Di dalam dunia pemasaran digital, belajar buat blog dan penulisan blog adalah skil yang sangat penting dan bermanfaat. Pemasaran disini bukan sahaja untuk imej perniagaan, malah juga untuk imej sendiri ya. Kalau tak percaya, cuba letak nama satu syarikat, influencer tertentu. Ataupun katakunci produk atau servis tertentu seperti “print sticker Shah Alam”, “nasi ayam kampung Bangi”, …Dekat mana ranking nama tersebut dalam carian Google? Kalau terletak di ranking teratas mukasurat pertama Google, kita pun lebih cenderung untuk beli produk yang yang tinggi ranking cariannya kan?
Bagi seorang Blogger pula, buat dan cara tulis blog ni memang dah jadi resam dalam hidup. Ilmu tulis blog kena ada di hujung jari. Jom baca artikel ini sampai habis untuk tahu dekat mana anda perlu bermula ya.
Kenapa Usahawan Perlu Belajar Buat Blog dan Tulis Blog
[1]
Memiliki blog perniagaan adalah penting jika berniaga secara online untuk meningkatkan lagi online presence.
Akaun media sosial sahaja tidak mencukupi jika anda serius untuk berniaga secara online. Online presence, atau keberadaan kita di dunia atas talian kita boleh dipertingkatkan lagi dengan adanya blog khusus untuk perniagaan atau servis.
Audit Online Presence Bisnes Usahawan: Cuba taip (1) jenama bisnes sendiri contoh: Lunaworks.co; (2) servis dan lokasi bisnes contoh: baiki kereta shah alam; (3) masalah yang bisnes atau servis kita boleh selesaikan contoh: cara ganti tayar kereta bocor.
Di manakah online presence atau keberadaan kita di enjin carian Google? Adakah anda tersenarai di halaman pertama mukasurat Google dengan audit-audit tadi?
Mempunyai blog dan website sendiri adalah permulaan ke arah membantu search engine Google menjadi ‘mesra’ dengan page kita, dan seterusnya menaikkan rank katakunci atau keyword berkaitan.
[2]
Tulisan blog adalah tulisan yang evergreen, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Pemasaran dengan content marketing tidak cukup dengan hanya membuat siaran langsung LIVE di Facebook, IGTV, video TikTok. Tulisan dan infografik berupa bacaan santai juga menjadi medium yang bagus dan mesra perbelanjaan, jika kena caranya.
Belajar tulis blog untuk menambahkan pengisian content marketing untuk bisnes usahawan. Tak rugi belajar buat blog untuk platform yang evergreen kerana tulisan di blog akan kekal selagi search engine seperti Google wujud.
Tak percaya? Cuba taip satu jenis produk. Perhatikan tarikh yang tertera pada sesetengah blog yang naik ke ranking di halaman pertama Google. Ada diantaranya yang dah lebih sepuluh tahun kan?
[3]
Buat permulaan, usahawan boleh menulis blog di platform yang PERCUMA, jika kena caranya
Sehingga ke hari ini, tiada daftar kata rasmi dalam bahasa Melayu tentang pengertian blog. Namun, di dalam kamus bahasa Inggeris, rata-rata mendaftarkan makna blog sebagai tempat untuk berkongsi artikel yang disiarkan secara berkala. Blog ditulis oleh individu atau organisasi tentang topik atau peristiwa tertentu, dan penulisan tersebut biasanya diiringi dengan link-link gambar atau pautan ke website lain.
Bergantung kepada tujuan anda memiliki blog, anda mungkin tidak perlu untuk memiliki domain berbayar, memadai menulis di subdomain sahaja seperti WordPress versi percuma atau Blogspot.
Namun, versi percuma dan versi berbayar semestinya ada perbezaan ketara kan? Salah satunya adalah customization yang kita boleh gunakan. Kalau masuk ke kelas blog, kita akan cover juga jenis blog yang sesuai untuk niche bisnes usahawan ya.
[4]
SEO melalui penulisan blog
Nak cerita tentang SEO (Search Engine Optimization) ni sangatlah panjang. Hint dia dekat sini ada kaitan dengan kenapa Lis minta usahawan audit online presence usahawan guna keywords tertentu tadi. Pendek kata, salah satu cara SEO dinilai oleh Google tadi adalah dengan cara kita apply keywords tertentu di dalam penulisan blog.
Untuk menjadikan enjin carian Google ‘mesra’ dengan tulisan online kita, blogger perlu aplikasikan teknik menulis mesra SEO untuk naikkan ranking tulisan blog tadi. Ia mungkin memakan masa, namun kita boleh latih team atau staff marketing untuk mahirkan teknik ini untuk bantu menulis blog bisnes juga andai kata kita tak cukup masa untuk menulis sendiri.
Apa Kata Bekas Peserta Belajar Buat Blog dengan Lunaworks?
Jom belajar berblogging dengan Puan Suraya Ali (Cik Sue) dan Team Lunaworks di link ini: https://ezy.la/SEOWORDPRESS.
Nota dan rakaman disediakan untuk peserta ulangkaji pada bila-bila masa. Support group juga disediakan untuk pembelajaran berterusan.
Baca tips untuk rajin menulis setiap hari oleh Puan Suraya Ali disini.