fbpx

Part 1 – Episod Melaka

MMU 20 tahun lepas.Saya dan suami (W) sama IT course. Jadi rapat sebab selalu jumpa dan keluar ramai-ramai (dalam 5 ke 6 orang) pi makan, pi IT expo cari thumbdrive, pi hiking.

Masa tu kami betul-betul kawan aje. Cuma ada satu moment tu orang lain tak ada tak tau pi mana. Rasanya balik kampung. Saya di Melaka sebab siang kerja part time kut. Jadi kami pi makan berdua.

Waktu tu saya ‘kawan’ dengan orang lain. Dah kenapa kawan yang ni ada tanda (‘).Kita namakan X lah eh macam jenama sabun pulaaaaa. Y lah Y.Dan W pun dah ada ‘kawan’. Jadi kami betul-betul bersembang topik borak-borak biasa.Dengan kawan yang lain pun saya ada juga makan berdua kalau dah yang lain busy.

Masa tu W cakap sesuatu “Kalau Y concern dan sayang kat ko mesti dia ada kat sini.” Ha macamtulah lebih kurang sebab masa tu cuti trimester. Kat sini tu Melaka lah. W pun balik kampung tapi dia balik harini sebab malam semalam saya call dia sebab blackout. Tapi saya bukan call dia seorang. Dan call tu pun sebab tak ada elektrik nak main The Sims jadi borak dengan kawan topik macam-macam.

Sambil mengunyah roti john RSI, saya tanya dia balik “Yang ko ada kat sini kenapa, ko sayang ke kat Sue?” Bahasa diri pun ko dan Sue.Masa tanya semula tu sumpah tak ada maksudkan apa-apa.

Dia diam.Saya pun diam.Lepastu habiskan makanan, bayar, terus balik rumah masing-masing dan evaluate balik perasaan. SMS pun mahal 30 sen waktu tu.

Sekian. Gambar dari drama Oh My Hometown Cha Cha masa Yoon Hye Jin cakap bukan senang orang nak korekkan isi ketam untuk kita kecuali orang yang kita sayang. Hati tak pernah menipu.Mulut cuma membantu.Kena tanya kalau tak pasti dan nak tahuuuu.Cik Sue baru tulis part satu.

Suraya Ali

Suraya Ali is the founder of Lunaworks and the author of Travellis Jepun (Tokyo). Her focus is on Digital Marketing Training and Coaching. She holds a Bachelor Degree in IT (Hons) Data Communication from Multimedia University. Her expertise is in blog, content and Search Engine Optimization (SEO). She is a Certified Master Trainer eUsahawan by MDEC since 2016. She is also one of the Facebook Lead Trainer representing Malaysia. Certified as Digital Marketing Professional by Digital Marketing Institute Ireland and have a Diploma from LRN Level 3 Digital Entrepreneurship. Business Coach for VEST and PeDAS and Digital Small Business Accelerator (DSBA) Programme by MDEC . A gold member with 100% MTL of BNI Spektra, Malaysia. Coach, Writer and Trainer.

Leave a Reply

%d bloggers like this: