Blog Kesihatan

Perkhidmatan Rawatan Psikiatri & Psikologi HPUPM

Artikel ini ditulis pada Januari 2024.
Saya telah menghadiri ‘Parenting with Confidence Workshop’ pada 8 & 9 Oktober 2018. Ianya adalah bersempena World Mental Health Week Celebration. Lokasi ialah di Bangunan UPM Child & Adolescent Psychiatry Clinic. Saya hadir sebagai salah seorang speaker yang berkongsi tajuk ‘Bottle or nature? Breastfeeding and parenting.’

Sebelum bergiat aktif dalam bidang latihan pemasaran digital, saya menceburi bidang retail barangan bayi dan bergelar konsultan laktasi.

Jemputan dari Dr Ruziana yang saya pertama kali jumpanya waktu kami on air bersama di TV Al Hijrah tahun 2018. Masa sebelum ke udara tu saya ingatkan pengacara dah sampai awal dan tunggu bersama dalam bilik tetamu. Rupanya beliau adalah tetamu hari itu juga! Punyalah lawa dan cantik Dr Ruziana ni!

Ok, sambung ke tajuk blog ini.

Semasa dalam program 2 hari ini saya dapat banyak flyers tentang kesihatan mental. Walaupun mungkin info ini dah banyak di Internet tapi saya tetap nak menulisnya semula.

Sumber Facebook

Sumber ialah flyers.
Semoga individu yang sedang mencari informasi ini dapat manfaat dari perkongsian ini.

Perundingan Psikiatri & Psikologi

Untuk Dewasa
Fungsi kognitif dan Intelektual
Personaliti
Neuropsikologi Attention
Behavioral Communication/
Penilaian Status Mental
Untuk kanak-kanak dan remaja:
Penilaian kognitif dan adaptif (contoh IQ kemahiran hidup harian)
Gangguan perkembangan (contoh autisme, sindrom Asperger)
Pencapaian akademik (Contoh keterampilan membaca, matematik, bahasa reseptif dan ekpresif, pemahaman)
Masalah tumpuan perhatian (contoh ADHD)

Jangan risau kalau kita tak tahu yang mana satu masalah kita sebab pakar akan memberikan term yang sesuai untuk situasi kita/.

Ada juga Intervensi Psikiatri & Psikologi.
Untuk Dewasa.
Masalah tingkahlaku anak-anak
Masalah perhubungan dan
Masalah tekanan dan tempat
Masalah kebimbangan
Masalah ketagihan
Grief & brievement
Masalah personaliti

Untuk kanak-kanak dan remaja
Masalah tingkahaku
Membina keyakinan diri
Masalah kebimbangan
Masalah kemurungan
Masalah pembelajaran
Terapi yang dilakukan
Farmakoterapi
Psikodinamik
Cognitive Behavior therapy
Dialectical Behavior therapy
Interpersonal psycotherapy
Family theraphy
Couple/Marital/Sexual therapy

Langkah-langkah untuk mendapatkan temujanji di klinik ini:
1. Pergi ke klinik kesihatan dan bawa surat
2. Tarikh temujanji akan diberikan
3. Daftar di Klinik Psikiatri HPUPM dan bertemu dengan Pakar Psikiatri /Psikologi

Perkhidmatan ini ditawarkan oleh:
Pakar Psikiatri
Pakar Psikologi Klinikal dan pelatih psikologi klinikal (yang diselia oleh pakar psikologi)
Jabatan Psikiatri UPM

Perkhidmatan Rawatan Psikiatri & Psikologi HPUPM

Makmal Sains Tingkahlaku Universiti Putra Malaysia,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang.
Tel : 03-89472717

Jabatan
Fakulti Perubatan dan Sains
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang, Selangor.
Tel : 03 8947 2540
Emel : medic_ipsi@upm.edu.

Waktu Klinik
8.00 pagi – 5.00
(Isnin – Jumaat)

Suraya Ali merupakan seorang trainer, coach dan blogger dalam bidang pemasaran digital. Profil beliau di link ini. Untuk sebarang jemputan latihan, emel ke lunaworks.co@gmail.com

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *