Blog

7 Tips Berpisah Susu Ibu Tanpa Kecederaan Emosi | surayaali.com

Berpisah susu ibu adalah dimana ibu menghentikan penyusuan dengan anaknya dimana anak mula mengambil makanan lain selain susu ibu. Ianya proses yang normal dalam perkembangan anak dan keputusan berpisah susu adalah ditangan ibu dan anak serta bukannya disebabkan orang sekeliling.

Waktu yang Sesuai untuk Berpisah Susu
American Academy of Pediatrics mencadangkan penyusuan susu ibu sehingga 12 bulan. Walaubagaimanapun bagi budaya Asia terutamanya Malaysia, penyusuan susu ibu berlangsung sehingga dua ke empat tahun.

Sebab Perlunya Berpisah Susu

Terdapat banyak sebab yang membuatkan ibu mahu menghentikan penyusuan. Antaranya ibu yang sakit kanser dan memerlukan rawatan kimoterapi, atau ibu yang merasakan letih untuk menyusu anak kecil (bagi anak yang kecil) serta ada ibu yang mengandung (walaupun tiada kajian perubatan mengaitkan keguguran dengan penyusuan susu ibu).
Ibu dicadangkan berjumpa dengan konsultan atau kaunselor laktasi untuk rujukan dan khidmat nasihat.

Cara Praktikal Berpisah Susu

Berpisah susu secara perlahan lahan lebih selesa untuk kedua-dua ibu dan anak berbanding berhenti secara mendadak. Mulakan denganurangkan bilangan penyusuan dalam sehari (contohnya pada waktu malam). Ini membolehkan susu ibu berkurangan secara perlahan lahan dan memberi lebih masa untuk anak anda menerima perubahan itu.

Bagi bayi berusia dibawah 1 tahun, anda dicadangkan mendapat khidmat nasihat konsultan laktasi mengenai keperluan nutrisinya sekiranya penyusuan susu ibu dihentikan.

Namun bagi anak berusia di atas 1 tahun, pengalaman berpisah susu akan menjadi pengalaman positif ibu dan anak untuk mula menggantikan perhatian anak daripada susu sahaja kepada pengisian emosi yang lain.

Namun begitu, cara berpisah susu yang sama mungkin memberi kesan yang berbeza kepada anak dan ibu yang berlainan. Berikut disenaraikan cara praktikal berpisah susu yang boleh membantu ibu memberhentikan penyusuan.

Tips Pertama #1
Jangan tawarkan dan jangan tolak
Cara ini merupakan cara yang paling selamat dan efektif untuk berpisah susu.
Berikan susu apabila anak minta dan jangan menolak sekiranya anak mahu menyusu.
Konsep ini perlu digunakan bersama beberapa cara dibawah untuk mempercepatkan proses berpisah susu.

Tips Kedua #2
Mengubah rutin harian

Anak mempunyai rutin harian untuk menyusu. Contoh : Sekiranya anak suka minum susu semasa ibu duduk di sofa. Ibu boleh mengelakkan untuk duduk di sofa itu.

Peranan ayah dalam mengalihkan perhatian anak ketika berpisah susu adalah penting

Tips Ketiga #3
Dapatkan Pertolongan dari Ayah

Ayah juga boleh memberi peranan seperti membawa anak yang baru bangun tidur bersarapan pada waktu pagi (sebelum anak meminta susu dari ibu).
Dua tahun (atau lebih) anak menyusu dari ibu, kini waktunya untuk bermain bersama ayah.
Ahli keluarga yang lain juga boleh membantu.
Ternyata proses penyusuan dan pemisahan susu juga bukan kerja ibu sendirian kan?

Toddler-Boy-Playing-Art

Biarkan anak leka bermain dengan permainan turut membantu proses berpisah susu

Tips Keempat #4
Alihkan Perhatian Anak dengan Permainan

Adakalanya apabila anak anda leka bermain, dia terlupa untuk meminta susu.
Gantikan dengan makanan snek yang berkhasiat seperti buah buahan atau roti.
Ada ibu yang membawa anak ke taman permainan pada waktu yang biasanya anak meminta susu (seperti pada waktu petang).

Tips Kelima #5

Melengah lengahkan Pemberian Susu

Menangguhkan waktu menyusu iaitu memberitahu mereka untuk menunggu sebentar (dan menggantikannya dengan aktiviti lain) juga berkesan. Bertanggung-tangguh untuk menyusukannya — anak boleh terlupa tentangnya!

Tips Keenam #6

Memendekkan Tempoh Penyusuan

Cara ini berkesan untuk anak berusia diatas 2 tahun. Memendekkan tempoh penyusuan kepada anak dengan cara memberitahunya ‘sedikit sahaja mama beri ya sebab abang/kakak sudah besar’ perlahan lahan mengurangkan kebergantungannya dengan susu ibu.

Tips Ketujuh#7
Memberitahunya Secara Berhemah

Anak berusia 1 tahun ke atas sudah boleh memahami arahan yang diberikan.
Tunjukkan contoh contoh orang dewasa yang tidak minum susu ibu dan anak anda pasti teruja diberikan kesempatan berpeluang menjadi orang dewasa.
Selalu beritanya betapa bangganya ibu melihat dia membesar dengan susu ibu dan kini sudah boleh minum terus dari cawan dan menikmati kehidupan seperti orang dewasa yang lain.

Banyakkan aktiviti lain bersama mereka.

Elakkan pemberhentian susu secara mendadak
Pemberhentian susu secara mendadak tidak digalakkan kerana ianya boleh menyebabkan keadaan tidak selesa untuk ibu dan boleh menyebabkan masalah penyusuan yang lain seperti mastitis berikutan susu yang tidak dikeluarkan.

Menyusukan adalah memberikan keselesaan dan keintiman antara ibu dan anak dimana tindakan yang mendadak boleh menyebabkan trauma emosi kepada anak.

Petua seperti meletakkan kopi atau pewarna merah untuk menakutkan anak menyusu boleh memberi kesan emosi kepada anak.
Mereka sudah besar, berbincang dan buatkan anak faham ya ibu!

Puan Suraya Ali,
Lunatots

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *