Akan Datang eUsahawan Kelas

eUsahawan MDEC 2023 | Coach Suraya Ali

eUsahawan MDEC 2023

eUsahawan MDEC 2023 kini kembali lagi! Terdapat ramai barisan coach bertauliah yang ditampilkan, dan Coach Suraya Ali iaitu Cik Sue sendiri merupakan salah seorang daripadanya.

Untuk pengetahuan anda semua, program eUsahawan MDEC 2023 ini merupakan sebuah program atau kursus yang dianjurkan khas buat para usahawan di seluruh Malaysia yang ingin mempelajari tentang pemasaran digital secara PERCUMA.

Antara Strategi Pemasaran Digital Trending yang Bakal Diajar Jika Anda Menyertai eUsahawan MDEC 2023

  • Asas Perniagaan dan Kewangan
  • Search Engine Optimization (SEO)
  • Facebook untuk Pemasaran
  • Instagram Untuk Perniagaan
  • Tik Tok untuk Pemasaran
  • Teknik Whatsapp Business

Penafian: Kandungan program mungkin berubah mengikut modul terbaru eUsahawan bergantung kepada keputusan pengurusan.

Apa yang paling menarik ialah, sijil akan turut disediakan buat kesemua para peserta yang hadir dari permulaan sehingga kelas tamat!

Jom Kenali Sedikit Sebanyak Tentang Coach Suraya Ali

Rasanya, ramai usahawan lebih mengenali Coach Suraya Ali dengan nama pentas iaitu Cik Sue. Kalau lihat di mana-mana platform pun, memang semua orang akan gunakan gelaran ‘Cik Sue’ ni…

Untuk pengetahuan semua, Cik Sue merupakan seorang Business Coach, Trainer dan juga penulis beberapa buah portal blog di bawah kendalian perniagaan sendiri. Lunaworks Alliance PLT nama diberi.

Cik Sue pernah bekerja dalam bidang IT selama 5 tahun sebelum memulakan perniagaan dalam bidang runcit barangan bayi ‘Lunatots‘. Senang cerita, Cik Sue dah miliki pengalaman yang lama dalam bidang perniagaan selama lebih 13 tahun.

Walaupun begitu, kini Cik Sue lebih fokus ke arah bidang kerjaya sebagai seorang Jurulatih (Coach/Trainer) dalam bidang Keusahawanan Digital. Cik Sue juga telah berjaya bekerjasama bersama Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) untuk Program eUsahawan sejak tahun 2016, bagi membantu para usahawan di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Cik Sue pun selalu mengadakan sesi training pemasaran digital terutama dalam bidang konten untuk pelbagai jenis agensi, universiti dan organisasi.

Apa Antara Kelayakan & Anugerah yang Cik Sue Ada?

– Ijazah IT (Data Communications), Multimedia University Malacca
– Advanced Certificate Digital Marketing Institute, Ireland
– Diploma in Digital Entrepreneurship LRN
– SME @ University (Innovations) UiTM Shah Alam
– Google Analytics and Google Adsense Certified Trainer
– Facebook Lead Trainer Malaysia
– Certified Trainer for Directive Communications Psychology
– Student Coach for ACC International Coach Federation (ICF)
– Awarded as Most Popular Trainer (Social Media) in 2018 by MDEC
– Awarded as Best Trainer April 2020 by MDEC (based on participants number)
– Awarded as Top Trainer Most Reporting Sales 2021 by MDEC
– Coach PeDAS (Perkhidmatan eDagang Setempat Pusat Internet Desa) (MDEC)
– Coach VEST (Varsity Entrepreneurs Skill & Talent) (Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Fizo Omar Channel
– Invited as Business Coach for Usahawan Desa Programme TV3

Ini baru sedikit sahaja yang dapat Cik Sue kongsikan. Maaf tak dapat kongsikan semua, tapi sebenarnya banyak lagi title yang telah Cik Sue pernah peroleh, cuma tidak semua dapat dikongsikan atas tujuan privasi…

Feedback Para Peserta Coach Suraya Ali

Memang rugi sangat kalau anda tak dapat join kelas bersama Cik Sue untuk program eUsahawan 2023 kali ini. Sebab, Cik Sue akan berusaha untuk ajar anda sehingga pandai dalam bidang pemasaran digital, lebih-lebih lagi dalam bidang Search Engine Optimisation (SEO) tau!

Kalau tak percaya, anda bolehlah baca review-review para peserta kelas-kelas Cik Sue sebelum ini, di sini. Kalau malas nak tekan link, mari Cik Sue screenshot beberapa hasil review yang terdapat di laman Google tersebut.

Peserta Iliey Rashid
Peserta M Zulqarnain Zainuddin
Peserta Ros Wati

Nampak tak betapa seronoknya mereka belajar dalam kelas Cik Sue? Sesi kelas Cik Sue biasanya memang santai, seronok dan tak stressful la senang cerita. InshaAllah, kita semua akan belajar dalam keadaan gembira!

Syarat Menyertai Program eUsahawan MDEC 2023 Bersama Coach Suraya Ali

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Mempunyai perniagaan sendiri.
  • Boleh rekodkan jualan di dalam laman web MDEC bagi tujuan tracking.
  • Berminat menyertai bootcamp digital marketing dan mentoring bersama Coach eUsahawan 2023 – Suraya Ali.
  • Mempunyai gajet dengan sambungan internet yang stabil seperti telefon pintar, tablet, komputer dan sebagainya.

Kalau dah cukup syarat, tunggu apa lagi? Cepat sertai kelas eUsahawan MDEC 2023 bersama Coach Suraya Ali hari ini, sebelum slot penuh ya! Jom semak tarikh dan daftar slot kelas PERCUMA anda di sini.

Untuk mendaftar kelas PERCUMA mengikut tarikh-tarikh tertentu, anda juga boleh pilih pautan di bawah. Namun, pastikan HANYA SATU TARIKH sahaja yang dipilih ya!

Klik di sini untuk dapatkan senarai penuh tarikh kelas eUsahawan MDEC 2023.

Pssst, nak dapatkan lebih banyak artikel seperti “eUsahawan MDEC 2023 | Coach Suraya Ali”? Jika ya, jangan ketinggalan untuk mendapatkan ilmu dan isu semasa terutamanya berkaitan dunia perniagaan dan pemasaran digital di portal LunaStory.com!


Penafian: Kandungan program mungkin berubah mengikut modul terbaru eUsahawan bergantung kepada keputusan pengurusan.

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *