan percaya berapa banyak yang dapat kita kumpul setiap bulan jika mengamalkan kaedah yang saya namakan ‘Take 5 Method’ ini.

Agak-agak saya buat apa dengan duit kertas banyak-banyak ni ye? Saya akan tukarkan kepada simpanan yang juga bersifat ‘forgotten saving’ yang memberi faedah dalam jangka panjang. SIMPAN UNTUNG SIMPANUNTUNG…

Andai kaedah ini berkesan untuk saya, mungkin ia juga baik untuk anda. Cubalah!

CARA 6

Cara Simpan Duit 11
nie nak ajar cara menyimpan,simpan duit ikut tarikh hari..contoh hari nie 1/12 rm1, 2/12 simpan rm2.dan seterusnya simpan jumlah ikut tarikh hari..nanti cukup 30 hari ada dlm rm465..simpan tuk emergency..hahaha

CARA 7

Cara Simpan Duit 12

 

52 weeks money challenge dh abes !

Hari ni nk share tips simpan duit skit. Dec 2015 pun dh nk abes. so dh msk week 52. Sepatutnya mgu ni dh dpt rm1378 dlm tabung. Caranya senang je. Week 1 simpan rm1. Week 2 simpan rm2.week 30 simpan rm30. Dan sampaila week52 simpan rm52.total setahun sehingga week 52 ialah rm1378. Sy buat mcm ni. Dan duit ni dh sy guna last week wat byr yuran sekolah anak2.abes rm800. Yglebih bolehla simpan. So dh xperlu fikir bila anak nk msk skolah nk cr duit.

Utk 2016 kita wat lg byk tabung ok !

CARA 8

Cara Simpan Duit 13

Bagi abang, nak mencari duit taklah susah sangat… Yang susah adalah nak menyimpan duit… Dan abg percaya ramai kawan2 abg yang ada masalah yang yg sama… Masalah menyimpan duit a.k.a menabung…

Abang kongsikan satu cara abg menabung yang mana abg pun baru gunapakai cara nie, 3 bulan lepas…
Abg kenalpasti duit yang abg jarang2 jumpa/terima…. Yaa RM 20 yang bewarna kuning mcm dalam gambar… Abg memang jarang2 dapat duit nie.. Kadang2 dapat hari2, kdg2 dapat 3,4 hari, kadang2 seminggu sekali baru dapat sekeping… So bila dapat duit kertas RM 20 macam nie, memang abg takkan guna, abg asingkan, dan abg simpan satu tempat…

Dan ini hasilnya selepas 3 bulan…
Memanglah jumlahnya tak sebanyak mana sangat.. Dah yang abg simpan pun memang nilainya RM 20 sekeping.. Kalau nilai yang kita simpan RM 100 pasti lagi banyak… Tapi bolehkah kita simpan duit kertas RM 100… Tepuk dada tanya selera… Kalau kita tak boleh mulakan dengan nilai yang banyak, kita mulakan nilai yang sedikit….

Yang benar
– zack samad yang agak boros –

CARA 9

Cara Simpan Duit 15

 

Ni kisahnya dok menabung duit hijau (rm5)Sy start buat sbb jumpe spa ntah share kt fb cara simpan duit macam tu

Duit rm5 tu kan xselalu kite dapat..so sy niat dlm hati setiap keping duit hijau tu sy akan masuk lam tabung xkire la sehari bpe keping pon..tp tu la ujian die bila sehari je kdg2 smpai 6 7 keping duit hijau masuk dlm purse..mula la iman xkuat 😅

Simpan dlm 6bulan kot

Tu pon ade jgk kdg2 pinjam skeping dua buat duit makan bile gaji lambat masuk

Maklumla gaji sy xsmpai 1600 pon..huhuu

Xdisiplin sgt pon akak..mula2 tu beratt sgt nk asingkan duit rm5 tus dgn gaji ciput dduk plak kt tgh2 kl ni..tp bila lama2 buat otometik nmpk duit rm5 rasa sygg sgt nk belanja. Duit tu sy TUKAR pada emas

Rugi sgt rasa lmbat kenal powergold ni..dh byk sgt duit bazir 😁

Adik2 sy nt mmg nak paksa dorg simpan duit beli emas..duit kita ni makin lama dh makin xlaku dh

CARA 10
Cara Simpan Duit 16

 

DUIT TEPI

pernah terbaca sebelum ni kalau rasa susah sangat nak simpan banyak, cuba mulakan dengan cara ni

SIMPAN DUIT YANG PALING SIKIT

contoh setiap kali balance belanja duit rm1 or teringat bila boleh masukkan dalam satu tabung kosong. Tak terasa pun sebab duit rm1. Kadang tak perasan pun kalau masukkan.

Lama2 penuh gak tabung tu. Tetiba je da banyak tanpa sedar. Hee

Nota kaki :
Start simpan pertengahan bulan lepas. Ada duit rm1 je masukkan bila teringat. tadi kemas2 terasa nak kira, eh dah RM75 laaa. Kalau sebulan da RM100-200 gak tak perasan. Lepas dah nak g makan ke,duit minyak ke kan.

CARA 11

 

 

Cara Simpan Duit 17

Saya pecahkan tabung nikah yang saya mulakan sejak saya study dulu sehinggalah seminggu sebelum saya bernikah.Hasilnya ada 5k+ dalam tu.”Takdalah mak mertua kata aku ni sengkek sangat sebab baru habis study time tu. Haha.”

Hari ini, saya pecahkan TABUNG BABY. Bermula sejak saya tahu isteri saya mengandung sehinggalah masa untuk dia persiapkan barangan baby yang bakal dilahirkan (InsyaAllah). DAN hasilnya, InsyaAllah cukup utk beli baju-baju baby dan keperluan si isteri saya. Ada 4 angka juga. Tempoh simpanan 8 bulan.

Jadi kepada kawan-kawan jangan merungut dan beralasan asyik tak cukup duit. Sebenarnya bukan tak cukup duit tapi kita yang tak cukup bersedia.

P/S: Nak kena pi giant beli tabung baru. Ada misi EUROPE TRIP pulak next year. Cukup duit tabung kita pi. Doakan.

Tabung kena yang tak boleh buka untuk keluarkan. Kena pecahkan baru dapat ruyungnya eh duit simpanannya.

CARA 12

Cara Simpan Duit 18

Cara Simpan Duit 19

 

BANYAKKAN TABUNG BERWARNA 2016

1. Tahun baru bermula besok, bagi yang belum bermula. Ayuh kita mulakan.

2. Cari balang kuih raya, biar jelas nampak dimata.

3. Setiap kali jumpa atau terima tukaran wang hijau (RM5) atau jingga (RM20) selitkan celah bedah yang ada.

4. Balik rumah atau pejabat masukkan segera. Tahan nafsu jangan buka, genap setahun kita raya.

5. Tahun lepas koleksi saya RM4755 sahaja, saya yakin kengkawan lebih kaya.

6. Bila ada yang marah kita banyak rumah, kita bermula denganmenabung sahaja.

7. Semua orang kaya didunia melabur dalam hartanah, mereka tidak melabur pada jubah mewah.

8. Jika kita banyak kerja tapi tak menabung, memang kita lelaki tak guna kata Yuna.

Selamat Tahun Baru 2016, Masa Depan Kita Bukan Ahmad Maslan Yang Punya. Berusahalah kengkawan.

‪#‎UsahaHinggaBerjaya‬&KayaRaya
‪#‎BeliRumahSeawalUsia‬

Abah Aqilah Kacak Bergaya

CARA 13

Cara Simpan Duit 20

Cukup rm500 blh joli.
Hahaha tipu ja.Amalkan dpt duit kaler kuning jgn blanja tp sorokkan lps tu transfer dlm cash book folder.

Tahan2 le diri drpd shopping yg x perlu tu. Amalkan window shopping hihi.
Sumber Puan TotYati Mat

CARA 14

Cara Simpan Duit 22

NILAI – Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan suami manja-manjakan.Peribahasa ini memang biasa kita dengar. Persoalannya, bagaimana kalau sayangkan diri sendiri? Itu Azman Samad, 52, ada jawapannya.

“Senang saja, dik. Kalau sayangkan diri, simpan-simpankan,” katanya membuka bicara kepada Sinar Harian.

Berkerut dahi cuba memahami maksud Azman yang cukup mendalam.

Walaupun ringkas dan padat jawapannya, tersembunyi kisah menarik untuk dikongsi bersama pembaca.

Bagi mereka yang belum mengenali Azman, mungkin tidak tahu kelebihan dimiliki bapa kepada lima orang anak ini.

Dahulu, dia perokok tegar yang tampak seperti tidak akan berhenti sampai bila-bila.

Siapa sangka, pejam celik pejam celik, kini sudah lima tahun Azman meninggalkan tabiat itu.

Sebagai pendorong semangat, duit yang sepatutnya digunakan untuk membeli rokok sejak 2010, disimpan dalam tabung.

“Sehari sebelum Tahun Baru Cina, terdetik dalam hati saya nak berhenti merokok. Puncanya, masa tu saya cuba nak minta sebatang rokok daripada kawan.

“Rupa-rupanya, kawan tu dah sebulan tak merokok. Saya pun mula terfikir. Kalau dia boleh, kenapa saya tak boleh?,” katanya yang bekerja sebagai chargeman.

Dengan azam yang tekad, Azman mula menjauhkan diri dari rokok mulai hari itu juga.

“Kebetulan saya teringat pada satu artikel dalam akhbar sekitar 2008. Ada tips untuk berhenti merokok.

“Salah satunya, pastikan kita boleh nampak hasil daripada usaha dijalankan. Jadi saya pilih kaedah menabung,” katanya.

Sebagai permulaan, Azman menggunakan tong cat bersaiz 18 liter yang ditebuk pada bahagian atas.

“Lebih kurang empat bulan kemudian, saya tukar pada tong air sebesar 30 liter yang ada pengunci. Beli di kedai perkakasan di Rahang Kecil.

“Kena buat macam tu, sebab duit syiling asyik berkurang dalam tong cat. Anak-anak suka ambil buat beli makanan ringan,” katanya sambil tertawa.

Menurut Azman, dia memutuskan untuk menyimpan antara RM30 dan RM300 sebulan, berdasarkan harga semasa sekotak rokok pada lima tahun lalu.

“Saya simpan duit syiling saja. Kalau duit kertas, takut rosak kena makan lipas. Kadang-kadang, ada juga duit gaji tak sempat masuk tabung sebab guna untuk keperluan lain,” katanya.

Sejak itu, katanya, bekas tersebut tidak pernah dibuka kecuali dua tahun lepas bagi memastikan duit disimpan berkeadaan elok.

“Itu pun sekejap saja. Bila tengok tak berkarat, terus tutup balik. Tapi dua minggu sebelum puasa tahun ni, terpaksa buka sekali lagi sebab dah penuh.

“Bila kira semuanya, memang terkejut. Ingatkan cuma RM3,000 lebih, rupa-rupanya RM6,115,” katanya.

Ditanya perancangannya, Azman memberitahu, kesemua duit itu disimpan dalam bank untuk digunakan sebagai belanja tambahan ketika menunaikan ibadah haji, September nanti.

“Rasa macam mimpi, dah lima tahun berhenti merokok. Selain bertambah sihat dan dapat simpan duit, saya boleh jadi contoh teladan pada anak-anak.

“Terus-terang, saya memang tak suka anak merokok. Tapi kalau saya sendiri tak berubah, macam mana mereka nak dengar. Nampak cakap tak serupa bikin,” katanya.

Sementara itu, bercerita mengenai kejayaan suaminya yang mula menjadi perhatian umum di Facebook pada 27 Jun lalu, Rasidah Mawahid, 46, punya komen tersendiri.

“Akak mula terfikir nak masukkan kisah abang lepas baca pengalaman seorang kawan dalam Facebook yang turut menabung duit syiling untuk suka-suka.

“Tak sangka lepas muat naik gambar dan cerita, jadi tumpuan ramai. Setakat ni, lebih kurang 9,068 orang berkongsi cerita tu,” katanya.

Menurut Rasidah, tidak dinafikan, mula-mula dia agak takut kerana perbuatan itu dilakukan tanpa pengetahuan Azman.

“Tapi perasaan tu hilang bila tengok respons positif daripada abang. Dia dapat tahu daripada salah seorang jemaah yang ucap tahniah selepas solat terawih, bulan puasa lepas,” katanya.

Bagi Azman pula, tiada apa yang hendak dikatakan kecuali berharap kisahnya dapat menjadi contoh dan perangsang kepada mereka yang sedang berusaha untuk berhenti merokok.

“Cuma pesan saya, benda ni macam buat jeruk. Kalau kerap sangat rasa, nanti belum sampai masa dah habis.

“Sama juga halnya dengan menabung. Tak payah nak peduli dah simpan berapa banyak. Penuh nanti, baru ambil tahu,” katanya yang akan meneruskan aktiviti tersebut.

CARA 15

Bismillah…

Ini tabungan fizikal saya spnjng 2015… Setiap tabung ada fungsi masing².. Setakat ni, Alhamdulillah berjaya disiplinkn diri dan tak tergoda utk seleweng duit tabung, walopun x berdosa pun seleweng tabung sndr.. Mari berdisiplin menabung… Menabung amalan mulia.

1916987_10153369333427677_8590636099120016678_n

 

TABUNG KECEMASAN

Jumlah Tabungan:
RM300 setiap bulan.

Tempoh Matang:
Setiap bulan, bila² masa memerlukan.

Contoh Penggunaan:
Rawatan perubatan anak di klinik.. Since kami suami isteri ni civil servant, tiada klinik swasta yg nak bg rawatan percuma. Terpaksa la wujudkan tabungan khas… Kalau dlm bln tersebut, duit ada baki, just carry forward utk next month..

Utk mereka yg mmg dah ada klinik panel, boleh guna tabungan ni untuk situasi lain… Contohnya, tetiba bateri kereta kong ke, nk kena tukar tayar ke.. Definisi cemas tu sndr berbeza bg setiap keluarga, kan? smile emoticon

2016:
Tabung ini akn dikekalkn dgn jumlah yg sama (masih juga share 50:50 dgn suami). Penambahbaikannya, nak simpan semua resit yg nk claim guna tabung ni. So bleh tau apa, berapa, bila yg cemas benoo tu

 

1934609_10153369333432677_8978939316363827879_n

 

TABUNG PERCUTIAN


Jumlah Tabungan:
RM200 setiap bulan.

Tempoh Matang:
Cuti sekolah pertengahan penggal atau cuti sekolah akhir tahun.

Contoh Penggunaan:
Tahun ni, abg hadif berzikir nk g Legoland.. Kalau sesaja nk pergi tanpa bajet, azab jugak kot.. Tiket mahal, minyak, tol, hotel, mkn minum etc… Jadinya dr awal tahun dah set nk g Legoland hujung thn nnt, dengan syarat abg hadif kena habiskan Iqra 3 dan Bacalah Anakku 6..

Bulan Okt yg lps, abg hadif berjaya habiskan Iqra 3,tp kurang lancar pada hukum ‘nun mati’ dan ‘sabdu’maka kita repeat blk spnjng awal cuti sekolah… Kat kedai mkn smntara menanti order pun baca Iqra jugak…

Hasilnya dpt la g Legoland beberapa hari lps.. Slps tolak duit beli tiket masuk Legoland, short vacay di Bukit Tinggi n check in hotel kat Tganu, ada baki dlm 1.5k lg utk 2mlm stay kat hotel, minyak, tol, makan minum n blanja2 lain…

Seronok ada tabungan ni.. Selain utk reward kejayaan anak, dpt jugak reward diri sndr yg penat bekerja.. Gini je la marhein reward diri.. Takde la smpai gi London, Ostolia bagai grin emoticon

Dah ada tabung ni, berenti makan pun, order je apa nak… Kat restoran ikan bakar pun, order segala jenis seafood tanpa ragu2 sbb tau ada tabung nk bayarkan… Makan kat restoran dlm Legoland yg serba mahal tu pun, boleh la mkn tanpa susah hati… Syok sbb tak kacau duit simpanan tabung haji or gaji bulanan…

Tahun2 sblm ni, pernah guna tabungan ni utk ke Melaka, Morib Gold Coast, USS Singapore etc… Dkt2 je pun bercutinya tongue emoticon

2016:
Tabungan ini dikekalkn dgn jumlah yg sama dan pencarum yg sama 50:50 husband n wife… Baki 2015 ada lg RM179… grin emoticon

P/s: semua org mampu bercuti… Berapa nk contribute monthly bergantung bajet masing².. Paling tidak, if simpan sorang rm25 pun, sebulan husb-wife dah ada rm50, setahun dah ada rm600… Ok la tu kan

10334268_10153369333522677_3333912071732580222_n

 

TABUNG ABANG & ADIK

Jumlah Tabungan:
Tidak tetap.. Mengikut berapa jumlah yg disedekahkan oleh saudara mara dan rakan taulan.

Tempoh Matang:
Setiap kali selepas musim perayaan. Biasanya setahun sekali, lps habis Syawal akn bank in duit ni ke Tabung Haji… Kalau sblm Syawal dah byk terkumpul, akn belikn emas for both kids.

Contoh Penggunaan:
Bukan untuk digunakan sewenang²nya.. Ini wang milik anak².. Ibubapa hanya pemegang amanah.. Boleh digunakan untuk tujuan pendidikan anak² shj… Jgn dok guna buat tukar sport rim plak tongue emoticon

Utk abg dan adik, seawal usia 2bln, mereka dah ada tabungan sendiri di Tabung Haji dan akaun emas di Kuwait Finance House.. Sumber dana utk 2 tabung ini, selain sedekah org ramai, dicarumkan juga RM25 seorang setiap bln melalui potongan gaji terus ke akaun TH…

Duit adik setakat ni belum terusik… Duit abg ada dh guna 2k masa g umrah n few hundreds utk cover yuran tahunan tadikanya yg mencecah 1.8k tu…

2016:
Tabung masih dikekalkan.. Actually, saya byk follow arwah abah bab pengurusan kwgn ni.. Abah dulu gaji kecik je, ank 7org.. Tapi ttp buat potongan gaji rm5 setiap ank terus masuk ke TH.. Duit² raya plk masuk akaun BSN.. Masa form 1 dok kat asrama, abah bgpegang buku BSN sndr utk kegunaan jika perlu.. Bila masuk metrik plak, dpt pegang buku akaun TH sndr..
RM5 yg abah simpan bulan² tu, menghasilkan lebih dari 1k jugak masa saya di metrik.. TQ abah smile emoticon

10612695_10153369333527677_1052800490360641091_n

 

TABUNG TONE EXCEL

Jumlah Tabungan:
Tidak tetap. Mengikut jumlah komisyen diberikan.

Tempoh Matang:
Erkk.. Belum tetapkn tempoh matang.. Tabung baru bermula Mac 15.

Contoh Penggunaan:
Belum pernah digunakan. Cadangan asal nk reward diri beli apa² yg disukai tapi rasa mcm membazir pulak.. InsyAllah akn digunakn sbg modal awal pelaburan ke mana² unit trust yg patuh syariah.

Komisyen tone excel adalah pendapatan pasif saya. Bila topup, dpt komisyen.. Rekemen pd kawan², dpt komisyen lg… Kawan² topup fon pun kita dpt komisyen… Nilai sen² tu bila dikumpul byk jugak rupanyagrin emoticon

Saya tak gunakn duit ni sbb mmg anggap duit ni x wujud… Apa tak nya, berbelas tahun guna meksis, sekupang pun x dpt apa… Hihihi tongue emoticon

2016:
Tabung dikekalkn.. Jom bertukar kpd tone excel

 

12390895_10153369333537677_3751557203489664683_n

TABUNG SYILING


Jumlah Tabungan:
Tidak tetap. Mengikut jumlah lebihan syiling yg ada.

Tempoh Matang:
Serentak dgn tempoh matang Tabung Abg Adik… Akan bank in sekali di Tabung Haji..

Contoh Penggunaan:
Sama seperti kegunaan tabung abg adik..

2016:
Tabung dikekalkn

1937172_10153369333622677_8612826451794557097_n

 

TABUNG BISNES

Jumlah Tabungan:
Modal maksima hanya RM1.2k..

Tempoh Matang:
Sekiranya melebihi 1.2k, akn di bank in ke akaun bisnes di bank.

Contoh Penggunaan:
Belian barang niaga dan terimaan hasil jualan secara cash..

2016:
Tabung dikekalkn smile emoticon

Sedikit info, saya mulakan bisnes dgn modal RM0.. Berniaga secara dropship shj.. Ada org order brg dan bayar duit, baru saya placed order pada supplier.. Mmg tak berani langsung nk keluarkn modal sndiri.. Nk buat loan utk modal bisnes lagi laaa tak mungkin… Jadinya simpan la sikit² duit untung berniaga.. Untung dua ringgit pun simpan jugak… Alhamdulillah,
hasilnya dah mampu borong barang niaga, ada stok sndr dan ada ejen dropship sndr… Modal utk borong barang
semuanya hasil keuntungan seringgit dua yg disimpan berdikit² tu…

Berniagalah sekalipun engkau telah kaya

10336728_10153369333642677_4768114521045904138_n

TABUNG UMRAH / KERETA


Jumlah Tabungan:
Tidak tetap. Mengikut jumlah lebihan gaji yg ada. Ok, klu nk diikutkan mmg takkan ada lebihnya gaji klu kita belanja sblm menabung.. Disiplinkn diri menabung sblm belanja..

Kenaikan gaji tahunan TANPA penambahan tanggungan adalah WAJIB disimpan. Contohnya gini, Julai 2015
saya dpt kenaikan gaji tahunan RM225.. Tiada penambahan tanggungan bermaksud tiada baby baru atau
hutang baru ketika itu.. Jadinya RM200 wajib simpan.. Selain tu, saya main kutu sekolah RM300 sebulan Jan-
Okt, jadinya lebihan 300 pada Nov dan Dis wajib disimpan juga..

Tempoh Matang:
Akan di bank-in ke Tabung Haji jika mencapai 1k..

Contoh Penggunaan:
Sehingga Feb 2015, Alhamdulillah tabungan mencukupi utk kami sekeluarga ke tanah suci, maka bermula Mac
2015 target adalah utk settledkn loan kereta yg masih berbaki puluhan ribu (pitam sat)

2016:
Tabung dikekalkn smile emoticon

9851_10153369333627677_684052168490376975_n

 

TABUNG PENALTI

Jumlah Tabungan:
Bergantung kpd kutipan. RM5 penalti jika menggunakan smart phone pada family prime time (6pm to 10pm)

Tempoh Matang:
Ntah la bila nk matang.. Kutipan tak memberangsangkn sbb byk ngelat tongue emoticon

Contoh Penggunaan:
Ada pun sikit.. Tak gamak nk guna..

2016:
Tabung dikekalkan. Penalti di tambah, selain penalti 2015, RM5 turut dicaj sekiranya menggunakan gajet di
meja makan.. Saya personally mmg rasa bersalah kat anak²… Pergi keje seawal pagi, blk sekitar jam
2.30pm.. Uruskn bisnes, pos brg, layan kastemer.. Ptg dah penat… Uruskan kerja² dirumah pulak (tu pun
husband bykkk bantu).. Bila ank blk dr tadika, dah penat nk layan depa.. Bila penat, mula la nk marah…
Kesian anak².. Moga² 2016 ini, segala khilaf dpt dibaiki.. Saya berazam nk gunakn masa 6-10pm sebaik
mungkin utk ank² tanpa gangguan gajet.. Saya mengaku kecanggihan teknologi dan kos sara hidup yg tinggi
sememangnya telah menarik masa² emas yg sepatutnya diluangkn dgn anak² frown emoticon

7337_10153369333702677_7015302716736613194_n

 

TABUNG MATA WANG ASING

Jumlah Tabungan:
2-3 keping je setiap mata wang.

Tempoh Matang:
Tiada tempoh matang.. Untuk kenang²an shj..

Contoh Penggunaan:
Bkn utk digunakan tongue emoticon

2016:
Tabung dikekalkan.. Sekadar menyimpan wang asing dari negara² yg pernah dilawati… (Bkn wang asing beli kat money changer tau..kihkih)

Recommended Articles

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *