Blog

Entri ke 3 – Cabaran Blogging 40 Hari (Arwana Pulau Perhentian)

Entri ke 3 – Cabaran Blogging 40 Hari
———————
Satu hari Cik Sue kena tulis 3 entri dan ini entri terakhir. Aci kan tulis sikit sikit sikit kemudian post.Cik Sue stay di Arwana Perhentian Resort.
Sebaik sahaja tiba di lobi Cik Sue rasa macam pernah ku sampai ke tempat ini iaitu pada 6 tahun lepas.

Masa tu masih bekerja dan menyertai company trip tahun 2008.
Apa yang boleh Cik sue ingat mengenai tempat ini adalah makanannya yang sedap, biliknya yang selesa dan cantik, swimming pool dan facilities seperti SPA dan pelbagai cuma Arwana Resort tiada private beach.

Ianya sangat shariah compliance dan tiada orang yang baring baring di pantai berjemur. Hihi.

Cukup selesa untuk orang dewasa dan berkeluarga namun jika anak muda tidak berapa challenging tempatnya.
Ia hanya sekadar pendapat Cik Sue hihi.

Oleh kerana baru mula berblog, Cik Sue kena cari mood semula dan sentiasa berfikir sebagai blogger.

Blogger ini bercakap didalam kepalanya.
Sentiasa fikir bagaimana mahu tulis dan menyampaikan dalam bentuk tulisan.
Selalu fikir gambar ini nak matching dengan caption apa.
Dan kebiasaannya blogger adalah pendiam — seperti Cik Sue hihi.

Blogger juga pemalu.
Dahulukan bila Cik sue ambil gambar bersama kadang kadang kawan mengusik cepat senyum nak masuk blog popular — Cik Sue pula malu mahu upload gambar itu.

Samara.jpgJadi untuk trip #pulaujutawan2014 ini Cik sue wakilkan pink turtle ini namanya Samara.
Green turtle ini milik Encik Suami — dia mahu juga hihi. Namanya tak tahu.Sekarang Cik Sue tengah duduk duduk di lobi sambil menanti waktu makan tiba.
Sambil merindu dan mendoa orang orang yang ditinggalkan.
Merangka apa yang boleh dicapai.
Mensyukuri apa sahaja yang pernah dan sedang nikmati.

Ku tanggalkan baju dunia, untuk ku salut selimut syurga.

#samara
#pulauperhentian
#pulaujutawan2014

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *