Blog

Nota Usahawan

Nota Usahawan 1 Mei 2015

Nota usahawan ini adalah hasil dapatan saya semasa ke AGM BRO — Bumiputera Retailers Organization semalam.
Kombinasi usahawan PUNB, PUNB dan beberapa Member bersekutu.
Saya rasa sukar mahu buka mulut rasa kecil orang lain dalam kumpulan besar — Ameer Mydin, CEO PUNB, Faroz Jakel, Habib, Next.

Buat satu satu.
Waktu ambil makanan — saya ucap terima kasih pada Presiden BRO — Datuk Khairul Anwar Muhammad Tawi untuk his inspiring speech. Beliau ajak duduk semeja sewaktu makan.
16 tahun pengalaman jatuh bangun bisnes beliau dalam trading kad prepaid.
Part time MLM sewaktu bekerja.
Suka berdikari, mahu lakukan yang terbaik.
Mutiara kata ini saya kutip sepanjang bersama di Program BRO tadi.

Nota Usahawan untuk dijadikan panduan.

1. Whatever happens, just don’t stop.

2. Hardship won’t kill us, the feel of complacent will do it

3. Speak the facts, treat everyone with respect.

4. Ini bidang Retail dan wholesale. Usah malu berkata-kata. Update –> branding –> marketing –> communication

5. Saya ingat pesan — it’s not about how many times you fall, it’s about how many times you bangkit after you fall.
Jatuh 7 kali bangkit semula 8 kali.

Waktu jatuh tertiarap, usah makan pasir dan give up.
Jika jatuh sekalipun, biarlah jatuh terlentang — boleh sambil sambil menghitung bintang. Hehe.

6. Bisnes bersistem. Tampung kebocoran.
Bukan tentang berapa cepat kita naik. Namun berapa lama kita bertahan.
Margin prepaid kecil, dia perlu tahu kad mereka diambil oleh siapa dan dimana dan berapa terjual.
Sekecil perkara duit dah di bank in dan ke akaun mana.
Kita mungkin boleh buat duit.
Tapi bolehkah kita tampung kebocoran?

7. 6 tahun berniaga ada problem sana dan sini. Itu biasa. 16 tahun saya berniaga — syarikat besar juga ada problem.
Do you think I will stop? No I won’t.
Maniskan muka, berbahagia, doa pada Dia.
Selesaikan satu satu — nanti yang lain datang pula.
Maksudnya, masalah itu biasa.
Biar berniaga atau bekerja.
Saya masih belajar.

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *