Blog Kesihatan

Persatuan Kesihatan Mental Malaysia Malaysian Mental Health Association (MMHA)

Persatuan Kesihatan Mental Malaysia

Persatuan Kesihatan Mental Malaysia ditubuhkan dan didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan pada tahun 1968. Aktiviti persatuan diuruskan oleh anggota yang berdedikasi dan ditadbirkan oleh Jawatankuasa Pengurusan yang dilantik. Sumber kewangan persatuan adalah dari sumbangan orang ramai, dan sedikit geran tahunan dari pihak kerajaan.

Persatuan Kesihatan Mental Malaysia
Ikuti MMHA di Facebook

Lokasi MMHA ialah
Persatuan Kesihatan Mental Malaysia
No 8, Jalan 4/33, Off Jalan Othman,
46050 Petaling Jaya.
Tel : 03 7782 5499
Email : admin@mmha.org.my
Website
Facebook MMHA

Misi Persatuan

Mempromosikan kesihatan mental dan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kesejahteraan mental,
Menyemai tingkahlaku positif terhadap penyakit mental dan menghapuskan stigma,
Memberi sokongan kepada penjaga dan ahli keluarga mereka yang sakit mental,
Untuk memelihara hak dan kebajikan orang-orang yang sakit mental,
Bekerjasama dengan badan lain dalam pendidikan kesihatan mental

Perkhidmatan persatuan
1. Pendidikan awam seperti seminar dan ceramah
2. Program pendidikan keluarga – 8 modul
3 . Perkhidmatan rehabilitasi harian untuk pesakit
4. Perkhidmatan konsultasi dan kaunseling
5. Kumpulan sokongan untuk kemurungan dan kumpulan sokongan keluarga/penjaga
6. Kemudahan tempat tinggal (D’light Home) dengan yuran berpatutan untuk 10 penghuni (untuk wanita sahaja)

Dapatkan rawatan di Perkhidmatan Rawatan Psikiatri & Psikologi HPUPM

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *