Blog

Sikap Orang Berjaya yang Mesti Saya Lakukan pada Tahun 2019

Sikap Orang Berjaya yang Mesti Saya Lakukan pada Tahun 2019

Daripada remaja dizaman pembentukan identiti saya sering membaca bagaimanakah sikap orang berjaya. ‘Membaca’ dan ‘melakukan’ ialah dua perkara yang berbeza rupanya kawan-kawan.

Namun pada (awal) tahun 2019 ini saya senaraikan sikap orang berjaya yang mahu saya lakukan. Supaya kita juga tergolong antara yang berusaha pada setiap hari.

Tulisan tentang bagaimana menetapkan azam tahun baru boleh dibaca disini ya.

Sikap Orang Berjaya yang Pertama #1 Tidur Awal Waktu Malam

Ianya bermula tahun 2018 apabila saya mula pulang bekerja lebih awal dan bersiap untuk tidur anggaran jam 8.30 malam dan selewatnya 9.30 malam.

Ada juga malam yang saya ‘terbabas’ pukul 11 ke 12 malam terutama ketika leka menonton drama Korea.

Namun seboleh mungkin cuba dielakkan. Ianya bagi membantu tubuh badan saya yang tidak lagi muda ini untuk mendapat rehat dan bertenaga pada waktu siangnya.

Pada permulaannya, sukar juga untuk badan menyesuaikan diri kerana asyik terjaga terlalu awal iaitu pukul dua ke tiga pagi.

Akibatnya siang hari saya keletihan yang teramat sangat.

Beberapa bulan selepas itu, badan mula lena tidur sehingga jam lima pagi dan terjaga untuk urusan seterusnya.

Caranya bila terjaga terlalu awal seperti pukul dua pagi, baring juga dan cuba pejamkan mata berehat berbanding buka telefon atau sebarang aktiviti kerja seperti duduk di hadapan laptop.

Selesaikan urusan malam secepat mungkin dan tutup lampu bilik jam 9 malam.

Jika ada kerja yang perlu diselesaikan malam itu juga, kunci jam untuk bangun awal dan siapkan pagi esok.

Tubuh badan kita perlukan rehat yang mencukupi ya kawan-kawan.

Sikap Orang Berjaya #2 Berikan Imbuhan Kecil untuk Kejayaan

Setiap hari pasti ada kejayaan yang kita capai bukan? Berikan imbuhan kepada diri sendiri sesuatu yang kita sukai.

Ianya tak semestinya perlu dibeli haha 😂 manalah tahu kesukaan kita itu ialah membeli tudung baru dan macam kenal sahaja orang itu. Tak semestinya yang mengeluarkan duit secara terus.

Cuba lihat semua ‘kesukaan’ kita semula dan senaraikan.

Contohnya saya sangat suka menonton drama Korea jadi bagi setiap satu kejayaan seperti siap menulis satu hantaran di blog, barulah saya ‘layak’ menonton satu episod.

Jika mahu menonton episod seterusnya? Tulislah lagi! Macam teknik ‘carrot and stick’. Beri upah (carrot) maka gembira dan berbaloilah hari kita!

Sikap Orang Berjaya #3 Makan Makanan Berkhasiat

Masa belajar dulu tak bersungguh-sungguh makan. Sebaik sahaja bekerja dah mula makan macam-macam akibat keseronokan.

Tinggal di Malaysia, kota kemeriahan asyiknya dengan makanan, duit pun sudah ada namun ini masanya saya berubah.

Saya mula memantau berapa liter air yang diminum setiap hari dan juga kalori setiap makanan yang diambil.

Applikasi yang digunakan ialah MyFitnessPal.

Jumlah keseluruhan kalori harian yang boleh diambil ialah 1200 kcal jadi sebolehnya saya tidak mahu lebih daripada jumlah itu.

Ini dunia yang mencabar terutama apabila musim Prosperity Burger kini kembali!

‘Beliau’ sahaja sudah 510 kcal. Hampir separuh daripada jumlah ambilan kalori harian secara keseluruhan!

Sikap Orang Berjaya #4 Membaca Sejam Setiap Hari

Buku yang sering saya baca ialah mukabuku (Facebook). Saya secara sukarela menjadikan aktiviti ‘membaca’ kepada ‘belajar apa sahaja’ selama sejam setiap hari.

Antara applikasi yang dapat membantu saya belajar setiap hari selama sejam ialah Udemy. Dengan cara ini saya dapat belajar sambil memandu menuju atau pulang dari pejabat.

Applikasi di telefon seperti Drops dan Memrise pula membantu saya belajar bahasa Korea dan Jepun.

“Watashi wa Nihon-go o sukoshi desu hanasemasu” bermakna –> Saya tahu cakap Bahasa Jepun sedikit.

Dari tahun 2017 masih ditahap yang sama berikutan ‘kecelaruan identiti’ yang saya alami kebelakangan ini iaitu sindrom ‘belajar Bahasa Jepun namun menonton Drama Korea’ haha.

Sikap Orang Berjaya #5 Bersenam Tiga Kali Seminggu

Dalam usaha meningkatkan kebolehan dan skil diri sendiri, saya mahu menurunkan berat badan yang semakin mencanak-canak sejak 2015.

Kita memang tak akan tahu kita pernah kurus sehinggalah tiba-tiba kita ‘berisi’ dan melihat semula gambar lama haha.

Mudah ke bersenam seminggu tiga kali selama satu jam setiap sesi?

Untuk saya — susah!

Ada sahaja alasan yang saya berikan kepada diri sendiri asalkan tak perlu bersenam di gimnasium.

Kasut tertinggal, stokin tak basuh, botol air tak bawa, tudung tak on point dan pelbagai sebab lain dicari setiap hari.

Cubalah Suraya cabar diri sendiri.

Kejayaan itu bukan perkara yang magik dan bertuah sahaja. Ianya datang dari habit yang berterusan, setiap hari, setiap detik dan ‘hidup’ dalam jiwa. Ia terus ‘berjaga’ saat kau perlu tidur semula.

Sikap Orang Berjaya #6 Kualiti Berbanding Kuantiti

Ini dari perspektif kekeluargaan. Bila badan dah penat dengan macam-macam harapan dan aktiviti, kita merasakan rumah tempat berehat.

Namun anak-anak sedang menantikan kita untuk ‘masa’ mereka pula.

Saya ambil masa setiap hari untuk aktiviti dengan mereka seperti mengajak anak-anak menulis diary tahun 2019. Tunjukkan kepada mereka yang mak mereka juga sedang update diary di blog.

Bagi idea untuk mereka tulis tentang permainan yang mereka main hari ini atau sesuatu baru yang mereka pelajari hari ini.

Kadang tu 15 minit pun cukup puas berbual dan ketawa. Tadi rasanya mak mereka minta mereka tulis pengalaman bercucuk tanam tapi tak lama lepastu dah tukar kepada aktiviti melukis peta dalam rumah pula.

Sabarlah, kitakan mahu kualiti masa dengan mereka.

Bukan keputusan akhir
hasil penentu kejayaan seorang ibubapa namun proses yang dilalui adalah sebuah kenangan dan kejayaan.

Masa kita sebaya mereka dahulu pun kita sibuk main batu seremban isi kacang hijau sahaja tak perlu pun tulis ‘apa yang dipelajari hari ini’.

Sikap Orang Berjaya #7 Pilih Sahabat Positif

Printscreen dibawah adalah daripada Drama “What is wrong with Secretary Kim?”

“Apakah yang akan berlaku bila bahagian busuk epal ini diletakkan berhampiran dengan epal-epal yang elok?”

“Epal-epal yang lain turut akan menjadi cepat rosak juga”

Lebih kurang maksudnya apabila ada sahaja sesuatu yang negatif, ianya mudah menjangkiti keseluruhan komuniti biar sepositif mana sekalipun kita.

Jadi ‘pilih’lah sahabat-sahabat yang akan kita lalui kehidupan ini.

Bersama orang mengumpat, kita gembira menganyam ketupat. Kawan kita bercakap tentang impian, kita akan terkejar-kejar juga nak lakukan kebaikan.

Bila hidup adalah sebuah pilihan.

Untuk mengetahui jadual kelas blog Puan Suraya Ali, sertai grup WhatsApp di sini.

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *