Blog

9 Perkara mengenai Televisyen (TV) yang Ibubapa Mesti Tahu

Ibubapa bagi setiap generasi memandang muzik dan media generasi seterusnya sebagai ancaman — sebaliknya muzik zaman kita tidak (kerana kita rasa kita pandai memilih).

Secara alami, manusia akan menerima apa sahaja nilai (value) yang membesar ‘bersamanya’ dan menolak sesuatu yang baru (dengan peratusan penolakan yang berbeza)

Nilai nilai ini baik untuk tumbesaran anak-anak yang sihat dan pembentukan budayanya.

Namun tak dinafikan peranan media sangat berkuasa dan boleh memberi kesan kepada sikap anak.

Tulisan ini sebagai panduan untuk ibubapa terutama yang bekerja dan mengendalikan keluarga dan rumahtangga serentak.

9 Perkara Tentang Televisyen (TV) yang Ibubapa Mesti Tahu

1. TV mengambil ruang (masa) yang paling besar dalam kehidupan anak-
Sentiasa pilih rancangan yang akan mereka lihat.
Anak berusia di bawah lima tahun tidak tahu membezakan realiti dan juga fantasi.
Apa sahaja yang ditonton di TV dianggap benar.
Pergaduhan, cerita hantu, tinggi suara, pukul memukul, kecurian — diterima minda separa sedar mereka sebagai benar.

Seandainya kita sedang menonton TV bersama, ambil peluang menjelaskan bagaimana rakaman TV dilakukan — dengan ringkas.
Namun seeloknya pilih rancangan yang bermanfaat, lebih aman, dipercayai oleh ibu bapa dan tidak mengandungi sebarang adegan yang mengecewakan.
Mimpi ngeri itu akan terbawa berhari-hari.
Pilih rancangan TV yang mengajar keamanan, kasih sayang dan pendidikan.

2. Isu yang lain yang perlu diambil tahu ialah penggunaan TV ialah secara tontonan pasif. Maksudnya anak akan menonton tanpa tindak balas.
Anak duduk dan slaid di TV bergerak begitu sahaja.
Ianya tidak sihat sekiranya terbawa ke dalam bilik darjah atau semasa belajar. Tiada keperluan untuk interaksi.

3. Ada kajian mengaitkan dengan kadar fokus anak yang semakin singkat.
Rancangan TV kini mempunyai iklan setiap 3 minit.
Anak semakin kurang sabar dengan sebarang perkara yang dirasakan mengambil masa yang terlalu lama (tidak seperti di TV)

4. Anak mudah terpengaruh dengan iklan di TV yang memaparkan banyak makanan ringan dan tinggi kalori seperti mee segera dan macam macam lagi.
Anak akan mula meminta mahukannya juga kerana ‘teringin’ selepas berkali kali menonton di TV.

5. Bagi remaja, aktres di TV sangat kurus dan kelihatan sangat menarik. Ianya menyebabkan banyak remaja merasa ‘tidak menarik’ — perbandingan dengan aktres di TV.

6. Keganasan dan jerit pekik di TV — ada pendapat mengatakan membiarkan anak menonton TV sama risiko dengan membiarkannya bermain di jalan atau menaiki kereta tanpa seat belt. Anak yang tinggal di nursery atau di rumah semasa ibubapa bekerja — pemilihan rancangan TV sangat penting sekiranya mereka akan menontonnya.

7. TV dan iklan dicipta untuk menarik perhatian. Elakkan anak tertidur di depan TV kerana biasanya TV akan membuatkan kita kekal terjaga (dalam keletihan) berbanding tertidur lena.
Letak TV di ruang tamu berbanding bilik anak (atau kita).

Very few parents choose to live entirely without TV. But one who do always seen happy with that decision.

TV menjadi sebahagian dari aktiviti anak anak setiap hari.
Sudahnya yang kita mahu ialah generasi yang lebih baik.

8. Oh ya! Perhatikan juga sekiranya anak kecil mula memukul dan menjerit (aksi menembak atau karate) — TV mungkin tempat mereka belajar.
Keganasan seperti menembak — anak berusia di bawah 6 tahun akan menerimanya sebagai ‘cool’.
Ianya tidaklah menyebabkan anak ini ‘berhati kering’ dan tidak kisah tentang kematian namun ia boleh mengganggu tumbesarannya sebagai individu yang aman.

Duduk di sisinya dan beritahu — Mommy fikir rancangan ini tidak bagus kerana ada menembak. Dalam dunia sebenar kita tak menembak kerana kita mungkin menyakiti seseorang yang merupakan Daddy kepada anak-anak nya.
Apa pendapat Zikry jika kita tukar rancangan ini? (Contoh perbualan)

9. Dua perkara ini perlu diperhatikan.
Sekiranya aktiviti menonton TV membuatkan anak anak:

1. Tidak mahu buat homework atau belajar serta
2. Tidak mahu mengikuti program keluarga

Tidak mempunyai TV boleh menjadi pilihan.

Kita mempunyai persekitaran keluarga yang berlainan. Artikel ini boleh membantu ibubapa mengawal keadaan dan bersedia dengan ilmu keibubapaan.

Lunatots – Your Parenting Partner.

 

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *